Sunday, April 29, 2012

Sampai bila kita harus ber 'kote' lembik?


SESUNGGUHNYA, Bersih 3.0 yang berlangsung pada hari Sabtu yang lepas telah menjadi titik hitam di dalam sejarah negara. Biarpun tidak ada berlaku kehilangan nyawa tetapi kejadian merusuh yang dilakukan oleh peserta Bersih sangatlah mendukacitakan.

Bertentangan benar dengan nilai tatasusila rakyat Malaysia yang sepatutnya kaya dengan budi bahasa dan nilai-nilai santun yang tinggi semuanya dirobek mentah mentah oleh perusuh Bersih. Benarlah apabila ada orang yang berkata kerana 'nila setitik, rosak susu sebelanga' dan kerana 'seekor kerbau terpalit najis habis sekandang kerbau turut terpalit najis'. Dan di dalam konteks ini, najis itu adalah penganjur Bersih yang mengundang pelbagai malapetaka kepada bumi Malaysia yang tercinta.

Rusuhan itu sebenarnya telah dijangka pada peringkat awal lagi. Apabila keengganan penganjur Bersih untuk mengalih lokasi perhimpunan seperti yang ditawarkan oleh pihak berkuasa jelas benar ada perhimpunan itu penuh dengan agenda jahat. Tetapi apa yang menghairankan sehingga ke hari ini kita masih bersikap 'tidak mengapa' kepada suatu niat jahat yang telah sememangnya kita sedar.

Apa lagi yang perlu kita tunggu? Adakah sehingga menumpahkan darah baru kita hendak mengambil tindakan kepada mereka yang merobek keamanan negara. Jika hal mencuri seluar dalam wanita pun merupakan kesalahan dan didakwa apakah perbandingan terhadap mereka yang merusuh dan mengancam keselamatan negara? Penganjur dengan dada yang bidang dan angkuh secara terang-terangan melaungkan akan menjahanamkan negara tetapi apakah tindakan yang kita ambil? Sekadar bertahan dan terus bertahan?

Jika kerajaan merasakan bahawa para perusuh itu merupakan 'rakyat' yang harus didengari suatu hati mereka apakah kerajaan terlupa bahawa bilangan rakyat yang cintakan keamanan negara agar terus terpelihara bilangannya jauh lebih banyak daripada perusuh yang bersifat syaitan dan kebinatangan itu?

Kenapa kita harus tunduk kepada kemahuan penganjur dan perusuh itu? Benar, sabar merupakan sebahagian daripada iman tetapi jangan pula kita terlupa bahawa sabar manusia ada hadnya. Rakyat sudah muak dengan sikap kita yang terlalu berlembut. Jika perihal merogol pun kita berusaha keras untuk menangkap perogol itu, apalah yang sukarnya untuk menangkap penganjur Bersih itu? Bukankah mereka dengan jelas mengumumkan bahawa merekalah yang bertanggungjawab menghasut rakyat dengan tusukan minda berbau hanyir dan mencetus provokasi melampau kepada rakyat untuk merusuh? Bukti apakah yang kita mahukan?

Inilah antara kesilapan kerajaan apabila mengambil sikap keterbukaan. Dahulunya, Jebat telah berkata bahawa ratu cantik pun tidak telanjang di atas pentas biarpun juri ingin mengadili sejauh mata cantiknya tubuh badan mereka kerana masih ada lagi ruang-ruang yang perlu ditutup kerana di situlah letaknya maruah dan harga diri. Berbalik kepada soal keterbukaan yang kerajaan ambil ianya memanglah mendatangkan kebaikan tetapi kepada mereka yang tahu nilai dan batasan keterbukaan. Adakah nilai dan batasan itu dapat dihayati oleh perusuh yang merusuh tempoh hari? Sudahnya, kita hanya menunggu masa untuk dibogelkan dan diaibkan.

Kerajaan seharusnya sedar bahawa, rakyat yang cintakan keamanan sedang mengintai-intai apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi menangani perusuh ini. Jangan sampai pula rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan dan akan dinafikan hak sebagai permerintah di dalam PRU yang akan datang. Adakah kerajaan fikir rakyat akan terus memberi kuasa kepada kerajaan yang lemah dan tidak berani?

Kejadian menjahanamkan kenderaan polis dan bagaimana anggota polis dibelasah adalah suatu petanda dan peringatan supaya kerajaan menjadi lebih berani dan tidak bersikap teragak-agak. Kerajaan lihat-lihatlah bagaimana anggota keselamatan berhempas pulas mempertahankan kedaulatan negara dan persoalannya ialah sampai bila mereka akan terus dikerah keringatnya tanpa ada sokongan dan tindakan berani daripada kerajaan? Darah mereka yang tumpah untuk membela dan menjunjung kedaulatan negara seharusnya di sambut dengan tindakan berani kerajaan di dalam menghukum para perusuh terutamanya dalang-dalan utama di dalam perencanaan Bersih itu.

