Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Sarawak: Ayat-ayat bangang


Portal mana menjadi pilihan penulis itu?




Apa yang pelik apabila seorang Presiden parti seperti Dato' Sri Najib turun berkempen di Sarawak bagi menambah semangat jentera kerja BN?

Tidaklah menghairankan jika blogger Pakatan menggambarkan bahawa kehadiran Dato' Sri Najib di Sarawak adalah tanda bahawa BN berada di dalam keadaan cukup terdesak untuk mengekalkan majoriti 2/3. Tetapi adalah sesuatu perkara yang pelik bila portal yang kononnya pro kepada BN menggunakan perkataan yang mengatakan bahawa Najib turun ke Sarawak untuk menyelamatkan BN di Sarawak.


Sebagai sebuah portal yang allignment nya cenderung kepada BN mengapa harus terikut ikut dengan propaganda yang digunakan oleh media pembangkang? Sesungguhnya, propaganda yang digunapakai oleh pembangkang di Sarawak hanyalah untuk menunjukkan bahawa tidak ada kerja sama erat di antara Najib dan Muhyiddin. Dan tidak hairanlah sekiranya media pembangkang menggunakan pendekatan ' Sarawak kalah, Muhyiddin Perdana Menteri'. Propaganda ini hanyalah untuk melaga-lagakan kerjasama erat di antara Najib-Muhyiddin yang selama ini terbukti digeruni oleh pembangkang setelah tumbangnya Pakatan pembangkang di dalam beberapa siri pilihanraya kecil.


Lebih pelik mengapa portal tersebut tidak mengatakan bahawa kehadiran Anwar Berahim di Sarawak selama berminggu-minggu adalah tanda bahawa Pakatan berada di dalam cukup terdesak sebagai menunjukkan bahawa ideologi politik mereka masih lagi relevan dan diyakini rakyat Sarawak? Adakah penulis portal itu tidak perasan dengan keadaan ini atau buat-buat tidak perasan dengan keadaan ini? Mengapa tidak pula dipersoalkan tempoh panjang Anwar berada di Sarawak sebagai satu tanda gerunnya beliau untuk pulang ke Semenanjung di dalam keadaan rakyat inginkan penjelasan berhubung isu video seks? Terlepas pandang atau sengaja tidak ingin dipandang?


Ayat yang mengatakan bahawa Najib turun ke Sarawak adalah untuk menyelamatkan BN di Sarawak adalah secara tidak langsung menggugat kredibiliti Muhyiddin yang akan disifatkan oleh pembangkang bahawa sebagai tidak mampu untuk menerajui jentera kempen BN di Sarawak dan tidakkah ini sebahagian daripada propaganda pembangkang untuk melagakan kedua-dua pemimpin tersohor BN ini?


Sayugia diingatkan bahawa di dalam detik yang semakin menghampiri hari pembuangan undi yang bolehlah disifatkan sebagai hari 'peperangan', pilihan yang ada cuma dua iaitu HIDUP atau MATI. MENANG ATAU KALAH?


Apa yang di tulis di Free Malaysia Today janganlah terus dibawa pendekatannya di portal ini kerana biar pun tuan tulisnya adalah nama yang sama tetapi barang perlu diingat bahawa pegangan dan ideologi politik jelas berbeza..Jangan keliru dengan identiti diri sendiri!!

Sunday, March 20, 2011

Sarawak: Tiada siapa boleh membaca fikiran orang


Sudah diumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok, 21 Mac 2011. Dalam tempoh 60 hari pilihanraya mesti diadakan.

Ramai pihak yang sudah mencongak, siapakah calon yang akan diletakkan, soal pengagihan kerusi dan macam-macam yang pastinya berlegar di minda banyak pihak.

Ada juga yang sudah mula berkira-kira apakah Taib Mahmud akan melepaskan jawatanya sebagai Ketua Menteri. Ada yang berkata Taib sudah terlalu lama duduk di kerusi empuk dan ada yang kata rakyat Sarawak sudah agak muak dengan Taib..Itu hanya fikiran nakal di kalangan orang yang kerjanya memang menbuat spekulasi.

Suka atau tidak, hanya rakyat Sarawak boleh tentukan. Di kalangan orang-orang Semenanjung yang kononnya banyak pengalaman politik janganlah cuba-cuba mencatur yang kita sendiri tidak tahu.

Alangkah baiknya jika, pencatur-pencatur politik di luar sana punya rasa malu kepada Presiden Barisan Nasional. Sesungguhnya beliau paling layak untuk bercakap soal siapa yang akan duduk di kerusi Ketua Menteri Sarawak. Mungkin ada yang berkata, sebagai Presiden tentunya beliau akan mempunyai strategi khusus yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Benar, jadi janganlah kita menjadi tukang sibuk 'membaca' apa yang sedar berlegar di kepala Taib Mahmud dan Presiden Barisan Nasional. Anda bukanlah khasyaf hendak membaca fikiran orang.

Blogger otai Aspan, jika Taib Mahmud berjanji hendak berundur, berikan saja ruang itu kepada beliau untuk mengotakan janji..Sebaiknya, tidak mudah berburuk sangka..Allah lebih tahu mana yang lebih baik..