Showing posts with label jalur gemilang. Show all posts
Showing posts with label jalur gemilang. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

Indonesia hebat atau kita yang lemah?


Ingatkan Adam Adli ni gengster dan jantan sangat..Takkan tengok je bila brader tu rampas lu punya bendera. Telur adakah?

Seorang rakyat Malaysia didakwa di Indonesia kerana didakwa menghina bendera Indonesia.

Di Malaysia bukan setakat bendera di hina tetapi semuanya dihina dan dicerca.

Pasukan polis, kerajaan,institusi di Raja, lagu Negaraku, TNB, agama bahkan hampir semua yang menjulang kedaulatan Malaysia dihina. 

Tindakan kita?

Kita sekadar terpekik terlolong tetapi 'penjenayah' tetap dibiarkan bebas dan terus menghina.

Sampai bila? 

Lelaki di dalam video itu jelas menunjukkan kemarahan rakyat Malaysia apabila kedaulatan negara di injak tetapi malangnya kerajaan yang berkuasa tidak 'segarang' lelaki di dalam video di atas.

Teralu berlembutkah kita atau kita terpaksa berlembut atas alasan Malaysia sebuah negara berbilang kaum lantaran terpaksa menjaga sensitiviti banyak pihak. Atau kerana 1 Malaysia kita terpaksa sentiasa mengalah?

Habis sensitiviti orang-orang Melayu siapa pulak yang nak jaga?

p/s: Menteri Zahid Hamidi lah harapan. Yang kata di kota.!!! 

Tuesday, August 27, 2013

Mana Jalur Gemilang..why..why...why???


Kenapa makin kurang Jalur Gemilang di kenderaan, premis kediaman dan bangunan bangunan?

Why?  Why? Why?

Tidak patriotik?

Malas?

Tak ambil peduli?

Tidak dapat bendera free?

Kalau pasang bendera kat kereta nanti bendera akan jatuh kerana gam tidak kuat?

Wake up rakyat Malaysia!!!! Ada beberapa hari sahaja lagi..Pasang bendera je kot..Bukan mintak pergi perang. 

Majlis perasmian di Sungai Petani tempoh hari gempak..ramai yang hadir kerana sayangkan negara atau nak makan free? Boleh tapau?

Nanti ada pulak pembaca yang emosi kata EH!! CINTAKAN NEGARA BUKAN SEKADAR KIBARKAN BENDERA LAH JEBAT TETAPI PERASAAN CINTA DALAM HATI..AUWW..MANUSIA NI KADANG-KADANG BUKAN BOLEH DITEGUR...

Apa salahnya sekali sekala zahirkan rasa cinta..!!!

p/s: Kalau cinta awek agaknya perlu zahirkan ke tak? Kalau tak zahirkan jawabnya kena kebas der...!!!

Sunday, September 9, 2012

Shah Rukh Khan dan republik Malaysia



AKTOR Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan dikatakan akan menghadapi pendakwaan di mahkamah ekoran tindakannya yang dikatakan menghina bendera negaranya. Hebat negara India kerana menjaga simbol kedaulatan negara mereka.

Teringat pula pada kelakuan segelintir rakyat Malaysia pada malam kemerdekaan yang baru lalu apabila mereka dengan mudah dan tanpa rasa bertanggungjawab memperkenalkan bendera baru buat negara Malaysia. 

Apakah tindakan kita untuk menangani isu-isu seumpama ini? Mungkin akan ada yang berkata 'oh undang-undang kita dan undang-undang negara India berbeza'. Mungkin ada sahaja kebenarannya dengan kenyataan itu.

Cuma yang ingin dipersoalkan ialah sejauh mana rasa kecintaan dan kesetiaan kita di dalam menjaga kedaulatan negara. Jika ada yang berkata bendera hanyalah sekadar sehelai kain yang tidak membawa apa-apa sebarang makna maka itu adalah lambang kedunguan yang maksima sebagai seorang rakyat yang hidup di dalam negara yang merdeka.

Bendera adalah simbol dan panji kedaulatan. Jika di zaman perang dahulu, suatu angkatan perang itu dikatakan kecundang jika bendera atau panjinya dapat dirampas oleh pihak musuh.

Apa yang berlaku pada malam kemerdekaan lalu adalah bukti bahawa ada segelintir rakyat Malaysia yang sudah bersedia untuk menyerahkan kedaulatan negara kepada orang lain. Syabas rakyat Malaysia..Anda boleh!!!

Tuesday, August 23, 2011

Kalau dah bodoh apa pun tak boleh


Ni malaun mana pulak yang bangang cakap kalau kibar Jalur Gemilang bermakna mengibarkan bendera UMNO/BN.

Kalau ye pun bodoh jangan lah tunjukkan kat orang lu punya bodoh. Lu sekolah sampai darjah berapa beb?

Lu cuba tengok gambar bendera ni, cuba lu cam betul2 mana satu bendera UMNO dan mana satu Jalur Gemilang. Kot lu bangang tak boleh nak bezakan gua tak tau lah pulak.



Gua tak lah bangang macam malaun blogger Pakatan tu...Gua faham sebenarnya dia nak bayangkan bahawa selagi UMNO menjadi kerajaan selagi itulah dia mengandaikan bahawa Malaysia ni milik UMNO.

Gila bangang cetek kepala hotak dia..Jalur Gemilang tu milik semua rakyat Malaysia biarpun ber IC 71 di tengah-tengah..Kah Kah Kah..Milik Mak Lampir Ampang, milik Nik Ajis Wali Selipar, milik Nuar Al Jub, milik Mat Sapu yang tak kenal land rover dan Waja..Kah Kah Kah..

Kot ye pun lu nak tunjuk konon lu marah pada kerajaan janganlah sampai tunjuk lu punya bangang.

Sapa nak baca artikel bangang tu : http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/08/kibar-jalur-gemilang-bererti-kibar.html

Jangan lu orang terpengaruh jadi bangang macam malaun tu sudahlah..

Monday, June 27, 2011

BERSIH :Kuala Lumpur bakal berwarna warni



Banyak pihak tanpa disedari sedang memberikan publisiti secara percuma kepada perhimpunan haram BERSIH.

Kalau BERSIH dengan baju kuningnya, hari ini Pemuda UMNO Malaysia melancarkan gerakan yang dinamakan Patriot dengan baju berwarna Merah. PERKASA pula sudah mengumumkan bahawa ahli dan penyokongnya akan berbaju Putih.

Tampaknya, kombonasi ketiga-tiga warna ini hampir melengkapkan warna bendera Malaysia..Jalur Gemilang.

Cuma yang belum lengkap adalah warna Biru. Jadi siapakah yang akan memakai baju Biru?

Jawapannya mudah, orang atau pihak yang paling layak memakai baju Biru adalah anggota FRU.

Jadi biarlah baju Biru yang menjalankan kewajipan mereka..

Biarlah baju Biru mengajar baju Kuning bahawa yang Kuning itu hanyalah untuk Raja..

Kuning yang dipakai BERSIH hanyalah melambangkan perlakuan mereka yang busuk seperti busuknya objek berwarna kuning di dalam mangkuk tandas.