Showing posts with label KLCC. Show all posts
Showing posts with label KLCC. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Tun Mahathir berbanding Nik Ajis?


Ada beberapa orang blogger di dalam artikel terbaru mereka membuat perbandingan antara mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan Mu Shit PAS, Nik Ajis.

Rasa nak tergolek sakit perut dan pecah perut pun ada bila dua orang individu ini dibuat perbandingan. Siapa yang tidak kenal Tun Mahathir? Jangankan dalam Malaysia bahkan satu dunia mengenali dan kagum dengan kebolehan Tun Mahathir. Sampai ada yang kata "Ingat Malaysia ingat Mahathir.

Kebetulan aku baru pulang dari Jakarta dan Bandung. Semasa di dalam perjalanan pemandu pelancong yang membawa aku menerangkan betapa kagumnya rakyat Indonesia dengan Malaysia disebabkan Malaysia mempunyai seseorang yang bernama Mahathir Mohammad. Dan aku sengaja mengambil kesempatan bertanya kepada pemandu pelancong itu ' Bapak kenal sama Nik Aziz?' Dia jawab 'Tidak kenal bapak'.Kah Kah Kah.

Kalau pusing saja di Kuala Lumpur dan Malaysia, pandang kanan pandang kini semuanya hasil usaha Tun Mahathir. KLCC, KLIA, Litar Sepang dan bla bla bla semuanya kerana usaha dan kebolehan Mahathir.

Nik Ajis? Apa yang telah disumbangkan pada Malaysia bahkan pada Kelantan..Kalau aku tanya pada Gomo tentu ini jawapan Gomo..'Ingat Nik Ajis, Ingat Selising dan Perupok' Kah kah kah.

Tapi jangan lupa..'Ingat Nik Ajis, Ingat Din Puduraya'..Kah kah kah..

Bagaimana agaknya kalau Nik Ajis menghadiri mesyuarat di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Kah Kah Kah..

Jangan sampai Nik Ajis cakap pulak dalam mesyuarat tu ' Demo undi PAS demo masuk syurga' Kah kah kah...What is PAS? PAS is when you passed away...you go to heaven...Kah Kah Kah...

Selipor Selipor!!!

Saturday, May 1, 2010

Bersuara ikut tekak

Kita bertemu lagi setelah seminggu aku membisu dan membungkamkan diri dari menyatakan apa-apa. Sejak pulang dari Hulu Selangor aku mengambil keputusan untuk merehatkan sejenak kepala dan minda dari terus memikirkan calar balar politik negara yang sudah semacam tidak ada titik noktahnya. Telinga dan gegendang telinga aku hampir tepu setelah hampir tiap-tiap malam selama 2 minggu mendengar dakyah-dakyah yang Pakatan hamburkan semasa kempen pilihanraya Hulu Selangor tempoh hari. Mata dan anak mata aku hampir rabak bila melihat Pak Haji dan Mak Haji puak hijau bertepuk sakan mendengar orang-orang bukan Islam menghentam pemimpin-pemimpin Islam Barisan Nasional. Mungkin ada benarnya jika orang kata dunia sudah mahu kiamat...kerana ada di antara tanda-tandanya sudah jelas kelihatan..ORANG JAHIL MENGAKU ALIM DAN MENJADI GURU..DAN APABILA LAMBANG DAJJAL BERMATA SATU DIJULANG TINGGI OLEH ORANG ORANG ISLAM. Dan selemah-lemah iman apabila aku hanya mampu menegur di dalam hati. Dengan kudrat dan izin Allah jua.

Baik..kita lupakan soal Hulu Selangor yang telah jelas memihak kepada Barisan Nasional. Biar seribu undi biar satu undi..menang tetap menang.

Rakan blogger seolah menyedarkan aku dari lamunan dan membangunkan aku dari tindakan membungkamkan diri. Menerima sms dari rakan blogger berhubung demo yang mahu dianjurkan oleh si roket tegang mencanak membuatkan kepala otak aku berputar ligat semula. Apa pulak si kulit kuning telur ni mahukan? Khabarnya..esok tengah hari di KLCC mahu diadakan protes terhadap media arus perdana..Di khabarkan si kuning telur roket ni mahu memegang suratkhabar arus perdana di dalam keadaan terbalik selama 10 minit dan mesej yang mahu disampaikan adalah tentang ketidakboleh percayaan terhadap suratkahabar arus perdana ni. Jadi, suratkhabar mana dan media mana yang boleh dipercayai?

Secara peribadi, aku membaca Harakah dan Suara Keadilan hampir tiap-tiap hari. Aku sekadar baca dan isi kandungannya tidak langsung mengusik minda aku untuk berfikir. Dan aku percaya bahawa akan ada di antara kita yang akan mempercayai isi kandungannya. Tidak ada salah kerana itu pendirian masing-masing. Tidak semua orang akan percaya dengan apa yang kita perkatakan. Tetapi lumrah alam..yang busuk dan mengundang dosa itu yang disukai orang.

