Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Ramai ke Menteri yang tak tahu tengok kalendar?


Mari belajar tengok kalendar....

Hari ni 1hb Oktober 2014 maksudnya hari Isnin..

Esok 2hb Oktober 2014  maksudnya hari Selasa dan kerajaan naikkan harga minyak 20 sen..

Hari Ahad  5hb Oktober 2014 orang Islam Malaysia sambut hari raya Aidiladha...balik kampung beraya sama keluarga...

Yang kau pergi naikkan harga  minyak masa ni apsal?

Ke dah bosan memerintah Malaysia dan dah tak peduli sensitiviti rakyat Malaysia?

Agaknya kalau tak naikkan harga sekarang dan naikkan harga selepas Aidiladha negara boleh bangkrap ke?

p/s: Kau tak keluarkan duit poket ko isi minyak keta mana kau tau sengsaranya!!!Kau tak pernah bayar tol guna duit poket kau sendiri mana kau tak derita rakyat!!!! Harap harap janganlah ada Menteri cakap..KALAU HARGA MINYAK NAIK ..KENCING LAH DALAM TANGKI MINYAK KETA KO TU..HAHAHAHA...MENTERI AYAM BAIK DIAM JANGAN BUKAK MULUT..!!!

Thursday, January 9, 2014

Bantulah dan dengarlah suara kami!!!


Ramai di kalangan pengamal media yang pro kerajaan sudah agak penat dan letih untuk menangkis sebarang dakwaan sama ada yang benar atau propaganda yang saban hari dimomokkan oleh Pakatan. 

Berbuih mulut menangkis segala hujah yang dikeluarkan oleh gerombolan Pakatan baik yang dihujahkan oleh pengamal media sosial mereka mahupun daripada kalangan pemimpin mereka sendiri.

Antara isu terkini yang diasak oleh mereka ialah isu kenaikan harga barang. Sama ada perkara itu benar atau sekadar fitnah ianya tetap menarik minat rakyat kerana maklumlah semua di antara kita sedar bahawa rakyat sudah cukup terbeban dengan kos sara hidup yang amat membebankan.

Apa yang memenatkan ialah pengamal media sosial seakan terpaksa berdepan dengan isu ini sendirian tanpa dibekalkan dengan fakta. Jika ada pun fakta maka terpaksalah menggunakan inisiatif sendiri untuk mencari fakta tersebut.

Sukalah dicadangkan kepada pihak kerajaan agar pihak yang berkenaan untuk segera tampil memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa jua isu yang dimomokkan oleh Pakatan supaya rakyat tidak terkeliru.

Pelbagai saluran yang boleh digunakan oleh kerajaan tetapi hendaklah memastikan bahawa saluran itu berupaya untuk terus sampai kepada rakyat.

Kerajaan hendaklah segera bertindak kerana amatlah sukar untuk memadamkan persepsi rakyat jika sudah tersemat di benak fikiran mereka. 

Contoh mudah..rakyat sudah seakan termakan dengan propaganda kes Shahrizat Jalil biarpun sudah dibuktikan bahawa Shahrizat tidak bersalah.

Ini mainan persepsi yang perlu segera ditangkis oleh kerajaan.

Monday, September 16, 2013

Najib jantan Najib Melayu!!!


Harimau mati meninggalkan belang.

Ching Peng mati meninggalkan abu..Itu abu pun Perdana Menteri Najib tak kasi bawa balik ke Malaysia. Sebab abu itu abu PENGKHIANAT dan bapak komunis. Semua orang tahu kecuali Mat Sabu.(ada sesiapa yang nak sponsor tiket kapalterbang untuk membolehkan Bang Mat memberikan penghormatan terakhir pada bapak komunis?)

Sejak dari Sabtu yang baru lalu, nampaknya Perdana Menteri Najib sudah menjadi benar-benar Melayu dan berani. Tidak lagi seperti dulu yang sering mengangguk apabila diasak. Tahniah buat Perdana Menteri Najib.

