Thursday, May 10, 2012

Boleh sesiapa suruh Saipuddin tutup mulut?

Kalau handal sangat kenapa tak halang mahasewel daripada menurunkan bendera Presiden UMNO?

SEBENARNYA Jebat kurang berminat untuk menulis mengenai Saipuddin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang Jebat sifatkan entah apa-apa. Sehingga ke hari ini Jebat berasa hairan bagaimana orang seperti Saipuddin boleh duduk di kerusi Timbalan Menteri. Kalau rezeki beliau tak mengapalah.

Suatu ketika Saipuddin bangga dengan istilah new politic yang padanya tidak ramai yang faham dengan istilah itu sehinggakan ada rakan-rakan blogger yang berasa kecil hati kerana dikatakan tidak faham dengan istilah yang digambarkan oleh Saipuddin sebagai terlalu abstrak.

Saipuddin terus melakukan kejutan dengan hadir di perarakan mahasewel yang cuba menerobos ke PWTC. Katanya untuk mendengar suara orang muda dan atas kapasiti Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Yang peliknya bila ASPIRASI berarak ke pejabatnya bayang Saipuddin  tidak pula kelihatan.

Apabila Saipuddin mengatakan bahawa Tun Hanif Omar tidak sesuai untuk menganggotai Panel Penasihat Bebas berhubung tindakan polis sewaktu KOTOR 3.0,  bertambah-tambahlah lagi tidak minatnya Jebat untuk berbicara soal Saipuddin.


Adakah Saipuddin lupa bahawa beliau adalah anggota pentadbiran kerajaan justeru adalah lebih elok sekiranya Saipuddin menyerahkan hal-hal seumpama itu kepada boss-bossnya untuk membuat kenyataan atau setidak-tidaknya bersetuju dengan apa jua keputusan yang kerajaan lakukan sesuai dengan kapasitinya sebagai anggota pentadbiran walaupun sekadar Timbalan Menteri.

Jebat berasa agak pelik pada Saipuddin ini kerana setiap kali beliau buka mulut tangan Jebat secara automatiknya akan menutup telinga dan jika ada sesiapa yang terbaca artikel ini dan boleh menyampaikan perihal ini kepada beliau, tolonglah sampaikan pesan ini  'BOLEH TAK ANDA TUTUP MULUT?'

8 comments:

  1. Saifuddin menampakan ciri2 musuh dalam selimut. Adakah beliau seorang yg bermuslihat?

    ReplyDelete
  2. Mamat ni gunting dalam lipatan!!!

    ReplyDelete
  3. Api dalam sekam

    ReplyDelete
  4. APA2 PUN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN SEPATUTUNYA BERBINCANG NGAN KETUA,IBARAT API DLM SEKAM,GUNTING DLM LIPATAN

    ReplyDelete
  5. Dia ni sebenarnya musuh dlm selimut. Paling jahat dan tak layak diangkat sbg Timb Menteri pun.

    ReplyDelete
  6. aku heran lah dia ni dari umno mana lah agaknya...golongan aspan dengan sakmongkol ke?

    ah lupa plak, aspan tu dah keluar umno dah bernhentikan keahlian ke belum kang ambiga marah orang ada kehalian umno tapi jadi ahli perosak

    ReplyDelete
  7. Tapi UMNO/BN demokratik. Boleh bagi pendapatan membantah. Suara bebas bawah piagam parti yang bebas.

    ReplyDelete
  8. Heran aku..dia nie mengikut resmi padi ke atau resmi lalang?
    Sokong membawa rebah atau harap pagar,pagar makan padi?

    ReplyDelete