Wednesday, March 30, 2011

Kita perlu risau, undi protes akan menjahanamkan



Beratus kali tidur dan beratus kali mimpi, tidak pernah siapa akan menjangka bahawa beberapa buah negeri akan terlepas untuk diperintah oleh pembangkang. Biarpun secara hakikatnya, pembangkang bukanlah secekap mana untuk mentadbir urus negeri tetapi memadailah pembangkang menjadi satu instrumen kepada rakyat menzahirkan rasa marah yang membuak-buak. Dan penzahiran itu dicetuskan di dalam PRU ke 12 yang lalu.

Rakyat sudah semakin bijak dan kebijaksanaan itu diterjemahkan pula sebagai kuasa iaitu kuasa mengundi. Barisan Nasional harus mengimbangi kebijaksanaan dan kuasa yang ada pada rakyat jika tidak dacing tidak lagi akan mampu untuk menjadi elemen pengimbang.

Apa yang ada pada wakil rakyat pembangkang sehinggakan rakyat terkadang cenderung dengan pendekatan mereka? Wakil rakyat Barisan Nasional sudah boleh melupakan 'zon selesa'..tidak lagi berkereta mewah dan mewujudkan jurang di antara wakil rakyat dan rakyat. Harus duduk semeja dan perlu belajar bagaimana cara mengikat kain pelikat dan sedia untuk disembur dengan lawak jenaka yang keras di warung-warung di kawasan parlimen mereka mahupun di kawasan Dewan Undangan Negeri mereka.

Harga barang yang melambung naik biarpun bukan kemahuan Barisan Nasional tetapi itulah yang akan digunapakai oleh pembangkang untuk menggambarkan bahawa kelemahan tadbir urus Barisan Nasional adalah punca kepada fenomena ini. Biarpun kita boleh mengatakan bahawa rakyat tidak adil kerana menyalahkan kerajaan dengan kenaikan harga barang ini tetapi kita harus sedar bahawa rakyat juga harus berlaku adil kepada diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Dengan pendapatan terhad yang harus diagih-agihkan kepada banyak cabang dan keperluan, kita harus belajar merasa risau, undi sekali lagi akan menjadi penghukum yang amat dahsyat.

Sudah ada kedengaran di luar sana, keluh kesah rakyat yang terjerut leher dengan kenaikan harga barang. Kita pohon kepada pemerintah, untuk meninjau-ninjau keadaan ini. Menteri Hal Ehwal Pengguna haruslah diserahkan kepada yang benar-benar faham dengan keadaan hidup rakyat di bawah sana. Kita tidak mahu Menteri yang semata-mata mendengar dan menerima laporan dari pegawainya yang entahkan benar entahkan tidak..

Yang meragukan kita, jika benarlah apa jua laporan yang diberikan, masakan masih ada lagi rungutan rakyat berhubung kenaikan harga barang.

Sudah beberapa siri pilihanraya kecil yang memihak kepada Barisan Nasional tetapi itu bukanlah kayu pengukur yang akan kembali meletakkan Barisan Nasional di zon selesa. Di dalam perjuangan tidak pernah ada istilah zon selesa.

Api yang jelas membakar adalah jauh lebih mudah untuk dikawal berbanding dengan api yang membakar di dalam sekam..Api yang membakar di dalam sekam tanpa disedari akan meranapkan, hanya yang kelihatan adalah asap yang bolehlah disamakan dengan rungutan dan keluh kesah rakyat tentang kenaikan harga barang dan tekanan hidup yang memerlukan tampungan belanja yang amat besar.

Tuesday, March 29, 2011

Video seks: Menonton berdosa, berlakon pula bagaimana?



Sudah agak lama aku tidak mencoretkan sesuatu di blog aku ini. Sebenarnya, ada perkara yang cukup membelenggu kepala dan fikiran aku sejak kebelakangan ini. Tidak mengapalah, tidak usah kita membicarakan apa yang sedang berlegar ligat di kepala aku kerana aku tidak mahu membusukkan perkara yang sememangnya sedang membusuk di benak fikiran aku. Persetan sahaja dengan masalah itu kerana membuka pekung di dada bukanlah perkara yang mulia. Harap biarlah cili dapat membuktikan bahawa cili sememangnya pedas.

