Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Saturday, August 2, 2014

Selamat Hari Raya Rakyat PAS..!!!


PAS tidak keluar Pakatan Rakyat kata Setiausaha Agungnya. Menafikan kesahihan surat di atas.

Sudah kita duga bahawa surat ini adalah palsu.

Rakyat PAS tidak perlu melatah dengan menuding jari bahawa surat ini adalah ciptaan orang orang UMNO.

Orang orang UMNO pun sebenarnya tidak mengharapkan untuk PAS keluar Pakatan dan menyertai UMNO atau Barisan Nasional.

Cukuplah sekadar mengharapkan PAS keluar daripada Pakatan dan berdiri sebagai parti tunggal. Cukup lama PAS berjuang dan berdikari. Tanpa PKR dan DAP. PAS tetap megah dan berupaya.

Tanpa PAS...mana mungkin DAP berkuasa di Pulau Pinang..tanpa PAS..mana mungkin PKR berkuasa di Selangor. Semuanya kerana jasa PAS.

Sekali lagi kita menyeru rakan seagama kita di dalam PAS..langkah anda meninggalkan Pakatan Rakyat adalah langkah kanan. Kami orang orang UMNO tidaklah terdesak  mahukan penyertaan PAS ke dalam UMNO atau Barisan Nasional tetapi kami sekadar mahukan anda rakan seagama kami bebas bersuara dan berjuang memartabatkan Islam.

Jauh daripada itu..kami tidak rela anda rakan seagama kami dibentak bentak dan diarah arah oleh mereka yang cemburukan Islam. 

Ikhlas kata...sebesar mana pun jurang beda pendapat politik kita..kalimah kita tetap satu. Mereka mencubit peha anda orang orang PAS..peha kami orang orang UMNO turut sama terpalit ngilunya...!!!

Carik carik bulu ayam!!!

p/s: Kita makan ketupat dan rendang yang sama!!

Tuesday, October 29, 2013

Kot-kotlah Hadi Awang terlupa..meh nak ingatkan..!!!


Ini kenyataan Hadi..

Untuk menafikan ini...


dan menafikan ini...


tetapi Hadi nak cakap apa apabila gerombolan HamPAS membuat penipuan ini?

ris2

Kenapa tak percaya ke Hadi?

Atau buat buat lupa?

Kalau video yang bergerak pun Hadi kata tidak boleh jadi saksi gambar bodoh macam ni agak-agaknya boleh buat orang Sungai Limau percaya ke?

p/s: Hadi mudah lupa..!! Lain kali jangan buat lagi ye..babab nanti..kah kah kah...!!!

Sunday, October 27, 2013

Adoilah..siapalah yang menulis teks ucapan dan penasihat PM??


Bijak-bijak..New Politics der..Melingkup ek!!!

"Kita kehilangan kuasa di Pulau Pinang kerana Barisan Nasional terlalu bagus"

Itu kata Presiden Barisan Nasional berhubung kegagalan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa dan menawan semula Pulau Pinang di dalam pilihanraya umum yang lalu.

Benarkah kita terlalu bagus di Pulau Pinang atau kita sebenarnya sekadar menjadi mangsa kerakusan Cinabeng yang mahu melebarkan  dan mendominasi kuasa pemerintahan di Pulau Mutiara itu?

Tambah Presiden Barisan Nasional itu, kelemahan sistem penyampaian maklumat berkenaan dasar dasar kerajaan juga merupakaan faktor penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang.

Aduhai..celaru benar bunyinya kenyataan Presiden Barisan Nasional ini. Adakah ini juga pendekatan NEW POLITICS seperti yang diperkenalkan oleh Saaifuddin Abdullah suatu ketika dahulu? Untuk rekod Saifuddin Abdullah MELINGKUP di dalam PRU ke 13 dan pemilihan UMNO yang baru lalu.

Yang Jebat faham, kita kehilangan kuasa kerana Melayu sudah semakin berpuak puak dan Cinabeng semakin menunjukkan kesatuan. 

Di Melaka, adakah Ali Rustam kecundang kerana beliau terlalu bagus semasa menjadi Ketua Menteri sedangkan cukup jelas dan nyata bahawa penolakan Cinabeng adalah merupakan punca kepada kekalahan Ali Rustam..

