Tuesday, August 19, 2014

Teguran pada PM Najib sampai kemuncak


Adakah ayat di dalam gambar di atas tidak boleh digunapakai kepada pimpinan sekarang?


Pak Lah kena letak jawatan kerana tak dapat 2/3 dalam PRU ke 12.

Ramai menteri kabinet yang desak Pak Lah letak jawatan kerana katanya Pak Lah lemah dan selalu tidur. Pada ketika itu ramai menteri yang kelihatan cukup jantan. Blogger Parpukari juga hentam sakan suruh Pak Lah berundur.

Suka tak suka demi kecintaan kepada parti Pak Lah berundur. Tabie orang tua yang berfikir jauh..mengalah biarpun bukan kalah. 

Bilamana PM Najib pun tak dapat 2/3 bahkan lebih teruk daripada Pak Lah, jantan jantan menteri kabinet senyap dan sunyi. Hilang taring. Tak lagi menyalak nyalak. Hairan.

Lebih hairan bila ada yang kata PM Najib sebenarnya handal dan jauh lebih bagus daripada Pak Lah. Di mana kayu ukur dan asas pengiraan seseorang itu bagus lebih lebih lagi seorang ahli politik seperti Najib dan Pak Lah?

Rakyat sudah tunjuk signal..UMNO BN semakin hilang taring. Banyak kerusi yang hilang dan banyak pula nama nama besar UMNO BN kecundang tersadung di medan juang. Ini signal dan tanda jelas.

Di kalangan sahabat blogger dan pengamal media sosial ramai yang menegur corak kepimpinan Najib.lebih lebih lagi desakan supaya Najib membersihkan dirinya daripada dikelilingi punahsihat punahsihat yang tidak langsung membantu Najib. Malangnya desakan kita semua seakan tidak memberi kesan kepada Najib. Ada Najib kisah? 

Semalam Tun Mahathir The Legend tampil bersuara di dalam blognya menegur Najib. Apa yang Tun Mahathir tegurkan samalah intipatinya dengan apa yang kita tegurkan pada Najib. Nampaknya gayanya Tun Mahathir lebih mendengar suara rakyat berbanding Najib!!!

Jika teguran Tun Mahathir pun tidak berupaya merubah Najib, adalah dicadangkan semua menteri kabinet yang dulunya terlolong desak Pak Lah letak jawatan sudah boleh mencari kotak kotak kosong untuk mengosongkan pejabat di Putrajaya menjelang PRU ke 14.

Kita bukan desak Najib letak jawatan bak kata Tun Mahathir..tetapi kita desak supaya Najib berubah dan lebih tegas dalam hal hal tertentu. 

Lumrahnya..orang suka pada sesuatu yang baru..bila Tun Mahathir serahkan tampuk pemerintahan pada Pak Lah..UMNO BN menang besar dalam PRU ke 11. Adakah Najib juga perlu serahkan tampuk pemerintahan kepada orang baru untuk menjamin kemenangan dan mengekalkan kuasa UMNO BN di Putrajaya?

Najib mesti berubah kerana kita semakin runsing jika akhirnya nanti rakyat membuat keputusan untuk merubah lambang parti pemerintah di Putrajaya!!

Ayuh PM Najib..Anda masih punya masa untuk berubah dan mengubah rangkaian penasihat penasihat anda!!

p/s: Jebat muak dengan ungkapan 'Sambutan pengundi kepada calon BN nampaknya semakin baik..Angin perubahan makin dirasakan dan pengundi Cina sudah kembali kepada BN' ...Choiii..inilah ayat punahsihat kepada Najib yang semakin melekakan Najib...!!! Kalau tak sayangkan Najib kita semua tak tegur Najib..Itupun kalau Najib nak dengar..!!

Sunday, August 17, 2014

Solat hajat di rumah Khalid untuk apa?

 
PAS buat U Turn. Biasa dan tidak mengejutkan.
 
Adakah Khalid akan bersendirian selepas PAS buat U Turn?
 
Adakah Khalid benar benar teraniaya di dalam isu ini atau semua ini adalah pelan terancang Pakatan haram?
 
Jika ini adalah pelan terancang...apakah motifnya?
 
Kalau mengenali gerak Pakatan..mereka tidak akan bertindak jika ianya tidak menguntungkan mereka..
 
Mustahil Bang Non merencana sesuatu tanpa sebarang persediaan rapi..Siapa di dalam Pakatan yang berani kata tidak pada rancangan Bang Non? Hadi Awang? Ahhh...lupakan saje..
 