Berbalik kepada soal video seks, ada yang mengatakan tidak sabar-sabar mahu menonton video tersebut kerana faham-faham sahajalah siapa yang dimaksudkan dengan pelakon video itu. Ada pula yang sudah menonton membayangkan aksi maha hebat dari pelakonnya. Wallahualam..no komen kerana aku sendiri tidak pernah menontonnya. Berdosa menontonnya seperti kata Wan Azizah.

Baik, ada benarnya dengan kata Wan Azizah itu..cuma aku lebih suka menambah ayat Wan Azizah itu, 'TENGOK VIDEO SEKS HARAM DI SISI ISLAM (MENURUT WAN AZIZAH)...KALAU MENJADI PELAKON VIDEO SEKS LEBIH LAH HARAM (ITU YANG AKU TAMBAH AYAT WAN AZIZAH)..

Aku bukanlah Anugerah Tuhan yang hendak menjatuhkan hukum pada sesiapa dan apa yang aku tulis ini tidaklah merujuk kepada mana-mana pihak..Biar sahaja siapa yang makan cili akan dapat membuktikan bahawa cili sememangnya pedas..Ada aku kisah!!!!!

Wednesday, March 23, 2011

Video seks: UMNO/BN boleh karam kalau silap langkah


Siapa Datuk T sudah terjawab..Yang masih belum terjawab adalah ayat-ayat dalam cerita P. Ramlee..'Mari kita lihat siapa yang kena'.

Sama ada sedar atau tidak isu video seks ini jika tersilap hitung akan menjadi malapetaka yang cukup mengerikan UMNO/BN. Licik memang licik percaturan ini.

Seperti mendapat daging mentah salai, blogger Pakatan seakan sudah dapat menghidu detik kegembiraan mereka jika benarlah seperti apa yang mereka rancangkan.

Tidak ada salah pada sesiapa di dalam isu ini..Ini adalah percaturan politik yang cukup hebat. Cuma yang tersilap langkah akan membawa padah. Soal siapa pelakon, ayam dari mana, hotel mana tidak membawa sebarang makna selain daripada agenda yang cukup besar.

Suruhanjaya yang akan ditubuhkan seakan menjadi sang algojo kepada UMNO/BN jika pelakon di dalam video seks itu bukannya Nuar Berahim. Semuanya kerana ada kelibat Rahim Tambi Cik di dalam pendedahan ini.

Nama UMNO/BN secara sendirinya sudah terpalit di dalam ceritera ini dengan kehadiran Rahim Tambi Chik..Seperti yang dibicarakan tadi..jika benarlah pelakon di dalam ceritera ini bukan Nuar Berahim, maka bersorak gembiralah penyokong Pakatan dan dengan bahasa mudah mereka akan mengatakan apa sahaja yang berlaku kepada Nuar Berahim adalah suatu KONSPIRASI JAHAT.

Kurang daripada 24 jam selepas pendedahan video seks ini, semuanya dilondehkan oleh Nuar Berahim. Seakan sudah tahu ada pelanduk yang sudah masuk jerat. Bagaimana boleh Nuar Berahim dengan langkah gagah menuju ke balai polis untuk membuat laporan? Umum tahu bagaimana sukarnya Nuar Berahim hendak menyerahkan DNA di mahkamah tetapi mengapa di dalam isu ini, tidak ada yang suruh, dengan rela dia menyusun langkah menuju ke balai polis.

Mungkin wakil rakyat PKR yang menonton sama video itu di hari gala pra tontonnya telah memaklumkan kepada Nuar Berahim bahawa ada pelanduk yang sudah masuk jerat..Rahim Tambi Chik. Bermula dari detik itu, Nuar Berahim dengan penuh bergaya menyusun langkah. UMNO/BN sudah sedia hendak dikunyah.

Khabarnya ada orang di dalam bilik itu selain dari Nuar Berahim dan Ayam Cina itu. Menarik bukan mengapa ada 3 orang di dalam bilik itu? Mungkin langkah sebagai berjaga-jaga bahawa wujudnya saksi yang boleh yang mengesahkan kejadian itu berlaku. Yang penting, siapa juga sedia dijadikan pelanduk UMNO sedia dibawa masuk ke dalam ceritera ini.

Bayangkan sahaja, ke kedutaan Turki pun Nuar Berahim sanggup melakonkan wataknya inikan pula drama seks yang pastinya amat mudah menarik perhatian umum. Satu dunia sedar manusia dan seks tidak boleh dipisahkan.

