Showing posts with label 1 Melayu 1 Bumi. Show all posts
Showing posts with label 1 Melayu 1 Bumi. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Wali besar sudah datang



Ini wali besar daripada mana pulak? Kalau tengok cara dia bercakap rasanya  Nik Ajis kena serah jawatan sebagai pemegang kunci syurga.

Iman tu apa apek? Iman itu adalah kepercayaan. Rukun Iman ada 6 perkara dan satu pun apek ni tak percaya tiba-tiba pandai pulak bercakap pasal iman.

Yang mendengar ceramah tu sila-silalah ingatkan diri anda bahawa anda sedang mendengar hakikat Islam diperlekehkan oleh si kafir dan anda masih mampu gelak sakan mendengar hakikat Islam dipermainkan?

Antara pendengar dan si apek siapa yang lebih beriman?

Intai-intai dalam seluar dan kain..antara pendengar dan apek siapa yang 'kulup' dan siapa pula sudah berkhatan?

Wednesday, August 24, 2011

Terlalu banyak ruang buat DAP



Suatu ketika waktu gua masih budak-budak, gua tengok bendera DAP masa pilihanraya tak ubah seperti parti yang tak ada penyokong. Gua tak pernah dengar pun pasal DAP. Gua cuma ingat roket je pada parti tu.

DAP langsung tak boleh masuk ke kawasan pengundi Melayu.

Itu dulu...alhamdulillah di negeri gua Melaka, DAP masih tak nampak jalan macam mana nak tarik perhatian orang Melayu. Itu pasal Guan Eng kena pergi Penang.

Tapi sekarang di banyak negeri lain termasuk di Kelantan, terlalu banyak ruang yang Melayu berikan pada DAP. Waimah, MCA dan MIC yang dah lama dalam Barisan Nasional pun tak mendapat ruang seperti tu oleh orang-orang Melayu.

Sekarang, lu orang terang-terang nampak Pak Aji junjung bendera DAP. Kelantan, negeri yang tulen Melayu pun DAP dah boleh melebarkan sayap.

Mungkin puak-puak PAS kata yang PAS boleh kawal DAP macam mana UMNO kawal MCA dan MIC. Betul ke? Selantang-lantang MCA pun tapi bila kena belasah dengan UMNO dia orang diam tapi DAP tak payah susah payah nak hentam, sekadar siram minyak dan confirm Melayu akan nyalakan api.

Gua tengok dalam kes DUMC, Hasan Ali teruk kena belasah bila dia pertahankan Islam. DAP senyap sunyi dalam isu DUMC. Dalam isu pembesar suara ketika azan, DAP menjerit mempertahankan hujah dia orang. PAS macam hilang taring dalam hal ni.

Gua cuma nampak Melayu semakin bingai. Bangsa lain jolok dan siram minyak, Melayu pulak yang tolong nyalakan api dan Melayu jugak yang nak kena padamkan api.

Lama-lama esok Melayu sendiri yang akan terbakar. Rentung!!!

Monday, April 25, 2011

Tiada yang baru yang Zaini Hasan cuitkan


1 Melayu 1 Bumi yang disarankan secara peribadi oleh Datuk Zaini Hasan di dalam ruangan cuit Utusan Malaysia bukanlah sesuatu yang baru didendangkan.

Sebenarnya, orang-orang Melayu marhaen yang tidak kemaruk politik lebih dahagakan penyatuan kaumnya berbanding dengan kegilaan orang-orang politik Melayu yang tidak langsung memikirkan untung nasib kaumnya..Yang penting dan sentiasa memberontak dalam kepala dan benak mereka hanyalah mengejar kuasa yang pastinya boleh menjamin kekukuhan ekonomi.

Mungkin orang politik Melayu jarang berjalan di warung-warung kerana terlalu selesa melepak di hotel-hotel mewah biarpun sekadar menikmati secawan teh. Pergi saja ke Pandan Indah sebagai satu contoh, lihat sahaja bagaimana utuhnya perpaduan di kalangan peniaga Cina di sana. Berniaga di bawah satu bumbung yang sama dan tidak wujud soal dengki dan khianat sesama mereka. Kedai tayar dan workshop kereta di Pandan Indah juga didominasi oleh peniaga-peniaga Cina dan akibat dari penyatuan inilah maka banyak industri perniagaan dimonopoli oleh kaum Cina.

Orang Melayu dalam soal menjadi imam masjid pun kadang kala boleh membawa kepada soal bermasam muka. Apatah lagi dalam soal mengejar kegilaan kuasa politik. Baik di dalam UMNO mahupun PAS. Yang kalah di dalam pertandingan merebut kerusi setiap kali adanya pemilihan akan membawa rajuk yang panjang yang kemudiannya disalurkan dengan rasa dendam yang membara. Sebab itulah di dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil istilah cah keting selalu kedengaran.

PAS sudah terlalu jauh melupakan soal penyatuan orang-orang Melayu. Jika tidak sudah lama idea untuk mewujudkan kerajaan perpaduan diterima pakai oleh PAS. PAS lebih suka dan cenderung menawarkan syurga kepada pengikut-pengikutnya. Waimah jika ada pengundi Cina yang mengundi PAS pun akan dijanjikan syurga firdaus. Atas kelemahan dan kepercayaan cetek PAS itulah maka DAP sebijak kancil memperkudakan PAS untuk memancing undi orang-orang Melayu sekaligus memecahkan Melayu kepada puak-puak.

Sebenarnya apa yang ditulis oleh Datuk Zaini itu adalah kerana jiwanya yang cintakan dan sayangkan Melayu tercampur pula dengan emosi marah yang terkecewa kerana melihat bangsanya semakin diinjak-injak. Ada benar dengan apa yang Datuk Zaini nukilkan malah sebenarnya ramai orang Melayu yang bebas dari kegilaan mengejar kuasa politik bersetuju dengan apa yang Datuk Zaini nukilkan. Sesuai benar Datuk Zaini berkhidmat di Utusan Malaysia dan atas sebab itulah tidak ada salah dengan apa yang beliau nukilkan. Rasanya, jika Datuk Zaini berkhidmat dengan suratkhabar bukan Melayu pun tulisannya pasti akan menjurus kepada soal penyatuan Melayu kerana orang Melayu kaya dengan jiwa, kaya dengan keresahan dan juga kaya kepada soal terlupa. Orang yang terlupa harus dicuit dan cuit Datuk Zaini itu mungkin sahaja akan membuatkan ada orang yang melatah.

Pandangan Tun Mahathir berhubung apa yang Datuk Zaini nukilkan adalah pandangan seorang bekas pemimpin yang pastinya melihat sesuatu secara menyeluruh. Dan sebagai pemimpin yang banyak dan besar jasanya mungkin beliau merasakan perkara itu tidak perlu dinukilkan secara terbuka.

Ibarat menarik rambut di dalam tepung, biarlah semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Cuma orang-orang Melayu sudah seharusnya boleh menghidu atau terbau ada benda yang sedang membakar di dalam sekam dan mujurlah ada Melayu seperti Datuk Zaini Hasan yang cuba menyedarkan orang Melayu biarpun sekadar cuit-cuit manja.