Menteri Zahid Hamidi dan seluruh jemaah Menteri sudah sepakat supaya abu pengkhianat dan bapak komunis Chin Peng tidak di bawa balik. Semua sudah jadi Melayu dan jantan. Eh! Ini kerajaan benar-benar kerajaan Melayu. Melayu jangan jadi pengkhianat dan memuja pengkhianat.!!!

Semua kita harus bersemangat kembali bahawa Perdana Menteri Najib telah membuktikan bahawa dia tidak lupa yang dia adalah Melayu dan dia adalah Perdana Menteri di sebuah negara yang majoritinya adalah Melayu..

Bangga bila punya Perdana Menteri yang namanya Melayu dan jiwanya juga Melayu..

Hidup Perdana Menteri Najib...!!!

Thursday, September 12, 2013

Spender dan kondom percuma diedarkan...


Rakyat Malaysia kalau boleh semua nak free..Terlalu manja..

Kenyataan itu bukan Jebat yang cakap tetapi diakui sendiri oleh jiran yang rakyatnya membenci kita bukan kerana apa tetapi kerana rahmat dan rezeki yang melimpah ruah di Malaysia.

Laman portal Indonesia Kompasiana menyatakan di dalam artikelnya bertarikh 28 Ogos bertajuk DARI KULIAH SAMPAI NIKAH PUN DIKREDIT jelas menggambarkan kepada kita betapa banyak negara yang begitu cemburu kepada rahmat dan rezeki yang ada di Malaysia.

Itu hakikat yang tidak dapat kita sangkal tetapi adakah sebagai rakyat Malaysia kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita melalui sebuah kerajaan yang mampu menggalas amanah dengan begitu baik?

Biarpun ada segelintir pimpinan pembangkang yang cuba merosakkan imej Malaysia di mata rakyat Indonesia tetapi hakikat dan kenyataan bahawa Malaysia terlalu unggul cukup dirasai dan dicemburui rakyat Indonesia.

Begitu banyak subsidi yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Pun begitu rakyat Malaysia masih tidak tahu untuk mengucapkan terima kasih bahkan ada pula di kalangan kita yang sengaja membuka pekung dan mereka reka cerita bahawa Malaysia sebuah negara yang kucar kacir pentadbirannya.

Jika negara luar pun mengakui kehebatan Malaysia adakah kita sebagai rakyat Malaysia sendiri masih mahu menidakkannya? Jika kita tidak mampu membantu menaikkan imej Malaysia maka janganlah pula kita sesekali menjadi perosak kepada apa yang telah kerajaan usahakan selama 56 tahun ini.

Malaysia ibu pertiwi dan anda jangan pula menjadi  ANAK YANG DERHAKA KEPADA IBU PERTIWINYA!!!!

Ikuti artikel yang dimaksudkan oleh portal Kompasiana  itu di blog sahabat blogger JUST READ DI SINI

Tuesday, September 4, 2012

Boboiboy atau Transformer?




Anda pernah mendengar pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang juga anggota pentadbiran kerajaan mencerca atau menjatuhkan penghinaan tahap terlampau kepada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat?

Siapa yang tidak pernah mendengar ahli-ahli Pakatan melaungkan ‘Najib Altantuya’, ‘Lembu Kondo’ dan pelbagai lagi kata-kata mengaibkan yang jelas menjurus kepada soal merendahkan moral dan nama baik pimpinan kerajaan di mata rakyat.

Tujuan mereka untuk merendahkan moral dan nama baik pimpinan kerajaan itu cukup jelas dan nyata kerana biarpun mahkamah sudah memutuskan bahawa mereka tidak pernah terlibat dengan apa yang didakwa tetapi asakan terus dilakukan supaya kebusukan nama itu menjadi darah daging yang sebati dan akhirnya terperosok di minda rakyat. Selamanya.

Pun  begitu biarpun sudah diludah dan diinjak-injak pimpinan kerajaan tampak begitu bersahaja seolah-olah tidak punya perasaan tetapi percayalah jauh di sudut hati mereka pasti terguris menerbitkan luka cuma terpaksa ditelan kerana tidak mahu melayan dakwaan yang penuh kegilaan itu.

