Kurang dari 24 jam proses pengundian pilihanraya kecil Hulu Selangor akan berlangsung. Kepada pengundi Hulu Selangor, renung-renungkanlah apa yang telah kerajaan Barisan Nasional sumbangkan pada anda semua. Benar, ada kala hati terluka kerana tidak ada manusia yang sempurna tetapi percayalah tidak ada dan tidak akan ada kerajaan yang sebaik Barisan Nasional.
Sejak kita merdeka, kerajaan Barisan Nasional lah (sebelum itu Perikatan) satu-satunya kerajaan yang telah secara jelas membangunkan Malaysia. Dari menjadi bangsa yang dijajah, kerajaan yang diterajui UMNO telah membebaskan kita semua dari belenggu penjajah. Bermula dari episod itulah kita semua telah mengecapi kehidupan yang kalau tidak mewah pun tetapi cukuplah untuk kita menjalani hidup bersama keluarga secara aman sentosa.
Tidak pernah wujud nama PAS, DAP dan PKR di dalam siri pembebasan rakyat dari belenggu penjajah. Parti-parti baru ini hanya mengambil jalan mudah untuk kepentingan politik mereka dan yang amat mendukacitakan kita sebagai rakyat terpecah. Janganlah kita mengambil sikap ingin cuba-cuba di dalam menentukan pemimpin kita kerana HARGA YANG TERPAKSA DIBAYAR ADALAH TERLALU TINGGI IAITU NEGARA.
Kembalilah kita bertaut di bawah payung Barisan Nasional. Ingatlah dan kenanglah, jasa-jasa pemimpin terdahulu yang berjuang atas nama UMNO untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Di atas bahu anda semua terletaknya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian negara yang telah berpuluh tahun kita kecapi. Janganlah yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.
Selamat mengundi. Tekadkan pilihan anda..UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!!!!!