Sebaik keputusan PRU yang lalu diumumkan kita semua diperkenalkan dengan kata-kata APA LAGI CINA MAHU di dada-dada akhbar. Kita juga termangu dengan kata-kata TSUNAMI CINA..

Adakah Presiden Barisan Nasional sudah lupa akan hakikat itu?

Baca JUST READ DI SINI untuk kupasan yang lebih dalam..

p/s: Jangan Presiden UMNO celaru macam Saifuddin Dollah sudahlah ye..!!! Masa untuk merubah Jabatan Penerangan dan JASA? SETUJU!!!!!

Wednesday, November 30, 2011

Adakah hitam itu lembut? Black Metal?



Maaf dalam Malaysia sudah tidak ada harga. Buatlah salah sebesar mana sekalipun, sebutan dan tindakan memohon maaf pasti meredakan suasana. Benarkah?

Kenyataan itu mungkin benar jika pihak yang diaibkan itu adalah kalangan orang Barisan Nasional. Tetapi adakah pemintaan maaf itu laku di mata ahli Pakatan?

'Hitam Metalik' yang disemburkan pada Menteri Besar Perak adalah bukti Pakatan memandang enteng tentang ketegasan pimpinan Barisan Nasional. Sudah tertanam kemas di benak Pakatan bahawa Barisan Nasional tidak segarang mereka.

Barisan Nasional sudah terlalu biasa di maki hamun oleh mereka. Siapa yang tidak biasa mendengar UMNO dikatakan kafir, MCA dengan gelaran pelacur politik. Tidak terlepas juga digelarkan anak haram dan anjing.

Benarlah kalau ada yang berkata ' Ucaplah apa saja, tak luak pun, 'alah bisa tegal biasa' tetapi kalau kebiasaan tetap dibiarkan sebagai kebiasaan ianya lambat laun akan menjadi barah.

Rakyat tidak mahu pemimpin yang terlalu berlembut dan kerana lembut itulah kita terus diinjak-injak oleh mereka seolah-olah kita sang khunsa di Lorong Chow Kit sana.

Friday, November 25, 2011

Pijaklah kepala BN semahu anda



Saban hari, pimpinan Pakatan Rakyat semakin galak menghentam Barisan Nasional khususnya dengan pelbagai perkataan yang kurang enak didengari. Mengapa mereka begitu berani menghentam dan mencerca pimpinan Barisan Nasional yang juga merupakan kerajaan Malaysia? Siapa yang berkuasa di dalam Malaysia sebenarnya?

Lihat sahaja ucapan Anwar Berahim di atas. Tanpa segan silu beliau menghentam Malaysia dan adalah amat malang apabila ada rakyat Malaysia yang tanpa segan silu dan tanpa ada rasa berdosa membuka setiap pekung yang ada kepada halwa telinga rakyat negara luar. Umum tahu, bagaimana kebencian segelintir rakyat Indonesia pada Malaysia dan ucapan Anwar itu bagaikan 'orang mengantuk yang disorongkan bantal' kepada rakyat Indonesia yang sudah amat membemci Malaysia.

Peliknya dengan kuasa yang ada pada Barisan Nasional ataupun kerajaan Malaysia, setelah dicaci, di hina dan dikutuk semahunya oleh pimpinan Pakatan, Barisan Nasional tidak langsung melihatkan sikap mempertahankan atau cubaan untuk menyerang kembali. Mungkinkah pimpinan Barisan Nasional terlalu berharap kepada jentera parti untuk menyerang kembali Pakatan tanpa ada sebarang inisiatif di kalangan pimpinan Barisan Nasional sendiri? Benarlah kalau ada orang yang berkata, Najib tidak langsung mempunyai Panglima Perang yang sanggup menghulurkan leher untuk menentang Pakatan.

ISA kita mansuhkan, Pehimpunan Aman kita bahaskan, AUKU kita pindakan, semuanya gara-gara keberanian membabi buta pimpinan Pakatan yang menghentam kerajan seolah-olah mereka yang berkuasa. Pelik dan terlalu pelik kenapa pimpinan Barisan Nasional acap kali terpaksa tunduk dan terus tunduk kepada setiap kemahuan Pakatan. 22 tahun lamanya kita diajar oleh Tun Mahathir untuk menjadi berani tetapi mengapa keberanian yang disemai sebegitu lama semakin terhakis. Kuasa yang ada sekarang samalah kuasa yang ada pada zaman Tun Mahathir iaitu kuasa kerajaan tetapi mungkin keberanian yang ada tidak setajam Mahathir.

