Showing posts with label juara rakyat. Show all posts
Showing posts with label juara rakyat. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Bolehkah rakyat Malaysia sepakat seperti rakyat Indonesia?



Tahniah kepada skuad Harimau Muda kerana berjaya membenam pasukan Garuda yang begitu angkuh dengan puluhan ribu penyokongnya.

Melihat kepada gelagat rakyat Indonesia yang tidak langsung menunjukkan hormat kepada lagu Negaruku membuatkan hati menjadi mendidih tetapi apabila dikenangkan bahawa skuad Harimau Muda sedang beraksi di Indonesia, kepala secara automatik mengangguk tanda faham mengapa keadaan menjadi sebegitu rupa.

Persetan dengan soal penyokong Indonesia kerana Indonesia tetap dengan Indonesianya tetapi semangat kenegaraan yang terpancar di wajah penyokong Indonesia jelas kelihatan. Apabila tiba masa untuk mempertahankan maruah negara, warga Indonesia membulatkan tekad dan duduk dalam satu pasukan yang kelihatan tidak mungkin boleh dirungkaikan.

Bolehkah rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara seperti mana yang dilakukan rakyat Indonesia?Bersatu hati seia sekata.

Mungkin sahaja slogan 1 Malaysia sebenarnya menjurus kepada soal pemuafakatan rakyat Malaysia tetapi untuk menterjemahkan pemuafakatan itu haruslah terlebih dahulu di ketepikan soal RAKYAT PAS, RAKYAT PKR DAN RAKYAT DAP.

Jika Kedai Rakyat 1 Malaysia pun dipertikaikan oleh Rakyat Pakatan mana mungkin pemuafakatan yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.

Yang kita cuma belajar daripada rakyat Indonesia hanyalah berdemo di jalanraya..memalukan!!!

Tuesday, November 15, 2011

Pakatan Rakyat atau Rakyat Pakatan?



Pakatan Rakyat atau Rakyat Pakatan? Hanya istilah yang membezakan maksud yang terkandung.

Pakatan Rakyat amat berbangga kononnya nama gabungan parti-parti itu mendapat mandat yang menyeluruh daripada rakyat lantas wujudnya nama Pakatan Rakyat bagi menggantikan Barisan Nasional. Momokan mereka hanyalah dakwaan yang mengatakan seluruh rakyat Malaysia sudah muak dengan Barisan Nasional.

Sukalah bertanya kepada mereka, sejak bilakah mereka telah menjalankan bancian terhadap seluruh rakyat Malaysia untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah jemu dan muak kepada Barisan Nasional dan sejak bilakah mereka mendapat restu daripada rakyat Malaysia untuk menggunakan istilah RAKYAT di dalam nama platform politik mereka?

Beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lalu, jelas tidak seluruh rakyat memberikan mandat kepada Pakatan untuk menjadi pemimpin mereka. Satu demi satu calon Pakatan rebah tumpas kepada Barisan Nasional. Melihat kepada senario itu adakah wajar istilah Pakatan Rakyat direstu gunakan oleh Pakatan?

Benar..ada sebilangan rakyat di luar sana yang menyokong Pakatan tetapi jumlah dan nisbahnya amat kecil jika dibandingkan dengan bilangan sebenar rakyat Malaysia.

Sebenarnya istilah Pakatan Rakyat hanyalah untuk menarik minat rakyat seolah-olah nasib mereka akan terbela dengan hanya dengan restu untuk membenarkan istilah RAKYAT digunakan.

Sebagai rakyat janganlah kita membenarkan istilah kita sebagai rakyat keseluruhan digunakan hanya untuk memenuhi kehendak dan keinginan golongan tertentu. Rakyat mesti sedar bahawa, yang menggunakan istilah RAKYAT itu adalah golongan politik yang mempunyai agenda dan keinginan peribadi yang melangit.

Pilihanraya adalah pentas sebenar untuk rakyat menzahirkan siapa yang mereka inginkan sebagai pemimpin mereka. Jika benarlah rakyat berpakat untuk menubuhkan Pakatan Rakyat tidak ada sesiapa yang dapat menghalangnya tetapi jika hanya sebilangan kecil yang mahukannya maka tidaklah sesuai nama Pakatan Rakyat digunapakai sebaliknya ianya hanyalah bersifat Rakyat Pakatan yang menjurus kepada maksud sokongan ahli-ahli kepada pimpinan mereka.

Secara pecahannya, yang ada hanyalah RAKYAT PAS, RAKYAT PKR dan RAKYAT DAP. Rakyat Malaysia sebenarnya tahu bahawa perkongsian kuasa di dalam Malaysia telah lama diwujudkan dan sebenarnya rakyat Malaysia seluruhnya hidup beramalkan apa yang dinamakan sebagai 1 MALAYSIA!!

Sunday, January 17, 2010

Datuk Ahmad Maslan:Sebutir Permata yang sedia digilap



Tahniah kepada Datuk Ahmad Maslan di atas kurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk..Walaupun agak terlambat untuk mengucapkan tahniah tetapi ucapan tahniah ini biarpun lambat tetapi ikhlas, seikhlas hati Datuk Ahmad Maslan di dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang digalaskan dia atas bahunya.

Membaca artikel sesi bual mesra Datuk Ahmad Maslan dan pihak Agendadaily di http://agendadaily.com/, Jebat tersenyum sendirian kerana Jebat telah mendapat sebab yang munasabah mengapa Presiden UMNO melantik beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Jawapan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan agak bersahaja tetapi jelas menunjukkan kewibawaan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO. Mungkin mengenangkan susur galur kehidupannya yang amat memeritkan pada masa lampau membuatkan Datuk Ahmad Maslan bercakap dengan berpijak di bumi yang nyata dan tidak sekadar membuat omongan kosong.
Kita akan terus memerhatikan kewibawaan pemimpin muda ini di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Penerangan di kala UMNO tercalar luka. Jebat juga percaya pastinya ada sebab yang tersendiri apabila Datuk Ahmad Maslan diizinkan Allah s.w.t untuk memegang jawatan penting ini. Mudah mudahan tugas sebagai Ketua Penerangan ini akan digalas sebaik mungkin dan benar benar merealisasikan UMNO sebagai Juara Rakyat.

Kita percaya Datuk Ahmad Maslan adalah ibarat sebutir permata yang sedia digilap dengan kerjasama seluruh ahli UMNO khasnya dan seluruh rakyat yang akan mendoakan beliau sebagai penterjemah aspirasi UMNO untuk negara tercinta.