Adakah anda akan mengizinkan anak muda sementah ini untuk merobek-robekkan kemakmuran negara?
TENTUNYA..haiwan di zoo pun akan tergelak sakan apabila mendapati bilangan orang yang melawat mereka lebih ramai berbanding dengan orang yang melawat mahasewel yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.
Jebat yang sering lalu lalang di kawasan Dataran Merdeka sudah hampir terlupa akan kewujudan puak yang mendakwa diri mereka mahasiswa sedang berkhemah di Dataran yang penuh sejarah itu. Boleh dihitung dengan jari orang yang mengambil pandang kewujudan mereka di situ.
Jika dahulunya, populariti mahasewel ini cuba diekspolitasi oleh gerombolan Pakatan secara senyap tetapi apabila melihat kepada populariti mahasewel ini gagal sebaris dengan kepopularitian Aron Aziz, gerombolan Pakatan sudah tidak punya banyak pilihan selain daripada turun padang untuk menjayakan agenda yang penuh tersirat ini.
Tidak cukup dengan itu, timbul pula kisah bagaimana demo berkhemah ini telah diserang oleh sekumpulan Samurai Hitam. Yang menghairankan kita ialah sering kali kedengaran mereka telah diserang dan dikasari tetapi setiap kali itu jugalah yang menyerang mereka itu gagal dikesan. Kalau benarlah gerombolan yang menyerang mereka itu dikenali sebagai Samurai Hitam rasanya kelibat demo khemah di Dataran Merdeka sudah tidak kelihatan. Nama pun Samurai tetapi sehingga ke detik ini, mahasewel ini masih mampu tersenyum mengunyah pisang macam.......
Ramai ayam salak Pakatan terpaksa turun membanjiri Dataran Merdeka seolah-olah cuba menggambarkan bahawa demo berkhemah ini sebagai berhasil dan rakyat merestui. Sekali lagi mereka menjual nama rakyat sepertimana mereka melacurkan nama rakyat untuk digunapakai sebagai Pakatan Rakyat. Entah bila pula rakyat merestui untuk 'berpakat' dengan mereka tidaklah kita ketahui.
Demo berkhemah ini boleh saja kita ibaratkan sebagai mercu lihat sebelum BERSHIT 3.0 di adakan pada 28 April. Demo berkhemah ini boleh saja digunapakai oleh penganjur BERSHIT 3.0 untuk melihat samada akan ada tindakan daripada pihak berkuasa dan sebagai medan ujian untuk berkira-kira sama ada BERSHIT akan mendapat sambutan ataupun tidak.
Jika sebelum ini puak pendemo terpaksa berdepan dengan semburan air gatal dan gas pemedih mata menyebabkan bilangan yang hadir tidak ramai, maka demo berkhemah ini sebagai penanda aras untuk membangkitkan keberanian puak puak tolol pakatan untuk turun berdemo pada 28 April ini.
Tentunya, manusia anugerah Tuhan telah melolong ke dalam kem mereka bahawa setakat ini demo berkhemah itu telah berjaya menawan Dataran Merdeka dan lihatlah nanti jika demo BERSHIT yang di adakan pada 28 April ini mendapat tentangan daripada pihak berkuasa mereka akan berkata bahawa pihak berkuasa tidak adil. Jika demo berkhemah dibenarkan mengapa pula demo BERSHIT 3.0 tidak dibenarkan.?Ini pasti menjadi salah satu bentuk hujah yang akan digunakan untuk menarik minda rakyat untuk berfikir sekaligus menjerumuskan minda rakyat untuk simpati pada mereka.
Penjual ubat di dalam kem Pakatan tentunya sudah digerakkan ke seluruh negara untuk menyampaikan jemputan supaya hadir ke BERSHIT 3.0 dan ayatnya mungkin berbunyi 'Tuan Puan boleh hadir ke BERSIH 3.0 dan jangan rasa gentar. Mahasiswa yang menyokong kita sudah mampu menawan Dataran Merdeka dengan aman tanpa ada sebarang sekatan daripada pihak berkuasa'.
Persoalan yang berbangkit di sini ialah di mana letaknya peranan seorang Menteri Keselamatan Dalam Negeri? Secara peribadi Jebat berasa amat dukacita kerana kebelakangan ini kita sering tunduk kepada asakan puak pakatan seolah olah mereka adalah kerajaan dan kita adalah pembangkang.
Datuk Hisham dan kerajaan mungkin terlupa bahawa di dalam pertandingan ratu cantik sekalipun para peserta tidak disuruh berbogel biarpun hendak dinilai cantik paras tubuh badan mereka. Masih ada bahagian bahagian yang perlu ditutup kerana di situlah letaknya harga dan nilai.
Kerajaan khususnya Datuk Hisham intai-intailah jangan sampai diizinkan orang menanggalkan 'pakaian' kita satu demi satu kerana jika sudah terbogel nilainya hanyalah sebuah KEMALU-MALUAN.
Apakah suara dan pandangan majoriti Rakyat akan terus diabaikan...semata mata utk menonjolkan kita juara segalanya..Nobodys Perfect...Harap Kerajaan digesa bertindak.Aku pun turut berdukacita dengan sikap kerajaan yang dibuai dengan fahaman budaya yang kononnya civilized nie.
ReplyDeleteBerpijak lah dibumi nyata..Pemimpin yang takut dengan kritikan dan cemuhan akan hancur dan punah ranah..BERTEGASLAH. i.e bagaimana tegasnya TDM menghancurkan usaha IMF memperhambakan negara kita satu ketika dulu..(jadikan panduaan.walau dicemuh bukan sahaja rakyat malah oleh dunia...akhirnya siapa yang mereka hargai)Oang Timur tetap dengan timurnya ,mentelah lagi disokong dengan RAHMAT Allah (AQ)
Cukup2lah tidur tu...
attiq
bro,
ReplyDeletehutang lu sama ptptn dah bayau belum?