Merenung kembali kepada video di atas, tidakkah boleh kita katakan ada orang yang sedang membuka pekung Malaysia atau mungkin sahaja boleh dikatakan sebagai 'membuka rahsia negara' biarpun klasifikasi rahsia itu tidaklah diketahui kecil ataupun besar.

Mungkin sahaja pimpinan Barisan Nasional akan berkata 'Ahh Anwar sedang berceramah sahaja di Indonesia' tanpa mereka sedari ceramah sebegitulah yang sedang merobohkan kekuatan Barisan Nasional dan akan terus menghukum jika tidak dibendung.

Adakah Barisan Nasional akan menunggu sehingga detik keluarnya kucing bertanduk barulah mereka hendak menzahirkan Panglima Perang yang akan ada entahkan tidak.

Wednesday, October 13, 2010

Rais-Rocky: Akan kita damaikan mereka

Semua bloggers tahu akan salah faham yang berlaku di antara Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan blogger tersohor tanahair, saudara Rocky. Rasanya tidak perlulah kita panjang-panjangkan isu ini kerana bukanlah masa yang sesuai untuk kita bertelagah sesama sendiri. Ianya hanya berkisar kepada soal salah faham dan emosi yang tidak terjangka. Antara Rocky dan Menteri kita ibaratkan seperti aur dengan tebing dan carik-carik bulu ayam. Manusia memang tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan alangkah baiknya jika kedua dua pihak dapat mengakui kesilapan masing-masing dan mencari jalan ke arah kebaikan yang pastinya akan menguntungkan semua pihak.

Di ruangan ini, aku mohon janganlah ada pihak yang cuba mengeruhkan suasana dengan sebarang bentuk penulisan atau provokasi untuk menggagalkan sebarang usaha ke arah membetulkan sebarang kesilapan atau salah faham di antara mereka. Aku bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh sahabat blogger justread-whatever.blogspot.com/2010/10/to-rais-and-rocky-shake-hands.html berhubung perkara ini. Secara peribadi aku merasakan kemelut dan perselisihan faham di antara dua nama yang tersohor di bidang masing masing ini akan hanya membawa kepada kerugian kepada semua.

Kita buka lembaran baru dan episod baru dan yang lebih penting kita harus membantu untuk kemenangan Barisan Nasional di Galas dan Batu Sapi dan jauh lebih penting daripada itu membantu memenangi pilihanraya umum ke 13 nanti. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sunday, October 10, 2010

Galas: Saya ahli UMNO




'Saya masih ahli UMNO dan saya tidak pernah berjuang untuk PAS, saya hanya berjuang untuk rakyat Kelantan'.

'PAS sudah dapat mandat memerintah Kelantan dan kalau BN menang di Galas pun tidak akan menggugat pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan, kalau boleh beri kemenangan percuma pada BN pun tidak ada salahnya..lebih mudah untuk saya satukan kerja ketiga-tiga DUN di dalam kawasan Parlimen saya'..

Itu kata Ku Li semasa hadir di majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kelab Anak Gua Musang (KAGUM) di Bukit Jalil petang tadi.

Sejak Ku Li berucap di atas platform PAS di Kota Bharu berhubung isu royalti minyak semua orang PAS ingat Ku Li sudah menyokong PAS, semua orang PAS ingat Ku Li sudah belot kepada UMNO.

Dengan penjelasan Ku Li di atas tu orang orang PAS jangan ingat orang orang UMNO suka melompat keluar parti macam orang orang PKR..sekutu kuat PAS..Sesusah dan sesukar mana sekalipun, kami orang orang UMNO tetap akan mempertahankan UMNO. UMNO berjuang untuk bangsa dan bukan untuk jadi Menteri Besar yang dah tak tahu nak pencen.

