Showing posts with label Timbalan Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Perdana Menteri. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Sarawak: Ayat-ayat bangang


Portal mana menjadi pilihan penulis itu?




Apa yang pelik apabila seorang Presiden parti seperti Dato' Sri Najib turun berkempen di Sarawak bagi menambah semangat jentera kerja BN?

Tidaklah menghairankan jika blogger Pakatan menggambarkan bahawa kehadiran Dato' Sri Najib di Sarawak adalah tanda bahawa BN berada di dalam keadaan cukup terdesak untuk mengekalkan majoriti 2/3. Tetapi adalah sesuatu perkara yang pelik bila portal yang kononnya pro kepada BN menggunakan perkataan yang mengatakan bahawa Najib turun ke Sarawak untuk menyelamatkan BN di Sarawak.


Sebagai sebuah portal yang allignment nya cenderung kepada BN mengapa harus terikut ikut dengan propaganda yang digunakan oleh media pembangkang? Sesungguhnya, propaganda yang digunapakai oleh pembangkang di Sarawak hanyalah untuk menunjukkan bahawa tidak ada kerja sama erat di antara Najib dan Muhyiddin. Dan tidak hairanlah sekiranya media pembangkang menggunakan pendekatan ' Sarawak kalah, Muhyiddin Perdana Menteri'. Propaganda ini hanyalah untuk melaga-lagakan kerjasama erat di antara Najib-Muhyiddin yang selama ini terbukti digeruni oleh pembangkang setelah tumbangnya Pakatan pembangkang di dalam beberapa siri pilihanraya kecil.


Lebih pelik mengapa portal tersebut tidak mengatakan bahawa kehadiran Anwar Berahim di Sarawak selama berminggu-minggu adalah tanda bahawa Pakatan berada di dalam cukup terdesak sebagai menunjukkan bahawa ideologi politik mereka masih lagi relevan dan diyakini rakyat Sarawak? Adakah penulis portal itu tidak perasan dengan keadaan ini atau buat-buat tidak perasan dengan keadaan ini? Mengapa tidak pula dipersoalkan tempoh panjang Anwar berada di Sarawak sebagai satu tanda gerunnya beliau untuk pulang ke Semenanjung di dalam keadaan rakyat inginkan penjelasan berhubung isu video seks? Terlepas pandang atau sengaja tidak ingin dipandang?


Ayat yang mengatakan bahawa Najib turun ke Sarawak adalah untuk menyelamatkan BN di Sarawak adalah secara tidak langsung menggugat kredibiliti Muhyiddin yang akan disifatkan oleh pembangkang bahawa sebagai tidak mampu untuk menerajui jentera kempen BN di Sarawak dan tidakkah ini sebahagian daripada propaganda pembangkang untuk melagakan kedua-dua pemimpin tersohor BN ini?


Sayugia diingatkan bahawa di dalam detik yang semakin menghampiri hari pembuangan undi yang bolehlah disifatkan sebagai hari 'peperangan', pilihan yang ada cuma dua iaitu HIDUP atau MATI. MENANG ATAU KALAH?


Apa yang di tulis di Free Malaysia Today janganlah terus dibawa pendekatannya di portal ini kerana biar pun tuan tulisnya adalah nama yang sama tetapi barang perlu diingat bahawa pegangan dan ideologi politik jelas berbeza..Jangan keliru dengan identiti diri sendiri!!

Monday, December 27, 2010

Apa fatwa Nik Ajis?


Satu tamparan yang hebat buat wali selipar kelahiran Kelantan, Nik Ajis bila mana 20 sekolah pondok di Kelantan menolak kepimpinan PAS.

Sekolah pondok adalah suatu institusi yang benar-benar memperjuangkan dan bergerak berlandaskan ajaran Islam yang hak dan tidak sama sekali terbelenggu dengan mana-mana ideologi politik.