Yang menyesakkan kepala aku sekarang ialah bagaimaana boleh wujudnya pelanduk di dalam ceritera ini? Mungkin puak sebelah sana tahu, ada pelanduk yang mengikut sejarahnya tidak boleh terhidu daging mentah..Atau apakah sebabnya, hanya pelanduk yang sedar mengapa dan kenapa boleh termasuk perangkap. Mungkin juga pelanduk digunakan sebagai umpan untuk menangkap hasil buruan yang lebih besar?????

Penafian: Sekadar pandangan penulis..Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Monday, March 21, 2011

Video Seks: Drama paling bangang


Banyak benda yang sedang mutar ligat dalam kepala aku berhubung video seks yang ramai orang dakwa lakonan budak Permatang Pauh.

Soalan pertama: Sejak bila seorang Datuk bertugas untuk mengambil jam tangan mana-mana individu yang ketinggalan jam di hotel?

Soalan kedua: Kalau benarlah budak Permatang Pauh itu yang menyuruh Datuk tersebut mengambil jam tangan Omega nya yang ketinggalan di hotel bermakna Datuk tersebut kenal baik dengan budak Permatang Pauh tersebut. Soalnya, kalau sudah sampai ke tahap mengambil jam, mengapa Datuk tersebut tidak memaklumkan kepada budak Permatang Pauh itu tentang adanya rakaman CCTV di dalam bilik itu? Kenapa harus Datuk tersebut mendedahkan kepada media dan tidak memaklumkan perkara itu kepada budak Permatang Pauh tesebut dan menjadikannya sebagai rahsia?

Soalan ketiga: Jika benar sekalipun wujudnya video itu, mengapa harus Datuk tersebut memanggil media sebagai penonton? Kenapa Datuk tersebut tidak membuat laporan polis? Kalau ikut kata Menteri KDN di dalam Berita jam 8 malam tadi, tiada sebarang laporan di buat berhubung kes ini..

Soalan keempat: 'Muka dia macam saya..perut lebih buncit'..Ini ayat yang keluar dari budak Permatang Pauh tersebut..Macam mana dia boleh tahu keadaan ini? Bahkan sehingga ke saat ini hanya orang tertentu sahaja yang dapat menontonnya..Mungkinkah ada di kalangan yang telah menonton video itu siang tadi begitu arif tentang berapa buncit perut budak Permatang Pauh itu? Dalam tempoh seminggu barulah orang yang dimaksudkan dalam video itu akan mendapat video itu..Belum tengok sudah tahu... Dan siapalah yang bijak menilai betapa buncit perut mana-mana indvidu di dalam keadaan berpakaian dengan tidak berpakaian..Atau adakah orang membuat hubungan seks terlupa menanggalkan pakaian? Gila gelojoh...

Soalan kelima: Dalam pada masa teramat sibuk menghadapi kes liwat di mahkamah, wajarkah seseorang itu sengaja mencari masalah dengan isu baru? Budak Permatang Pauh itu bukan tidak pernah duduk di dalam kerajaan, sudah barang pasti dia sedar segala gerak gerinya diperhatikan oleh golongan tertentu.

Soalan keenam: Kali ini aku bersetuju dengan Aspan..Kenapa harus Datuk tersebut menyembunyikan identiti dirinya? Bukankah dia yang disuruh oleh budak Permatang Pauh itu untuk mengambil jamnya? Sudah tentu mereka saling kenal..Hanya dengan pendedahan siapa Datuk tersebut barulah kita akan tahu apa motif video yang masih diragukan kesahihannya..Sama ada konspirasi atau ada matlamat lain..Jika konspirasi..akan menguntungkan siapa??

Bau-baunya seperti ada yang tidak kena dengan isu ini..Kita minta mana-mana pihak yang akan menjalankan siasatan akan bertindak dengan cara yang cukup waras dan rasional. Sudah hampir benar dengan penyerahan DNA dan sudah hampir benar dengan Pilihanraya Negeri Sarawak..kita tidak mahu 'ada udang di balik batu'...

Penafian: Artikel ini tidak memaksudkan kepada mana-mana individu baik yang hidup atau yang telah mati. Ianya hanyalah illustrasi penulis..

Memang taik seks

Sekarang apa mahu cerita..Dulu heboh satu Malaya bila Chua Soi Lek mengaku yang dialah lelaki dalam video tersebut. Chua Soi Lek bukan Muslim pun satu Malaya dah kecoh..Kali ini apa pula helah yang hendak dimainkan?