Jelas bahawa PAS ditimpa satu penyakit yang dipanggil penyakit 'PERASAN'. Tahniah pada Ku Li di atas kesetiaan kepada parti. Nampak gaya PAS kena usahakan taktik baru di Galas selepas usaha 'memujuk' Ku Li menemui jalan buntu.

'Apa pandangan Tengku bila PAS kata mungkin akan meletakkan calon mereka di kalangan orang Asli?' 'Itu pilihan PAS dan kita pun ada calon kita'..Semangat melawan Ku Li sudah jelas..

Lawan tetap lawan!!!!!

Thursday, October 7, 2010

Galas: 4hb Oktober Hari Khamis..Kenapa rungsing?

Dalam Malaysia, adakah negeri negeri yang cuti amnya jatuh pada hari Khamis? Kalau soal tarikh pilihanraya Galas yang jatuh pada hari Khamis membawa kebimbangan kepada Nik Ajis kerana hari Khamis adalah hari bekerja maka sepatutnya kebimbangan yang sama seharusnya dirasakan oleh Barisan Nasional.

Adakah Nik Ajis merasakan bahawa semua pengundi yang menyokong dan akan mengundi Barisan Nasional di Galas adalah merupakan di kalangan mereka yang tidak bekerja? Agak keliru mengapa Nik Ajis dipetik sebagai berkata bahawa SPR hanya mementingkan Barisan Nasional di dalam pemilihan tarikh pilihanraya? Adakah SPR jika hanya mementingkan Barisan Nasional tahu bahawa pengundi pengundi Barisan Nasional di Galas adalah di kalangan mereka yang tidak bekerja? Adakah PAS tahu bahawa jika diadakan pilihanraya pada hari bekerja maka mereka akan tewas?Atau adakah ini sebagai satu alasan awal yang boleh digunapakai sekiranya mereka tewas di dalam plihanraya itu nanti?

Ada suara yang kedengaran berkata, bahawa jika diadakan pilihanraya pada hari Khamis iaitu pada hari bekerja..adalah sukar untuk mana mana parti membawa balik pengundi-pengundi Galas yang bekerja di luar Galas...tapi sepatutnya kesukaran ini turut sama dirasai oleh Barisan Nasional..kenapa hanya PAS yang merungut? Macam dah ada di ambang kekalahan saja nampak gayanya..Alasan akan tetap kekal sebagai alasan.

Thursday, August 12, 2010

Mana kebajikan rakyat?

Kalau aku bertanya pada kawan-kawan yang tak ambil tahu pasal politik, dia orang akan cakap malas nak ambil tahu pasal politik. Dia orang kata dulu politik untuk menjaga keharmonian negara tetapi politik sekarang dah jadi lain..politik untuk isi perut..politik yang dah menghuru harakan minda rakyat.

Mana tidaknya, ahli politik bercakar sama sendiri. Masing-masing nak tunjuk bagus walhal tak ada apa pun yang di buat. Semua yang dibuat hanya untuk karier politik masing-masing. Karier politik bermakna periuk nasi dia orang.

Keadaan jauh berbeza dengan zaman Tun Mahathir. Macam-macam yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk negara. Siapa yang lupa dengan kemegahan KLCC, KLIA, Sepang F1 Circuit dan macam-macam lagi. Semuanya untuk Malaysia. Sekarang apa yang kita boleh banggakan?

Bangsa Melayu makin berpecah..Nak disatukan pun ada Melayu yang kata tak payah. Pasal kalau bersatunya Melayu, maka akan ada pemimpin Melayu yang miss periuk nasi. Soalnya, mana yang lebih penting?Nasib bangsa Melayu atau nasib seorang pemimpin Melayu?

Kesian tengok Perdana Menteri. Bersusah payah nak bangunkan negara yang majoritinya Melayu tetapi Melayu jugak yang jadi penghalang. Harga barang makin naik..rakyat dah mula mengeluh. Biarpun kita faham ada sebab tertentu kenapa harga dinaikkan.