UMNO BN perlu berhati hati di dalam soal ini. Jangan sokong membuta tuli.
 
Pakatan cukup licik dalam merencana sesuatu untuk kepentingan mereka. Mana war room UMNO yang digembar gemburkan? Tidak boleh menjangka apa pelan yang mungkin dicipta oleh Pakatan?
 
Tentunya mereka bergelak sakan bilamana Tan Sri Muhyiddin berkata ADUN ADUN BN akan menyokong Khalid di Selangor..! Mana penasihat penasihat yang mengaku bijak di dalam politik? Bukankah jika UMNO BN mengambil sikap berkecuali dan berdiam diri di dalam isu ini lebih bijak dan selamat?
 
Jika Khalid benar benar teraniaya nampaknya jalan terakhir yang beliau ada ialah mengadap Sultan dan mohon pembubaran DUN.
 
Jika tidak, sahlah ada pelan terancang di dalam Pakatan yang buat masa ini masih belum mampu kita terjemahkan...
 
Untuk UMNO BN..buat masa ini DIAM DAN JANGAN BERTINDAK adalah jalan paling selamat.
 
p/s: Anda percaya pada kemelut Selangor ini? Jebat satu sen pun tidak percaya pada gerombolan Pakatan ni...!!!! Tanyalah Ezam Md Nor..mana 6 kotak tu????

Wednesday, August 13, 2014

Aduhai Pak Sheikh..!!! Malang sungguh nasibmu...



Langit tidak selalu cerah Pak Sheikh...

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..

Setinggi tinggi ilmu adalah ilmu tak tahu..Pak Sheikh jangan fikir manusia terlalu bijak..Manusia merancang Tuhan menentukan..

Sabar manusia ada hadnya..Sarang tebuan jangan dijolok..Rakyat PAS mula bingkas bangun memberontak untuk melesukan langkah Pak Sheikh..

Yang dikendung keciciran yang dikejar tak dapat...

Doa orang orang teraniya pasti makbul...Pak Sheikh mesti tahu tu..Tanyalah Khalid MB Selangor macam mana dia berdoa..tanyalah rakyat PAS bagaimana mereka mengerjakan solat hajat untuk Khalid MB Selangor..

Apabila timbul kebenaran..kebatilan pasti hilang lenyap..

Perahu sudah di air..pendayung sudah di tangan..teruslah mendayung Pak Sheikh..Untung sabut timbul .. untung batu tenggelam..

Jangan lupa Pak Sheikh..kami menanti dayungan Pak Sheikh..kalau tersadung tenggelam pasti kami akan kata LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABUNYA..BIARKAN BIARKAN!!!

Kini ketam tidak lagi mahu jalan mengiring seperti ibunya...Tanggang sudah tahu peritnya badi menderhaka..Jebat sudah tahu erti bala bila derhaka kepada Baginda Sultan Melaka..

Orang tua selalu berpesan jangan terlalu gembira kerana nanti dihujungnya airmata jatuh berderai derai..

Sudah jatuh ditimpa tangga..Saiful Bukhari datang membawa surat saman RM50 juta..Berat mata memandang berat lagi bahu memikul ya Sheikh..!!

Baru tahu tingginya langit...baru tahu pahitnya hempedu??? 

p/s: Sikat rambut tu ya Sheikh!!!

Tuesday, August 12, 2014

PAS dan Khalid sama sama jantan..Tahniah!!!


Dalam pada Gap Gap, Khalid akhirnya memecat exco exconya dari PKR dan DAP. Ceh..steady lah Khalid..anak jantan.

Kita ucap tahniah pada PAS kerana sudah berani buat keputusan sendiri dan tidak lagi sentiasa mendengar cakap Bang Non. Dalam banyak artikel terdahulu Jebat sudah maklum bahawa tanpa PKR dan DAP pun PAS sememangnya sudah kuat. DAP dan PKR hanya menumpang pada PAS. Kalau diikutkan pada kekuatan, PAS lah sepatutnya menjadi induk.

Di mana mana pilihanraya bahkan dalam mana mana demo yang mereka adakan pun, tanpa rakyat PAS pasti gerakan itu tidak akan ke mana. Apa perlu PAS pada DAP dan PKR?

Bertahun PAS memerintah Kelantan dan lantang di Parlimen..semuanya kerana usaha dan jerih perih rakyat PAS. Ketika itu mana ada sepakat PAS dengan DAP dan PKR.  Memang jelas DAP dan PKR mengharapkan usaha dan kekuatan PAS.