Jika selembik inilah tindakan kita, jangan pula kita terkejut dengan kemungkinan para perusuh akan mengambil tindakan yang jauh lebih agresif. Membakar bangunan misalnya atau mungkin sahaja mereka akan menggunakan senjata yang akan memudaratkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa.

Berulang kali telah kita berpesan kepada kerajaan. Kuasa yang ada pada anda adalah kuasa yang diberikan oleh rakyat justeru adakah kerajaan harus mendengar keluh kesah daripada rakyat minoriti berbanding keluh kesah rakyat majoriti di luar sana?

Percayalah, rakyat teramai amat menagih tindakan tegas daripada kerajaan. Perkuatkuasakanlah undang-undang semaksima yang mungkin sebelum rakyat hilang kepercayaan kepada anda. Orang yang tidak pernah berminat dalam politik sebelum ini pun sudah merpertikaikan akan ketegasan kerajaan. Jangan sampai pula mereka hilang keyakinan untuk terus memberikan kuasa itu kepada kerajaan bukan kerana bencinya mereka kepada kerajaan tetapi kerana lembiknya kerajaan itu sendiri.

Tidaklah dapat kita nafikan bahawa pimpinan Barisan Nasional adalah pimpinan yang terbaik untuk memimpin negara cuma rakyat sudah lama rindukan kepimpinan yang tegas seperti Tun Mahathir. Gunakanlah kuasa yang ada pada anda sebaiknya jika tidak rakyat akan mengkategorikan tindakan lembik ini juga sebagai SALAH GUNA KUASA.

Tangkap dan berkasa sahaja Ambiga, Nuar Berahim dan konco-konconya. Jangan hanya kerana mereka mendapat sokongan rakyat minoriti kita perlu merasa gentar dengan mereka. Gelombang kebangkitan rakyat teramai pasti akan dapat menidakkan kesombongan dan keangkuhan mereka.

Dakwa dan kenakanlah apa-apa juga tindakan kepada mereka kerana rakyat sudah terlalu muak melihat gelagat mereka yang tidak ubah seperti Dajjal. Kami akan berdiri teguh di belakang anda!!!





9 comments:

  1. Najib segan nak pecat menteri amaran dalam negeri...sebab tu cousin nya....

    ReplyDelete
  2. Kita perlu Menteri Dalam Negeri yang keras kepala dan boleh bertindak segera untuk mencegah sebelum mudarat menimpa negara kita.

    ReplyDelete
  3. Kami dan ramai lagi yang cintakan demokrasi dan keamanan di negara Malaysia ni merasa marah dan bosan kerana Kerajaan nampak terlalu lemah dan penakut .... Jangan sampai rakyat Malaysia yang menyokong kerajaan mengubah pendirian menjadi tidak yakin .. Kami dah bosan dgn sikap terlaku berlembut dan nak menjaga hati kaum tertentu ...

    ReplyDelete
  4. Bro, tak payah berlapik berkias... Sound tepat jer UMNO dah selesa dgn harta kekayaan dan kuasa termasul betina. Depa mmg takder otak! Lu orang jer tersungkur tersembam nak bantu depa! Tp anak bini depa...depa sendiri apa peduli sama lu all! Salah ker gua sound nie...?

    ReplyDelete
  5. bro, gua caya lu lah kerana lu masih amal lagi amalan budi bahasa dan sopan santun orang melayu. dia orang tu kenang budi kerana dah terima habuan. kalau lu ada terima, aku ingat lu pun sama macam dia orang juga, apa betul ka? - mana mungkin

    ReplyDelete
  6. Salam Perjuangan....mohon link blog saya di blog tuanhamba...sya telahpun linkkan blg tuan di blog saya...
    www.tekokopi.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. MANA MENTERI DALAM NEGERI..TAK KELUAR2 BERITA DAN SURAT KHABAR,KAMI NAK TINDAKAN TEGAS PADA DEMOSTRASI NI..ASYK2 MINTA MAAF KAT WARTAWANLAH ITULAH INILAH CUBALAH TEGAS SIKIT MACAM SINGAPURA DAN CINA.TEUSS TANGKAP..MASUK PENJARA SENYAP..BOSAN DENGAN SIKAP KERAJAAN YANG TERLALU LEMBIK...KHASNYA MENTERI DLM NEGERI

    ReplyDelete
  8. sejauh mana pun Jebat menegur, BN masih kerajaan yang terbaik di Malaysia. Lu orang tak suka lu orang punya pasal. Sampai kiamat takkan dibenarkan Pakatan menjadi kerajaan..haishhhh...

    ReplyDelete
  9. hari dah siang, buat apa hang berkokok lagi, macam2 kejahatan dan penyelewengan dah terbongkar, sayang hang buat2 tak nampak. Cuba tukar kaca mata.

    ReplyDelete