Atau mungkin sahaja sudah terbiasa dengan momokan itu yang pada hemat pimpinan kerajaan mampu dineutralkan dengan peribahasa ‘anjing menyalak bukit, bukit tidak runtuh tetapi anjing yang penat’ dan ‘alah bisa tegal biasa’.

Sejauh mana tahap kesabaran pimpinan kerajaan dengan asakan sebegini bukanlah mahu kita persoalkan tetapi kita harus mengambil kira persepsi rakyat kepada ‘kejantanan’ kerajaan apabila berdepan dengan asakan moral yang terlampau.

Mustahil rasanya Perdana Menteri tidak mendengar bagaimana Menteri Dalam Negeri digelar sebagai ‘Menteri Amaran’ oleh rakyat biarpun rakyat tidak pernah sedar bahawa tangan dan kaki Menteri berkenaan seakan terikat untuk mengambil tindakan yang menjolok mata demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara seluruhnya. Pokoknya, rakyat tidak pernah memikirkan segalanya selain hanya menelan apa jua persepsi yang dilontarkan gerombolan Pakatan Rakyat.  

Belum terlalu lama untuk kita melupakan soal lembu dan kondo yang dikaitkan dengan Sharizat. Biarpun mahkamah sudah memutuskan bahawa beliau tidak terlibat dengan perkara itu tetapi ‘mahkamah’ gerombolan Pakatan Rakyat terus menjatuhkan hukuman berterusan kepada Sharizat. Semboyan ‘lembu dan kondo’ terus ditiupkan ke gegendang telinga rakyat seolah-olah Sharizat benar-benar terlibat. Pun pimpinan kerajaan terus membisu dan memekakkan telinga.

Altantuya, Scorpene dan pelbagai lagi nista cuba dikaitkan kepada pemimpin nombor satu negara, Najib Razak. Mungkin kerana lahir pada waktu Subuh yang cuacanya dingin dan sejuk menyucuk ke tulang sesejuk itulah Najib menelan kata nista itu tanpa serangan balas yang mengecutkan halkum gerombolan Pakatan Rakyat. Anda fikir adakah keadaan ini akan serupa di zaman pemerintahan Tun Mahathir? Jawapannya ada pada anda.

Terbaru, asakan itu mencapai klimaks apabila gambar pemimpin nombor satu negara dan isteri dipijak dan di’punggung’kan oleh mereka yang separuh masak. Pun masih tidak ada sebarang tindakan drastik yang diambil oleh tuan punya badan.  Kesabaran tahap apakah ini? Tentunya ramai di luar sana yang membuakkan amarah marah dengan kejadian ini merasa sama ada hairan atau bingung dengan tahap kesabaran tuan punya badan.

Inilah kelebihan yang ada pada pimpinan kerajaan yang tahap kesabaran mereka seolah ‘malaikat’ yang digambarkan oleh Tun Mahathir.

Dalam pada kagum pada kesabaran itu, rakyat masih menanti sampai bilakah kuku yang ada pada kerajaan hendak disimpan. Sarang tebuan jangan dijolok tetapi kerajaan telah terlalu banyak dijolok tetapi entah di mana silapnya sengat masih tidak kelihatan.

Rakyat di luar sana sudah agak bingung dengan pendekatan yang digunapakai kerajaan untuk menangani sebarang isu yang dijuarakan oleh gerombolan Pakatan Rakyat yang objektif jelasnya menimbulkan huru hara kepada negara. Kerajaan terus diam dan memekakkan telinga. Sehinggakan ada  yang berkata jika kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan untuk memerintah negara tidak digunakan pun boleh dikategorikan sebagai salah guna kuasa.

Dihina sudah, dipijak sudah, di’punggungkan’ pun sudah, kesabaran itu masih terus kukuh di dada pimpinan kerajaan. Kita sekadar tidak mahu sikap matang dan kesabaran pimpinan kerajaan itu disalah ertikan oleh rakyat sebagai TIDAK BERUPAYA DAN PENAKUT.