Kalau sejernih itu kerajaan yang ditunjangi UMNO memberikan permit kepada Harakah dan Suara Keadilan, kebebasan bersuara apa lagi yang mereka mahukan?Apakah mereka mahukan seluruh rakyat mempercayai berita yang mereka keluarkan? Atau adakah mereka sudah semakin gusar kerana tanda-tanda rakyat kembali ke pangkuan Barisan Nasional sudah digambarkan di Hulu Selangor? Apa yang perlu mereka khuatirkan sekiranya berita yang disampaikan oleh media mereka benar-benar diterima oleh rakyat? Soalnya, mereka sudah mula nampak bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh lagi di perbodohkan dengan persepsi. Sebaliknya, bukti-bukti kejayaan Barisan Nasional sudah mencelikkan mata rakyat dan ini menggusarkan mereka justeru pada mereka media arus perdana yang menjadi saluran penyampaian kejayaan kerajaan ini kepada rakyat harus mereka kuburkan.

Kita tunggu sahaja esok dan kita sama-sama lihat sambutan terhadap demo ini. Moga-moga rakyat tidak lagi benak akal fikiran dengan menyertai mereka dan yang paling utama jangan sampai ada TANGGANG DI KALANGAN ANAK MELAYU ...MENDERHAKA PADA IBU PERTIWI SENDIRI.

Monday, December 14, 2009

PAS akan lancarkan kempen 'UMNO Pengkhianat Rakyat'??



PAS akan melancarkan kempen 'UMNO Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010..Wah teruk sangat tuduhan dan propaganda yang PAS lontarkan pada UMNO. Tetapi bila Jebat fikirkan balik tidak ada apa yang perlu dihairankan dengan tuduhan dan propaganda PAS ini kerana sejak dari dulu lagi PAS memang terkenal dengan segala bentuk fitnah dan propaganda. Lagipun apabila teruk dan busuk hatinya Nik Ajis sebagai kepala PAS maka tidak hairanlah kalau kerbau kerbau tambatan PAS turut bersikap seperti Nik Ajis. Pepatah Melayu ada mengatakan 'Kalau cikgu kencing berdiri, anak murid pasti kencing berlari'. Jadi apa nak dihairankan kalau beginilah tingkahlaku PAS yang tidak segan silu mengaku memperjuangkan Islam.

UMNO tidak pernah berlaku jahat kepada rakyat Malaysia malah memperjuangkan dan memberikan segala bentuk kemudahan kepada rakyat Malaysia dengan izin Allah tetapi kenapa PAS beria benar mahu menghukum UMNO? Chin Peng, kepala dan bapak kepada komunis pun tidak dibenci sedemikian rupa oleh PAS malah PAS dan sekutunya beria benar hendak membawa pulang Chin Peng ke Malaysia. Tidakkah PAS sedar Chin Peng telah menyebabkan ramai wanita menjadi balu dan anak anak menjadi yatim?

Jebat sedar dan cukup sedar agenda yang PAS lakukan sekarang hanyalah untuk menunaikan kemahuan pemimpin pemimpin mereka yang sentiasa dahagakan dan kemaruk kuasa untuk kemewahan..Tetapi mengapa pengikut pengikut dan tukang salak PAS seperti terkena 'air kangkang' pemimpin pemimpin mereka ini?Sesekali Jebat terfikir mungkin kerana terikat dengan bai'ah talak tiga mereka terpaksa mengikut telunjuk pemimpin pemimpin PAS.

Mendongak ke langit Jebat terpandang kepada keindahan KLCC dan segala bentuk kemajuan yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO untuk rakyat Malaysia. Malaysia mampu untuk setanding kuasa kuasa besar di dunia. Jadi di mana silapnya UMNO dan Barisan Nasional?. UMNO itu parti politik dan yang menggerakkan UMNO adalah manusia biasa yang terkadang khilaf di dalam tindak tanduk. Jika benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam kenapa tidak berbincang dengan baik dengan UMNO, yang seagama dengan orang orang PAS? Kenapa terus terusan mahu menghukum dan menfitnah UMNO? Mengapa pintu untuk kerajaan perpaduan di tutup rapat oleh PAS? Ini persoalannya.

Mudah mudahan rakyat Malaysia akan sedar permainan PAS ini hanyalah untuk menjadikan pemimpin tertinggi PAS sebagai orang yang berkuasa dan pemerintah.Hasilnya belum tentu dan janganlah kita sampai memperjudikan nasib negara kepada puak yang belum teruji kebolehannya tetapi telah diuji KEBUSUKKAN HATINYA. Bayangkan apa akan jadi kepada Malaysia apabila diperintah oleh orang yang busuk hatinya dan banyak menfitnah..UMNO adalah Melayu dan orang orang Melayu harus mempertahankan Melayu..