Kalau sudah namanya tahi seks..depan belakang, kiri kanan semua ingat pada seks. Pun ada hati nak jadi pemimpin. Ada pula bahalol bahalol di luar sana yang menyokong bagai nak rak..Sanggup berhujan berpanas. Sekarang, kau orang pergi makan tahi..Boss kau orang tu sedap dalam bilik hotel kau orang berjemur tengah panas.

Kalau berjihad untuk orang yang benar-benar alim lainlah juga tapi kau orang berjuang untuk taik seks..

Allah maha adil dan kau orang di luar sana yang masih nak menyokong taik seks ini seharusnya bersyukur kerana diberi ingatan oleh Allah.

Masihkah tidak mahu sedar?

Sunday, March 20, 2011

Sarawak: Tiada siapa boleh membaca fikiran orang


Sudah diumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok, 21 Mac 2011. Dalam tempoh 60 hari pilihanraya mesti diadakan.

Ramai pihak yang sudah mencongak, siapakah calon yang akan diletakkan, soal pengagihan kerusi dan macam-macam yang pastinya berlegar di minda banyak pihak.

Ada juga yang sudah mula berkira-kira apakah Taib Mahmud akan melepaskan jawatanya sebagai Ketua Menteri. Ada yang berkata Taib sudah terlalu lama duduk di kerusi empuk dan ada yang kata rakyat Sarawak sudah agak muak dengan Taib..Itu hanya fikiran nakal di kalangan orang yang kerjanya memang menbuat spekulasi.

Suka atau tidak, hanya rakyat Sarawak boleh tentukan. Di kalangan orang-orang Semenanjung yang kononnya banyak pengalaman politik janganlah cuba-cuba mencatur yang kita sendiri tidak tahu.

Alangkah baiknya jika, pencatur-pencatur politik di luar sana punya rasa malu kepada Presiden Barisan Nasional. Sesungguhnya beliau paling layak untuk bercakap soal siapa yang akan duduk di kerusi Ketua Menteri Sarawak. Mungkin ada yang berkata, sebagai Presiden tentunya beliau akan mempunyai strategi khusus yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Benar, jadi janganlah kita menjadi tukang sibuk 'membaca' apa yang sedar berlegar di kepala Taib Mahmud dan Presiden Barisan Nasional. Anda bukanlah khasyaf hendak membaca fikiran orang.

Blogger otai Aspan, jika Taib Mahmud berjanji hendak berundur, berikan saja ruang itu kepada beliau untuk mengotakan janji..Sebaiknya, tidak mudah berburuk sangka..Allah lebih tahu mana yang lebih baik..

Thursday, March 17, 2011

Jangan cepat melatah


Ada pesanan dari beberapa orang sahabat bloggers berhubung gambar di atas. Semasa menerima pesanan dari sahabat bloggers aku masih tidak berkesempatan untuk melihat sendiri gambar di atas.

Hakikatnya, jika benar sekalipun gambar di atas, aku tidak merasa terkejut kerana lumrahnya lelaki mencari wanita tetapi lebih mengaibkan sekiranya lelaki mencari lelaki. Hukumnya tetap berdosa jika tidak ada ikatan yang sah. Soalnya benarkah gambar di atas?

Biarpun aku agak buta dengan dunia IT yang semakin canggih tetapi apabila melihat kepada gambar di atas, aku agak ragu-ragu dengan kesahihan gambar di atas. Tone warna di antara muka si lelaki dengan badannya tampak jelas berbeza. Mungkin aku yang buta IT atau itulah hakikatnya bahawa badan dan kepala adalah orang yang berbeza.

Aku tidak ingin untuk pantas membuat kesimpulan. Kerana jika tersilap membuat perhitungan maka menjadi dosa kepada kesimpulan yang dibuat. Sebaiknya jangan mudah kita membuat kesimpulan..Kita mohon kepada yang berkenaan untuk segera membuat penafian sekiranya beliau dianiaya.

p/s: Makin celaru dengan dengan dunia politik...

Tuesday, March 15, 2011

Mahathir berjasa..Aspan Alias juga berjasa


Rasanya di dalam Malaysia bahkan di dalam dunia seperti yang dicoretkan oleh blogger otai Aspan Alias berhubung membuat jasa ada benar dan ada logiknya. Tidak kira siapa dan apa kedudukan individu itu semuanya pasti menaburkan jasa kepada negara..Sama ada di dalam konteks jasa positif dan jasa negatif ianya tetap dianggap sebagai jasa.

