Monday, April 2, 2012

Sharir Samad masuk PAS..Bukti PAS tidak ada pemimpin?



Kalau sebelum ini kita biasa mendengar rakyat HAMPAS berkata seluruh pimpinan UMNO sudah tidak boleh digunapakai apa perlunya HamPAS mewar-warkan berita palsu tentang kemasukkan Sharir Samad ke dalam HamPAS?

Adakah mereka sedar bahawa UMNO masih menjuarai di dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa di dalam meneraju negara?

Nama Sharir Samad bukanlah asing di dalam dunia politik. Bukan sahaja dihormati oleh kawan tetapi juga dihormati oleh lawan. Pegangan pimpinan UMNO bukanlah selonggar pimpinan puak-puak Pakatan yang secara jelas amat goyah asas perjuangan dan pegangannya.

Lihatlah berapa ramai pimpinan Pakatan yang sudah berbondong-bondong meninggalkan Pakatan dan menjadi Bebas. Itu pun mungkin kerana malu-malu kucing untuk menyertai UMNO kerana sudah terlepas cakap sewaktu menghentam UMNO satu ketika dahulu.

Jelasnya, jika ada pemimpin UMNO yang menyertai Pakatan mereka akan dijulang sebagai hero oleh Pakatan sedangkan semasa mereka di dalam UMNO pelbagai perkataan busuk yang dilemparkan oleh Pakatan kepada mereka.

Anda lupa bagaimana nama Chua Jui Meng dan Kadir Sheikh Fadzir dijulang oleh Pakatan apabila mereka meninggalkan UMNO dan BN?

Jika benarlah UMNO dan BN sudah amat busuk kenapa pula nama pemimpin mereka terus dijulang sedangkan mereka inilah suatu ketika dahulu yang menjadi nakhoda UMNO dan BN?

2 comments:

  1. A 10-cent Idiot Sharir Samad. He lowered the price of petrol quite every week before.

    ReplyDelete
  2. Hi, saya dah follow blog anda...sila follow blog saya ye..thankz

    ReplyDelete