Apakah Nik Ajis akan mengeluarkan fatwa mengatakan sekolah pondok terbabit dibeli oleh UMNO? Adakah Nik Ajis akan mengatakan sekolah pondok terbabit tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar?Adakah Islam Nik Ajis dan Islam sekolah pondok tersebut tidak sehaluan?

Adakah Nik Ajis akan mengharamkan sekolah tersebut?

Jelas, Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah bersifat kepentingan politik. Lagipun di dalam buku 7 Wali Melayu, nama Nik Ajis tidak termasuk di dalam senarai. Di Kelantan, hanya nama Tok Kenali yang menjadi sebutan dan diiktiraf kealimannya.

Kenapakah Nik Ajis tidak mewar-warkan nama Tok Kenali sebagai wali besar dari Kelantan?

Wali-wali adalah ibarat sebutir permata..Sedangkan ulamak PAS ibarat kaca yang bersepah di tengah-tengah jalan. Justeru, sebab itulah wali-wali besar jarang dikenali orang bahkan mereka tidak mahu diri mereka dikenali umum..berbeda dengan ulamak PAS yang menayangkan wajah mereka di jalan-jalan bahkan di batang-batang pokok sehinggalah ke tong-tong sampah di dalam pilihanraya dengan poster-poster muka mereka yang bertebaran di jalanan.

Mungkin Nik Ajis dan ulamak PAS lupa bagaimana junjungan besar bersabda ..'Barangsiapa diam. dia akan selamat'. Hari ini ulamak palsu PAS lantang bersuara memperjuangkan sesuatu yang cukup kabur termasuklah bersetuju untuk si kafir menjadi Timbalan Perdana Menteri..

Dunia mahu kiamat???

Friday, December 24, 2010

1 hari tak perlu 100 hari

Bunyinya macam hebat sangat Pakatan bilamana berkata nak kasi imbuhan sebanyak RM 500 kepada guru-guru. Sampai kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran goyah dengan kenyataan Nuar Berahim berhubung perkara RM 500 ini.

Kenapa nak tunggu sehingga 100 hari..kasi saja sekarang kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan..kita lihat sama ada kerajaan negeri Pakatan mampu melaksanakan atau tidak perkara yang diwar-warkan ini.

Bila Pakatan kata nak tunggu 100 hari terkenang pulak dengan Nuar Berahim dengan kes liwatnya. Memang suka tangguh-tangguh. Kalau betul anak jantan buat sahaja sekarang tak perlu nak tunggu 100 hari.

Cikgu-cikgu dekat luar sana jangan jadi bodoh nak percaya cakap Pakatan. Lepas beri RM 500 pada guru banyak pulak golongan lain yang akan menuntut RM 500 pada kerajaan. Polis,tentera, bomba, Pertahanan Awam tidakkah berkhidmat kepada negara? Adilkah jika kita sekadar memberi pada guru imbuhan RM 500 itu?

Itu sekadar strategi Pakatan nak menarik perhatian guru-guru. Lepas ini Pakatan akan berjanji pula kepada pihak lain..Beri pada semua pihak sekadar nak tarik undi lama lama memang sah akan bangkrap dan muflis.

Adakah anda di luar sana akan memufliskan negara dengan mendengar janji kosong Pakatan?

Monday, November 15, 2010

Aduhai PAS

Apasal puak-puak PAS ni lemah fikiran..Berjuang bertahun-tahun tapi masih kurang yakin dengan pimpinan sendiri. Kalau yakin dengan pimpinan sendiri takkanlah Nuar Berahim mahu dijulang sebagai Perdana Menteri dan meninggalkan nama-nama besar PAS seperti Nik Ajis dan Hadi Awang.

Berpanas, mengibar bendera, berbaiah talak tiga, yang boleh masuk syurga, yang menggantung bendera, yang mengalir peluh semasa pilihanraya, jentera yang banyak dan macam-macam lagi semua ada PAS. Apa yang ada pada PKR dan DAP sampai puak PAS nak menjulang Perdana Menteri dari PKR dan Timbalan Perdana Menteri dari DAP. Mana logik akal puak-puak PAS?