PAS kata nak buat negara kebajikan. Itu manifesto masa pilihanraya. Di Selangor, Pakatan memerintah. Takkan PAS nak buat negara kebajikan, Selangor sebagai rakan politik tak mahu memberi kebajikan pada rakyat Selangor. Ini menjadi kayu pengukur. Tapi bila fikirkan balik, dah nama pun orang politik, cakap memang murah. Harga ayam dah naik RM 7 sekilo. Kerajaan Selangor tak nak beri subsidi ke pada rakyat Selangor kalau kata tindakan kerajaan Barisan Nasional pasal subsidi ni salah? Air macam mana di Selangor?Air di Selangor dah macam belacan rasanya. Ada yang kata jumlah klorin tak cukup masa penyulingan air pasal syarikat bekalan air tak mampu nak tampung jumlah pemberian air percuma?Mana yang betul aku pun tak tahu. Kepala otak aku makin lama makin buntu.

Sudah-sudahlah dengan politik. Rakyat jangan terus dibiarkan tertekan. Orang politik mungkin tak tahu dengan kesusahan yang dihadapi rakyat sekarang. Orang politik gaji dan kantungnya besar tak macam rakyat marhaen yang terpaksa fikirkan semua benda. Raya pun dah hampir..orang politik rasa ke debar seperti mana yang kami rakyat rasakan? Anak-anak dah mula menadah tangan minta dibelikan baju raya. Kalau orang politik tak mahu fikirkan ini semua, elok berhenti je jadi pemimpin.

Kita harap Barisan Nasional akan lebih tegas dalam hal politik. Jangan biarkan puak sebelah sana buat sesuka hati. Kalau dah diberi kuasa tapi tak gunakan kuasa, itu salah guna kuasa juga namanya.

Tuesday, July 6, 2010

KSU yang berkuasa?

Heboh satu Malaya bilamana sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa wujudnya seorang KSU yang maha berkuasa di dalam sebuah kementerian. Pun begitu tidak pula disebutkan secara terperinci KSU yang dimaksudkan. Baguslah jika benar sekalipun seperti apa yang dilaporkan oleh akhbar tempatan tersebut tetapi mengambil pendekatan untuk tidak menyebut nama KSU yang dimaksudkan. Sebaik-baik tindakan adalah apabila tidak mendedahkan aib seseorang.

Tidak cukup dengan berita akhbar tersebut, para blogger telah memetik berita tersebut dan membawa kepada suatu perbincangan isu tersebut secara terbuka. Dan di sinilah bermulanya episod sama ada isu yang diperkatakan itu benar atau palsu. Aku sendiri mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana aku sendiri kurang pasti dengan apa yang dibincangkan berhubung isu KSU yang berkuasa ini. Pendirian aku mudah, jika aku tidak tahu lebih elok aku mendiamkan diri kerana fitnah adalah lebih tajam dari mata pedang.

Suka aku nasihatkan para blogger untuk lebih cenderung untuk memperjuangkan bangsa dari terus membicarakan aib orang yang belum tentu silapnya. Soal jika ada kekhilafan yang dilakukan oleh orang yang dimaksudkan kita serahkan pada Allah. Sebagai manusia, tidaklah elok untuk kita menjatuhkan hukum kepada mana mana pihak.

Di dalam masa yang semakin hampir untuk menghadapi PRU ke 13 elok kiranya kita mencaturkan hala tuju Barisan Nasional. Pastinya Pakatan sedang bertepuk tangan bila melihat rangkaian bloggers pro Barisan Nasional sedang meninggalkan landasan perjuangan dengan membicarakan sesuatu isu yang menguntungkan Pakatan.

Eloklah kita kembali kepada landasan perjuangan asal dan janganlah terlalu menuding jari dan meninjau ninjau kesalahan orang lain tanpa asas yang kukuh. Aku tidak mahu menerjunkan diri aku di dalam kancah yang tidak aku ketahui mana betul dan mana salahnya. Kepada Allah kita berserah.

Saturday, April 24, 2010

Hulu Selangor: Selamat Mengundi

Kurang dari 24 jam proses pengundian pilihanraya kecil Hulu Selangor akan berlangsung. Kepada pengundi Hulu Selangor, renung-renungkanlah apa yang telah kerajaan Barisan Nasional sumbangkan pada anda semua. Benar, ada kala hati terluka kerana tidak ada manusia yang sempurna tetapi percayalah tidak ada dan tidak akan ada kerajaan yang sebaik Barisan Nasional.