Dengan apa yang berlaku, rakyat PAS lihatlah bahawa Bang Non yang sewaktu ketika dahulu anda agungkan sebenarnya tidak boleh berbuat apa apa pada kalian. Bang Non bukan sehebat yang anda sangkakan. Baru Bang Non tahu langit tinggi rendah..Baru Bang Non sedar bahawa dia sekadar bersandar harap pada rakyat PAS.

Kenapa balaci balaci PKR tidak mahu berdemo atas nama keadilan untuk Khalid Ibrahim seperti mana mereka berdemo bila Bang Non (hero kecundang) dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu? Kenapa hanya mencari keadilan pada Bang Non kononnya..? Kenapa tidak mencari keadilan kepada Khalid Ibrahim?

Red Bean Army dan tentera maya PKR dan DAP sudah kering idea. Mereka kata UMNO dan BN meleleh air liur kerana Khalid Ibrahim tidak melantik ADUN BN menjadi exco di Selangor. Mereka beranggapan UMNO dan BN kecewa.

Ini pandangan orang yang dungu seperti mana mereka dungu dalam mencongak bahawa rakyat PAS akan bosan pada Bang Non suatu ketika nanti.  Sesungguhnya, kita orang orang-orang UMNO dan BN tidak pernah rasa terkilan, kecewa atau terliur untuk mengharapkan sesuatu daripada Khalid Ibrahim.

Cukuplah keadaan politik di Selangor kembali terurus dan berjalan lancar demi rakyat.

Alhamdulillah..rata-rata Exco di Selangor sekarang adalah orang orang Islam. Insyaallah..kami orang orang UMNO akan sentiasa mendoakan yang terbaik pada rakan rakan PAS demi memartabatkan sebuah agama.

Sekalung tahniah awal pada Khalid Ibrahim dan rakyat PAS. Ini adalah kemenangan di dalam perjuangan kalian dan ini adalah permulaan kepada pengakhiran perjuangan untuk kepentingan seorang individu yang kemaruk kuasa..

Salam perjuangan kepada sekelian rakyat PAS dan Khalid..Tahniah!!!

Sunday, August 10, 2014

Pecat lah Exco kau tu!!



Khalid Ibrahim sudah dipecat.

Sebabnya, sekadar nak memberi laluan kepada nenek kipas, Wan Ajijah bini Nuar Berahim menjadi Menteri Besar. Memang keluarga kroni. 

Peduli apa kita kalau Khalid  di pecat. Bukan masalah kita. Bukan masalah BN. Dia tetap seteru politik kita. Usah tunduk dan simpati. Sikit pun tidak. 

Geng PKR kata UMNO kemaruk nak tarik Khalid sertai UMNO. Kirim salam pada Tok Anjang bebudak PKR. Setakat macam Khalid  tak pernah kita orang hairan. Kalau Khalid nak sertai PAS itu dia punya pasal. Ada aku kisah?

Kalau Jebat jadi Khalid sudah lama Jebat bertindak kejam macam mana kejamnya PKR memecat Khalid. Apa kata Khalid pecat semua Exco dalam kerajaannya? (ini cadangan Roslan Bian Agendadaily). Baru ganas dan jantan..Untung untung boleh kurang Gap Gap..!! Apa Nuar Berahim nak buat kalau Khalid pecat semua exco kerajaan negeri? Silap silap Nuar Berahim pulak Gap Gap..!!!

Atau lagi ganas..Khalid minta perkenan Sultan..Bubar DUN!! Khalid boleh sertai PAS dan bertanding atas tiket PAS.

Bebudak PKR jangan ingat kita nak tewaskan kerajaan Selangor dengan cara merayu lebihan PKR masuk UMNO. Kirim salam sekali lagi pada Tok Anjang kau orang...!!

Kita jantan dan andaikata kita bertembung sekali lagi dalam Pilihanraya Negeri akibat pembubaran DUN..kita sudah sedia..!!! Kalah menang biar bermaruah!!

Tuesday, August 5, 2014

Sudahnya nanti orang UMNO akan terlopong!!



Khalid Gap Gap atau Wan Azizah si nenek kipas siapakah yang lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor?

Ramai nujum yang buat cai termasuk orang orang UMNO. Sama macam nujum meneka rombakan kabinet Najib. Satu habuk pun tak kena.

Secara jujur..tak perlu kita sibuk sibuk dengan isu MB Selangor ni. 

Pada Jebat ini tak lebih daripada sekadar menarik perhatian rakyat dan mencetuskan momentum populariti menerusi penciptaan isu. 

