Anda pernah mendengar pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang juga anggota
pentadbiran kerajaan mencerca atau menjatuhkan penghinaan tahap terlampau
kepada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat?
Siapa yang tidak pernah mendengar
ahli-ahli Pakatan melaungkan ‘Najib Altantuya’, ‘Lembu Kondo’ dan pelbagai lagi
kata-kata mengaibkan yang jelas menjurus kepada soal merendahkan moral dan nama
baik pimpinan kerajaan di mata rakyat.
Tujuan mereka untuk merendahkan
moral dan nama baik pimpinan kerajaan itu cukup jelas dan nyata kerana biarpun
mahkamah sudah memutuskan bahawa mereka tidak pernah terlibat dengan apa yang
didakwa tetapi asakan terus dilakukan supaya kebusukan nama itu menjadi darah
daging yang sebati dan akhirnya terperosok di minda rakyat. Selamanya.
Pun begitu biarpun sudah diludah dan
diinjak-injak pimpinan kerajaan tampak begitu bersahaja seolah-olah tidak punya
perasaan tetapi percayalah jauh di sudut hati mereka pasti terguris menerbitkan
luka cuma terpaksa ditelan kerana tidak mahu melayan dakwaan yang penuh
kegilaan itu.
Atau mungkin sahaja sudah
terbiasa dengan momokan itu yang pada hemat pimpinan kerajaan mampu dineutralkan
dengan peribahasa ‘anjing menyalak bukit, bukit tidak runtuh tetapi anjing yang
penat’ dan ‘alah bisa tegal biasa’.
Sejauh mana tahap kesabaran
pimpinan kerajaan dengan asakan sebegini bukanlah mahu kita persoalkan tetapi
kita harus mengambil kira persepsi rakyat kepada ‘kejantanan’ kerajaan apabila
berdepan dengan asakan moral yang terlampau.
Mustahil rasanya Perdana Menteri
tidak mendengar bagaimana Menteri Dalam Negeri digelar sebagai ‘Menteri Amaran’
oleh rakyat biarpun rakyat tidak pernah sedar bahawa tangan dan kaki Menteri
berkenaan seakan terikat untuk mengambil tindakan yang menjolok mata demi
menjaga kedaulatan dan keamanan negara seluruhnya. Pokoknya, rakyat tidak
pernah memikirkan segalanya selain hanya menelan apa jua persepsi yang
dilontarkan gerombolan Pakatan Rakyat.
Belum terlalu lama untuk kita
melupakan soal lembu dan kondo yang dikaitkan dengan Sharizat. Biarpun mahkamah
sudah memutuskan bahawa beliau tidak terlibat dengan perkara itu tetapi ‘mahkamah’
gerombolan Pakatan Rakyat terus menjatuhkan hukuman berterusan kepada Sharizat.
Semboyan ‘lembu dan kondo’ terus ditiupkan ke gegendang telinga rakyat
seolah-olah Sharizat benar-benar terlibat. Pun pimpinan kerajaan terus membisu
dan memekakkan telinga.
Altantuya, Scorpene dan pelbagai
lagi nista cuba dikaitkan kepada pemimpin nombor satu negara, Najib Razak.
Mungkin kerana lahir pada waktu Subuh yang cuacanya dingin dan sejuk menyucuk
ke tulang sesejuk itulah Najib menelan kata nista itu tanpa serangan balas yang
mengecutkan halkum gerombolan Pakatan Rakyat. Anda fikir adakah keadaan ini
akan serupa di zaman pemerintahan Tun Mahathir? Jawapannya ada pada anda.
Terbaru, asakan itu mencapai
klimaks apabila gambar pemimpin nombor satu negara dan isteri dipijak dan di’punggung’kan
oleh mereka yang separuh masak. Pun masih tidak ada sebarang tindakan drastik
yang diambil oleh tuan punya badan.
Kesabaran tahap apakah ini? Tentunya ramai di luar sana yang membuakkan
amarah marah dengan kejadian ini merasa sama ada hairan atau bingung dengan
tahap kesabaran tuan punya badan.
Inilah kelebihan yang ada pada
pimpinan kerajaan yang tahap kesabaran mereka seolah ‘malaikat’ yang digambarkan
oleh Tun Mahathir.
Dalam pada kagum pada kesabaran
itu, rakyat masih menanti sampai bilakah kuku yang ada pada kerajaan hendak
disimpan. Sarang tebuan jangan dijolok tetapi kerajaan telah terlalu banyak
dijolok tetapi entah di mana silapnya sengat masih tidak kelihatan.
Rakyat di luar sana sudah agak
bingung dengan pendekatan yang digunapakai kerajaan untuk menangani sebarang
isu yang dijuarakan oleh gerombolan Pakatan Rakyat yang objektif jelasnya
menimbulkan huru hara kepada negara. Kerajaan terus diam dan memekakkan
telinga. Sehinggakan ada yang berkata
jika kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan untuk memerintah negara
tidak digunakan pun boleh dikategorikan sebagai salah guna kuasa.
Dihina sudah, dipijak sudah, di’punggungkan’
pun sudah, kesabaran itu masih terus kukuh di dada pimpinan kerajaan. Kita
sekadar tidak mahu sikap matang dan kesabaran pimpinan kerajaan itu disalah
ertikan oleh rakyat sebagai TIDAK BERUPAYA DAN PENAKUT.
Bekas banduan itu terus menyerang
dan adakah tempoh berkurung di Sungai Buloh dahulu berjaya menjadikan beliau
seorang ‘malaikat’ yang baik sifatnya? Dengan video yang jelas dan saksi yang
ramai pun tidak berupaya untuk ‘menjentik’ beliau dan mungkin sahaja kebalnya
setebal dinding Sungai Buloh.
Ada yang kata jika sekali lagi
dihantar Sungai Buloh beliau mungkin akan bertukar pula menjadi ‘transfomer’
yang apabila keluar kelak akan mampu menukar dirinya kepada bentuk yang lain
bahkan menukar Malaysia menjadi sebuah negara baru seperti mana telah
dizahirkan bendera baru.
Mampukah Bo Boi Boy menandingi
kehebatan Transformer..Alahai pimpinan kerajaan janganlah anda dikelaskan
sebagai Bo Boi Boy oleh rakyat. Transform!!!
Nuar Juburi?? Yang itu kena tanya
Mat Sabu.
No comments:
Post a Comment