Sejak kita merdeka, kerajaan Barisan Nasional lah (sebelum itu Perikatan) satu-satunya kerajaan yang telah secara jelas membangunkan Malaysia. Dari menjadi bangsa yang dijajah, kerajaan yang diterajui UMNO telah membebaskan kita semua dari belenggu penjajah. Bermula dari episod itulah kita semua telah mengecapi kehidupan yang kalau tidak mewah pun tetapi cukuplah untuk kita menjalani hidup bersama keluarga secara aman sentosa.

Tidak pernah wujud nama PAS, DAP dan PKR di dalam siri pembebasan rakyat dari belenggu penjajah. Parti-parti baru ini hanya mengambil jalan mudah untuk kepentingan politik mereka dan yang amat mendukacitakan kita sebagai rakyat terpecah. Janganlah kita mengambil sikap ingin cuba-cuba di dalam menentukan pemimpin kita kerana HARGA YANG TERPAKSA DIBAYAR ADALAH TERLALU TINGGI IAITU NEGARA.

Kembalilah kita bertaut di bawah payung Barisan Nasional. Ingatlah dan kenanglah, jasa-jasa pemimpin terdahulu yang berjuang atas nama UMNO untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Di atas bahu anda semua terletaknya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian negara yang telah berpuluh tahun kita kecapi. Janganlah yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Selamat mengundi. Tekadkan pilihan anda..UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!!!!!

Sunday, April 4, 2010

Hulu Selangor : Masa terbaik untuk rakyat Hulu Selangor balik ke Barisan Nasional

Pilihanraya kecil Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April ni adalah masa dan medan terbaik untuk rakyat Hulu Selangor kembali kepada kerajaan Barisan Nasional. Mungkin dulu kerana terlalu mengikut emosi dan sekadar menzahirkan rasa tidak puas hati dengan pimpinan UMNO dan BN terdahulu, rakyat Hulu Selangor menzahirkan rasa tidak puas hati itu di atas kertas undi. Yang jelas, bukan kerana pimpinan Pakatan itu bagus dan bijak tetapi hanya kerana pengundi di Hulu Selangor melepaskan rasa tidak puas hati kepada Barisan Nasional. Itu cerita dulu, zaman dan masa telah berubah, Barisan Nasional kini berada di landasan yang betul dan kembali menakhoda zaman. Dengan kepimpinan Presiden baru Barisan Nasional dilihat kembali berada di landasan yang betul.

Banyak program yang bertujuan untuk mensejahterakan rakyat telah diatur. Dan slogan 1 Malaysia bukanlah hanya satu slogan politik sebaliknya telah diterjemahkan semata-mata hanya untuk kepentingan rakyat. Penstrukturan semula minyak contohnya telah ditangguhkan atau mungkin dibatalkan apabila kerajaan Barisan Nasional mengambil kira pandangan rakyat sebagai satu asas terpenting sebelum menjayakan sesuatu rancangan dan program. Jelas, UMNO dan Barisan Nasional dinobatkan sebagai kerajaan yang mendahulukan rakyat dan sesuai benarlah dinobatkan sebagai Juara Rakyat.

Selama 52 tahun, kita merdeka tidak ada pihak lain yang bertanggungjawab untuk memajukan Malaysia yang ada cuma kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Tradisi kejayaan ini haruslah kita pertahankan dan tidak mengambil risiko untuk mencuba suatu kerajaan yang baru kerana pertaruhan yang perlu kita ambil untuk percaturan ini terlalu tinggi iaitu masa depan negara. Tergamakkah kita mengambil risiko ini hanya kerana rasa kecewa dan marah yang terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan harga sebuah negara yang amat kita sayangi dan tidak ternilai harganya. Lebih dari itu, negara adalah maruah harga diri kita.

Kesetiaan kita sebagai rakyat amnya dan rakyat Hulu Selangor khasnya dilihat sebagai satu medan untuk menggambarkan betapa rakyat sayangkan apa yang telah kita bangunkan selama ini melalui suatu kerajaan terbaik iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Ayuh, kepada rakyat Hulu Selangor kita kembali kepada asal dan berpeganglah kepada prinsip 'jangan kerana marahkan nyamuk kelambu hendak dibakar'. Biarlah kewarasan mendahului kemarahan kerana kemarahan itu hanyak mengikut telunjuk syaitan.