Sinis benar blogger otai Aspan 'menghitung' jasa Mahathir. Dan anggap sahaja apa yang dinukilkan adalah jasa blogger otai Aspan kepada pembaca blognya. Juga boleh dianggap jasa walaupun nukilan blogger otai Aspan itu mungkin sedikit menghiris perasaan pencinta Tun Mahathir seperti blogger Parpukari.

Blogger otai Aspan Alias juga tidak kurang jasanya..Jasa kepada keluarga, jasa kepada orang kampung bahkan mungkin jasa pada negara.

Cuma yang perlu kita congakkan adalah sebesar mana jasa yang telah kita sumbangkan. Mengkritik orang juga adalah suatu jasa jika kritikan itu adalah kritikan yang membina. Kritikan yang sekadar ingin membuka pekung dan menghiris perasaan juga boleh dianggap sebagai jasa walaupun ianya tidak lebih dari jasa yang tidak bermanfaat sama sekali.

Artikel blogger otai Aspan yang bertajuk 'semua orang tidak ada jasa kecuali Tun Mahathir' membuatkan aku berfikir bahawa otai Aspan amat sinis orangnya bila 'berkata-kata'. Pemikiran itu lantas menjuruskan aku untuk berfikir bahawa siapakah individu yang sebenarnya telah membawa Malaysia untuk berdiri segagah ini. Mungkin Tun Mahathir atau mungkinkah blogger otai Aspan?

Pokoknya, seluruh rakyat Malaysia harus tahu menabur jasa atau setidak-tidaknya tahu mengenang jasa!!

Monday, March 14, 2011

'New Politics' yang tidak jelas


Apabila dikeluarkan sesuatu istilah yang kurang difahami dan apabila dipersoalkan orang, maka jalan mudah yang akan diguna pakai ialah dengan mengatakan bahawa itu adalah suatu pendekatan baru.

Kenyataan di atas adalah dirujuk kepada senario yang berlaku di Kerdau, apabila seorang Timbalan Menteri yang dikatakan oleh bloggers sebagai memperlekehkan mereka dengan mengatakan bahawa mereka tidak intelek kerana tidak memahami apa yang dikatakan sebagai 'new politics'.

Tambah memburukkan keadaan apabila Timbalan Menteri itu seperti yang didakwa oleh bloggers mengatakan bahawa Timbalan Menteri itu sudah siap siaga untuk membalun mereka. Kata bloggers itu lagi bahawa mereka mempunyai saksi kepada kenyataan Timbalan Menteri itu.

Tidak boleh kita samakan pemikiran seorang Timbalan Menteri dan pemikiran seorang bloggers. Seorang Timbalan Menteri mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau perkatakan dan seorang bloggers mungkin 'lebih tahu' dengan apa yang beliau tuliskan.

Justeru, jalan terbaik adalah mempertemukan kedua-dua pihak dan memperjelaskan apa yang menjadi punca kepada kekeliruan ini. Baik Timbalan Menteri mahupun bloggers, jika ada mana-mana yang silap eloklah mengakui kesilapan itu. Yang pentingnya adalah kemenangan parti yang disokong..itupun jika masih meletakkan kemenangan itu sebagai suatu matlamat yang tidak boleh dirubah.

Sayugia juga diingatkan bahawa 'sejak BN kehilangan 2/3 di dalam pilihanraya, keadaan tidak ubah seperti orang yang sedang sakit tenat. Dan di dalam prosedur perubatan, hanya ubat yang dikenal pasti boleh diberikan kepada pesakit kerana jika tersalah ubat hanya akan mengancam nyawa pesakit..Lumrahnya begitulah jua kepada BN, haruslah diberi ubat yang tepat kerana jika tidak hanya mengancam hayat BN..kita tidak mahu pendekatan 'trial and error' yang hanya difahami oleh golongan tertentu kerana BN bergerak sebagai suatu pasukan..Setiap langkah harus diterangkan kepada semua jentera'..

Harapnya tidak ada lagi tindakan yang memperlekeh mana-mana pihak di dalam satu pasukan..

Wallahualam..

Friday, March 11, 2011

Apasal lah mamat ni


Sumpah tak mahu..DNA pun tak mahu..habis sebenarnya dia nak apa? Nak jadi Perdana Menteri pun kena angkat sumpah..sumpah juga..kenapa kalau jadi Perdana Menteri kena angkat sumpah dia ok pulak? Terlupa pula dengan kata are you ok?

