AKTOR Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan dikatakan akan menghadapi pendakwaan di mahkamah ekoran tindakannya yang dikatakan menghina bendera negaranya. Hebat negara India kerana menjaga simbol kedaulatan negara mereka.
Teringat pula pada kelakuan segelintir rakyat Malaysia pada malam kemerdekaan yang baru lalu apabila mereka dengan mudah dan tanpa rasa bertanggungjawab memperkenalkan bendera baru buat negara Malaysia.
Apakah tindakan kita untuk menangani isu-isu seumpama ini? Mungkin akan ada yang berkata 'oh undang-undang kita dan undang-undang negara India berbeza'. Mungkin ada sahaja kebenarannya dengan kenyataan itu.
Cuma yang ingin dipersoalkan ialah sejauh mana rasa kecintaan dan kesetiaan kita di dalam menjaga kedaulatan negara. Jika ada yang berkata bendera hanyalah sekadar sehelai kain yang tidak membawa apa-apa sebarang makna maka itu adalah lambang kedunguan yang maksima sebagai seorang rakyat yang hidup di dalam negara yang merdeka.
Bendera adalah simbol dan panji kedaulatan. Jika di zaman perang dahulu, suatu angkatan perang itu dikatakan kecundang jika bendera atau panjinya dapat dirampas oleh pihak musuh.
Apa yang berlaku pada malam kemerdekaan lalu adalah bukti bahawa ada segelintir rakyat Malaysia yang sudah bersedia untuk menyerahkan kedaulatan negara kepada orang lain. Syabas rakyat Malaysia..Anda boleh!!!