Bekas banduan itu terus menyerang dan adakah tempoh berkurung di Sungai Buloh dahulu berjaya menjadikan beliau seorang ‘malaikat’ yang baik sifatnya? Dengan video yang jelas dan saksi yang ramai pun tidak berupaya untuk ‘menjentik’ beliau dan mungkin sahaja kebalnya setebal dinding Sungai Buloh.

Ada yang kata jika sekali lagi dihantar Sungai Buloh beliau mungkin akan bertukar pula menjadi ‘transfomer’ yang apabila keluar kelak akan mampu menukar dirinya kepada bentuk yang lain bahkan menukar Malaysia menjadi sebuah negara baru seperti mana telah dizahirkan bendera baru.

Mampukah Bo Boi Boy menandingi kehebatan Transformer..Alahai pimpinan kerajaan janganlah anda dikelaskan sebagai Bo Boi Boy oleh rakyat. Transform!!!

Nuar Juburi?? Yang itu kena tanya Mat Sabu.

Sunday, April 29, 2012

Sampai bila kita harus ber 'kote' lembik?


SESUNGGUHNYA, Bersih 3.0 yang berlangsung pada hari Sabtu yang lepas telah menjadi titik hitam di dalam sejarah negara. Biarpun tidak ada berlaku kehilangan nyawa tetapi kejadian merusuh yang dilakukan oleh peserta Bersih sangatlah mendukacitakan.

Bertentangan benar dengan nilai tatasusila rakyat Malaysia yang sepatutnya kaya dengan budi bahasa dan nilai-nilai santun yang tinggi semuanya dirobek mentah mentah oleh perusuh Bersih. Benarlah apabila ada orang yang berkata kerana 'nila setitik, rosak susu sebelanga' dan kerana 'seekor kerbau terpalit najis habis sekandang kerbau turut terpalit najis'. Dan di dalam konteks ini, najis itu adalah penganjur Bersih yang mengundang pelbagai malapetaka kepada bumi Malaysia yang tercinta.

Rusuhan itu sebenarnya telah dijangka pada peringkat awal lagi. Apabila keengganan penganjur Bersih untuk mengalih lokasi perhimpunan seperti yang ditawarkan oleh pihak berkuasa jelas benar ada perhimpunan itu penuh dengan agenda jahat. Tetapi apa yang menghairankan sehingga ke hari ini kita masih bersikap 'tidak mengapa' kepada suatu niat jahat yang telah sememangnya kita sedar.

Apa lagi yang perlu kita tunggu? Adakah sehingga menumpahkan darah baru kita hendak mengambil tindakan kepada mereka yang merobek keamanan negara. Jika hal mencuri seluar dalam wanita pun merupakan kesalahan dan didakwa apakah perbandingan terhadap mereka yang merusuh dan mengancam keselamatan negara? Penganjur dengan dada yang bidang dan angkuh secara terang-terangan melaungkan akan menjahanamkan negara tetapi apakah tindakan yang kita ambil? Sekadar bertahan dan terus bertahan?

Jika kerajaan merasakan bahawa para perusuh itu merupakan 'rakyat' yang harus didengari suatu hati mereka apakah kerajaan terlupa bahawa bilangan rakyat yang cintakan keamanan negara agar terus terpelihara bilangannya jauh lebih banyak daripada perusuh yang bersifat syaitan dan kebinatangan itu?

Kenapa kita harus tunduk kepada kemahuan penganjur dan perusuh itu? Benar, sabar merupakan sebahagian daripada iman tetapi jangan pula kita terlupa bahawa sabar manusia ada hadnya. Rakyat sudah muak dengan sikap kita yang terlalu berlembut. Jika perihal merogol pun kita berusaha keras untuk menangkap perogol itu, apalah yang sukarnya untuk menangkap penganjur Bersih itu? Bukankah mereka dengan jelas mengumumkan bahawa merekalah yang bertanggungjawab menghasut rakyat dengan tusukan minda berbau hanyir dan mencetus provokasi melampau kepada rakyat untuk merusuh? Bukti apakah yang kita mahukan?