Sudahnya nanti PAS, DAP dan PKR akan berkata..biar berdentum guruh di langit, biar mencurah hujan ke bumi kami akan kekal teguh dan setia atas nama Pakatan Rakyat!! Khaakkkk tuihhhh!!!

Satu sen pun Jebat tak percaya pada gerombolan ni..!!!

Sebelum kesudahannya nanti mereka akan ketawakan orang orang UMNO kerana percaya cerita dongeng mereka ini..lebih baik kita terus menguatkan saf kita di Selangor menjelang PRU ke 14 nanti.

Itupun kalau UMNO Selangor masih ada selera dan cita cita nak menjadi kerajaan negeri semula..

p/s: Dia orang tu semua totok Nuar Berahim..dah tentu tentu Nuar Berahim dah siapkan skrip untuk setiap seorang daripada mereka. Pelakon dan pengarah yang hebat..!!! 

Saturday, August 2, 2014

Selamat Hari Raya Rakyat PAS..!!!


PAS tidak keluar Pakatan Rakyat kata Setiausaha Agungnya. Menafikan kesahihan surat di atas.

Sudah kita duga bahawa surat ini adalah palsu.

Rakyat PAS tidak perlu melatah dengan menuding jari bahawa surat ini adalah ciptaan orang orang UMNO.

Orang orang UMNO pun sebenarnya tidak mengharapkan untuk PAS keluar Pakatan dan menyertai UMNO atau Barisan Nasional.

Cukuplah sekadar mengharapkan PAS keluar daripada Pakatan dan berdiri sebagai parti tunggal. Cukup lama PAS berjuang dan berdikari. Tanpa PKR dan DAP. PAS tetap megah dan berupaya.

Tanpa PAS...mana mungkin DAP berkuasa di Pulau Pinang..tanpa PAS..mana mungkin PKR berkuasa di Selangor. Semuanya kerana jasa PAS.

Sekali lagi kita menyeru rakan seagama kita di dalam PAS..langkah anda meninggalkan Pakatan Rakyat adalah langkah kanan. Kami orang orang UMNO tidaklah terdesak  mahukan penyertaan PAS ke dalam UMNO atau Barisan Nasional tetapi kami sekadar mahukan anda rakan seagama kami bebas bersuara dan berjuang memartabatkan Islam.

Jauh daripada itu..kami tidak rela anda rakan seagama kami dibentak bentak dan diarah arah oleh mereka yang cemburukan Islam. 

Ikhlas kata...sebesar mana pun jurang beda pendapat politik kita..kalimah kita tetap satu. Mereka mencubit peha anda orang orang PAS..peha kami orang orang UMNO turut sama terpalit ngilunya...!!!

Carik carik bulu ayam!!!

p/s: Kita makan ketupat dan rendang yang sama!!

Friday, August 1, 2014

Pesanan untuk rakyat PAS..!!


PAS dulu kuat..cukup kuat..

Hari ni pun PAS kuat dan masih kuat..

Tanpa DAP dan PKR pun PAS masih kuat...

Unit Amal PAS..Muslimah PAS...Dewan Pemuda PAS semuanya kuat dan mampu bekerja sendiri..

Sejak masuk Pakatan Rakyat apa yang PAS dapat?

PAS jadi Menteri Besar di Kelantan? Itu semua hasil kekuatan PAS sejak dahulu..tidak ada kena mengena dan tidak ada bantuan langsung daripada Pakatan Rakyat..

Selangor dan Pulau Pinang..kalau tidak kerana PAS agaknya mampukah DAP dan PKR memerintah?

Setiap kali pilihanraya jentera PAS berhempas pulas buat kerja..

Setiap kali demo Unit Amal PAS lah yang terkedepan menjadi benteng..

Apa perlu PAS bergantung harap pada DAP dan PKR? 

Semua orang tahu kalau tidak kerana PAS tentunya DAP dan PKR tidak ke mana.

Dulu tidak pernah ada istilah Pakatan Rakyat..PAS sudah mampu mentadbir dan menang banyak kerusi..

Kini apa perlu PAS menambah kerja untuk memberikan ruang kepada DAP dan PKR?

Kita seru pada semua rakyat PAS..kalau tidak mahu bersama UMNO pun..PAS bergerak lah sendiri..seperti dulu..

Kita percaya PAS akan terus gagah..jangan sesekali benarkan DAP dan PKR menumpang keringat kalian..!!

Kita sekadar tidak mahu rakan seagama kita dikuda kuda dan diguna gunakan..!!