AKTOR Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan dikatakan akan menghadapi pendakwaan di mahkamah ekoran tindakannya yang dikatakan menghina bendera negaranya. Hebat negara India kerana menjaga simbol kedaulatan negara mereka.
Teringat pula pada kelakuan segelintir rakyat Malaysia pada malam kemerdekaan yang baru lalu apabila mereka dengan mudah dan tanpa rasa bertanggungjawab memperkenalkan bendera baru buat negara Malaysia.
Apakah tindakan kita untuk menangani isu-isu seumpama ini? Mungkin akan ada yang berkata 'oh undang-undang kita dan undang-undang negara India berbeza'. Mungkin ada sahaja kebenarannya dengan kenyataan itu.
Cuma yang ingin dipersoalkan ialah sejauh mana rasa kecintaan dan kesetiaan kita di dalam menjaga kedaulatan negara. Jika ada yang berkata bendera hanyalah sekadar sehelai kain yang tidak membawa apa-apa sebarang makna maka itu adalah lambang kedunguan yang maksima sebagai seorang rakyat yang hidup di dalam negara yang merdeka.
Bendera adalah simbol dan panji kedaulatan. Jika di zaman perang dahulu, suatu angkatan perang itu dikatakan kecundang jika bendera atau panjinya dapat dirampas oleh pihak musuh.
Apa yang berlaku pada malam kemerdekaan lalu adalah bukti bahawa ada segelintir rakyat Malaysia yang sudah bersedia untuk menyerahkan kedaulatan negara kepada orang lain. Syabas rakyat Malaysia..Anda boleh!!!
Assalam Bro
ReplyDeleteAnggap ajelah mereka tu beruk-beruk yang tak sekolah. Masalahnya kerajaan kita masih membelai yang minoriti bukan yang majoriti... Suara hati rakyat Majoriti yang cintakan negara tidak diendahkan oleh kerajaan... Tak tahu nak kata apa... Undang2 ada tapi awal2 dah di arkibkan....
.
ReplyDelete(( Take Note )) Anda Tentukan - Rakyat Terengganu Atau Rakyat Selangor Rakyat Terbodoh?..
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang selesai. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..