Wednesday, September 5, 2012

Tanda tak perlu ada Sultan





SULTAN adalah payung negeri bagi negeri yang berSultan..Bagi kami rakyat Melaka yang tidak bersultan, Gabenor adalah payung kami. Biarpun satu ketika dahulu Empayar Kesultanan Melayu Melaka begitu gah di mata dunia, semuanya luput ditelan masa, luput kerana kebiadapan dan kebodohan rakyat Melaka sendiri.

Hari ini jangan ditanya kepada rakyat Melaka cara dan etika untuk mengadap Sultan, tentunya kekok bukan kepalang. Tetapi jangan pula ingat kami tidak menghormati Sultan. Buktinya? Gabenor Melaka yang datang dari luar Melaka pun kami junjung tinggi inikan pula jika Sultan Melaka dan Sultan Melayu yang lainnya.

Menyentuh kepada soal, ada negeri yang tidak menjemput Sultan sebagai tetamu kehormat semasa Perbarisan Hari Kemerdekaan yang lalu disifatkan sebagai BIADAP dan KURANG AJAR. Haruslah diingatkan kepada semua bahawa negeri itu milik Sultan dan anda sekadar menumpang teduh di situ. Amatlah kurang ajar jika memasuki rumah orang tanpa kebenaran tuan rumah sendiri.

Dan tambah malang apabila orang Pulau Pinang dari Permatang Pauh pula dinobatkan sebagai tetamu kehormat. Aduhai malangnya nasib orang-orang Selangor. 

Video  ini jelas menggambarkan mengapa tidak perlu dijemput Sultan ke Perbarisan Hari Kemerdekaan itu kerana rupanya ada individu yang tarafnya lebih tinggi dari Sultan telah hadir ke majlis itu.

Sebagai seorang yang lebih tinggi dari Sultan tentulah tidak perlu mengangkat tangan semasa Rukun Negara dibacakan. Wah..jauh lebih teruk daripada kanak-kanak sekolah yang pasti akan mengangkat tangan apabila     Rukun Negara dibacakan.

Anda semua tidak sabar-sabar untuk menyaksikan Malaysia mempunyai Presiden yang pertama? Bendera Republik Malaysia pun sudah dikibarkan dan andalah menjadi penentu sama ada untuk mengekalkan apa yang ada sekarang atau menjahanamkan apa yang datuk nenek anda telah sediakan untuk anda. 

1 comment:

  1. Presiden Anuar Ibrahim telah mengantikan Sultan Selangor di upucara menjelang kemerdekaan kerana dia lebih tinggi darjat dari Sultan. Jadi dia menggunakan Ketuanan rakyaat diatas aspek perasmian tersebut. Belum lagi menang pilihanraya, dia dah seperti kadok naik junjung.

    ReplyDelete