Inilah antara kesilapan kerajaan apabila mengambil sikap keterbukaan. Dahulunya, Jebat telah berkata bahawa ratu cantik pun tidak telanjang di atas pentas biarpun juri ingin mengadili sejauh mata cantiknya tubuh badan mereka kerana masih ada lagi ruang-ruang yang perlu ditutup kerana di situlah letaknya maruah dan harga diri. Berbalik kepada soal keterbukaan yang kerajaan ambil ianya memanglah mendatangkan kebaikan tetapi kepada mereka yang tahu nilai dan batasan keterbukaan. Adakah nilai dan batasan itu dapat dihayati oleh perusuh yang merusuh tempoh hari? Sudahnya, kita hanya menunggu masa untuk dibogelkan dan diaibkan.

Kerajaan seharusnya sedar bahawa, rakyat yang cintakan keamanan sedang mengintai-intai apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi menangani perusuh ini. Jangan sampai pula rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan dan akan dinafikan hak sebagai permerintah di dalam PRU yang akan datang. Adakah kerajaan fikir rakyat akan terus memberi kuasa kepada kerajaan yang lemah dan tidak berani?

Kejadian menjahanamkan kenderaan polis dan bagaimana anggota polis dibelasah adalah suatu petanda dan peringatan supaya kerajaan menjadi lebih berani dan tidak bersikap teragak-agak. Kerajaan lihat-lihatlah bagaimana anggota keselamatan berhempas pulas mempertahankan kedaulatan negara dan persoalannya ialah sampai bila mereka akan terus dikerah keringatnya tanpa ada sokongan dan tindakan berani daripada kerajaan? Darah mereka yang tumpah untuk membela dan menjunjung kedaulatan negara seharusnya di sambut dengan tindakan berani kerajaan di dalam menghukum para perusuh terutamanya dalang-dalan utama di dalam perencanaan Bersih itu.

Jika selembik inilah tindakan kita, jangan pula kita terkejut dengan kemungkinan para perusuh akan mengambil tindakan yang jauh lebih agresif. Membakar bangunan misalnya atau mungkin sahaja mereka akan menggunakan senjata yang akan memudaratkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa.

Berulang kali telah kita berpesan kepada kerajaan. Kuasa yang ada pada anda adalah kuasa yang diberikan oleh rakyat justeru adakah kerajaan harus mendengar keluh kesah daripada rakyat minoriti berbanding keluh kesah rakyat majoriti di luar sana?

Percayalah, rakyat teramai amat menagih tindakan tegas daripada kerajaan. Perkuatkuasakanlah undang-undang semaksima yang mungkin sebelum rakyat hilang kepercayaan kepada anda. Orang yang tidak pernah berminat dalam politik sebelum ini pun sudah merpertikaikan akan ketegasan kerajaan. Jangan sampai pula mereka hilang keyakinan untuk terus memberikan kuasa itu kepada kerajaan bukan kerana bencinya mereka kepada kerajaan tetapi kerana lembiknya kerajaan itu sendiri.

Tidaklah dapat kita nafikan bahawa pimpinan Barisan Nasional adalah pimpinan yang terbaik untuk memimpin negara cuma rakyat sudah lama rindukan kepimpinan yang tegas seperti Tun Mahathir. Gunakanlah kuasa yang ada pada anda sebaiknya jika tidak rakyat akan mengkategorikan tindakan lembik ini juga sebagai SALAH GUNA KUASA.

Tangkap dan berkasa sahaja Ambiga, Nuar Berahim dan konco-konconya. Jangan hanya kerana mereka mendapat sokongan rakyat minoriti kita perlu merasa gentar dengan mereka. Gelombang kebangkitan rakyat teramai pasti akan dapat menidakkan kesombongan dan keangkuhan mereka.

Dakwa dan kenakanlah apa-apa juga tindakan kepada mereka kerana rakyat sudah terlalu muak melihat gelagat mereka yang tidak ubah seperti Dajjal. Kami akan berdiri teguh di belakang anda!!!