Dulu masa PAS anggap DAP sebagai musuh politik, jangankan calon DAP bendera DAP pun susah nak nampak dekat Kelantan. Sekarang puak-puak PAS sendiri yang julang bendera DAP di Kelantan. Syabas puak PAS. Memang benar kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa.

Kalau ikut jumlah ahli jauh PAS lebih ramai dari PKR. Sepatutnya pimpinan PAS menjadi Perdana Menteri dan PKR sebagai pencacai PAS saje. Tapi keadaan dah terbalik. Minoriti memerintah majoriti.

Berpuluh tahun PAS berjuang. PKR baru setahun jagung nak dinobatkan sebagai boss di dalam Pakatan. Kalau aku lah...NO WAY..PAS seharusnya menjadi tunjang dalam Pakatan.

Apa yang PKR ada yang PAS boleh tumpang? PKR sekadar nakkan agihan kerusi dari PAS. Kalau PKR berjuang sendiri, alamatnya tak delah kerusi yang PKR boleh menang. Takpe puak puak PAS orangnya baik hati dan berhemah..apa salahnya bagi kerusi pada kawan-kawan. Boss besar dalam PAS nak cicir pun takpe..Dalam kabinet bayangan Pakatan, Hadi Awang sekadar jadi Menteri? Kalau aku lah..NO WAY..Setidak-tidaknya Nuar Berahim dah pernah jadi Timbalan Perdana Menteri..apa yang pernah PAS dapat setelah berpuluh tahun berjuang.

Ramai pulak puak-puak PKR dalam kabinet bayangan. Kau puak-puak PAS sekadar jadi tukang sorak je lah bila menang dalam pilihanraya. Yang sedut faedah dengan jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah orang lain yang menumpang tuah atas perjuangan PAS.

Sudah-sudahlah tu..Tanpa PKR dan DAP pun PAS mampu menang..Aduhai PAS..

Monday, August 3, 2009

520 Ringgit Malaysia saman dengan satu sumpah



Budak Permatang Pauh yang kemaruk a.k.a gian nak jadi Perdana Menteri dah pun dianugerahkan darjah kebesaran D.S.J.S yang membawa gelaran Dato’ Seri Jutawan Saman. Dah tak ada kerja lain agaknya Jutawan Saman ni. Terbaru nak saman Timbalan Perdana Menteri dan Utusan Malaysia kerana dia kata TPM dan Utusan menfitnah dia sebagai pengkhianat bangsa.

Aku tak peduli pasal saman tu, cuma aku nak bandingkan saman sebanyak itu dengan hanya satu sumpah. Kalau nak dikirakan jumlah saman tu dengan hanya satu sumpah bagai langit dengan bumi. Kalau dia sibuk nak saman kenapa takut pulak nak bersumpah yang dia tak jubokan Saiful? Adakah dia lebih percayakan mahkamah dari Al Quran?

Sebelum ni sibuk memekak kata mahkamah dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional tapi kenapa pulak masih nak sibuk nak buka fail dekat mahkamah? Susah susah suruh aje TPM bersumpah dengan kenyataan pasal kata dia sebagai pengkhianat bangsa. Tapi sebelum tu aku nak tengok dia bersumpah menafikan yang dia jubokan Saiful. Ada bran ke budak Permatang Pauh?

Jadi sebenarnya budak Permatang Pauh Jutawan Saman ni percayakan yang mana? Mahkamah dunia atau Al Quran? Atau hijabnya dah tertutup rapat untuk tidak mempercayai kedua duanya? Jadi dia percaya pada apa dan siapa? Pada kerbau dan lembu yang sudi mengangkat tahinya? Kalau tak ada kepercayaan maknanya takdelah iman.