Soal anak siapa dicabar buat ujian DNA juga dia menolak..Habis apa sebenarnya yang dia mahu?
Biasanya untuk membersihkan nama, manusia akan lakukan apa sahaja. Tetapi mamat ni lain pula pegangannya..Kalau aku semua aku akan serahkan untuk buktikan yang aku tak bersalah.

Kalau pakai bomoh amacam? Tetapi bomoh pulak dikatakan tak betul nanti..Habis mamat ni nak apa sebenarnya? Nanti dikatakan pula bomoh tu guna kemenyan yang UMNO bekalkan..lagi pusing alam.

Kita sama-sama tengok apa kesudahan isu sumpah dan DNA ni..

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Sumpah dan DNA tolong berikan

Thursday, March 10, 2011

Blogger Bujai: Anggapan keterlaluan


Sudah agak keterlaluan dengan apa yang Bujai tuliskan berhubung isu NA. Pada asasnya, Bujai sekadar memberi pandangan dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang apa yang Bujai ingin coretkan di dalam blognya. Tulisan peribadi dan pandangan peribadi.

Jika benar sekalipun dakwaan Bujai, apalah yang perlu Bujai panjangkan isu ini di dalam blognya. Khabarnya Bujai sudah dipanggil oleh SKMM dan juga SPRM berhubung dakwaannya itu.

Suka dinasihatkan kepada Bujai, serahkan kes ini untuk siasatan kedua-dua badan yang bertanggungjawab di dalam kes ini. Tidak perlu Bujai menghebahkan kepada umum apa yang berlaku. Biar sahaja siasatan ini berjalan tanpa ada sebarang gangguan.

Jika di dalam kes Nuar Berahim, apabila Nuar Berahim menggunakan pentas ceramah untuk membersihkan namanya biarpun kes itu masih di dalam siasatan dikatakan sebagai mengganggu proses siasatan..sama jualah di dalam kes ini yang masih di dalam siasatan..tidakkah Bujai mengganggu siasatan atau Bujai sudah hilang keyakinan kepada integriti pihak yang dimaksudkan?

Umum sudah tahu..bahkan pengikut tegar Bujai juga sedang enak menunggu setiap perkembangan dari Bujai berhubung perkara ini..jadi apa lagi mahu Bujai?

Seperti ada keinginan Bujai yang tidak terlangsai sehinggakan Bujai yang aku kenali 'memberontak' sedemikian rupa. Susah hendak membaca apa yang terkandung di pemikiran Bujai jika Bujai tidak berterus terang dan terlalu berselindung..Bujai..bukankah perbincangan akan membawa kepada keputusan yang lebih baik?

Sebagai rakan yang cukup mengenali Bujai, aku cukup kagum dengan kebolehan Bujai..penuh dengan pengalaman sebagai seorang jurnalis..peringkat antarabangsa!!

Tetapi di dalam artikel Bujai yang bertajuk ' Eliminating the Evidence' sudah agak keterlaluan pandangan Bujai. SKMM khabarnya kurang senang dengan artikel Bujai itu kerana difahamkan artikel Bujai itu seolah-olah mencurigai integriti SKMM dan SPRM yang sedang menjalankan siasatan.

Di dalam perkembangan yang sama, SKMM khabarnya ingin mengingatkan kepada orang ramai bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Cukuplah Bujai..sebagai sahabat aku cuma tidak mahu di dalam mengikut emosi dan keinginan yang membuak-buak untuk merungkai isu ini, Bujai akan tersepit. Cukuplah dengan apa yang Bujai nukilkan dan selebihnya serahkan saja kepada SKMM dan SPRM untuk menjalankan siasatan.

Mungkin akan ada di antara pengikut tegar Bujai akan memandang aku dengan amat sinis kerana seolah-olah aku menjadi 'tali barut' kepada mana-mana pihak..tapi sebagai sahabat senegeri dengan Bujai..aku cuma tidak mahu Bujai terus terheret ke dalam isu ini dengan lebih jauh..Mentimun Bujai..orang di luar sana waimah pengikut lu bro di luar sana cuma inginkan cerita yang sensasi..ada dia orang merasai macam mana susah lu kena soaljawab selama berjam-jam? Lu sendiri beritahu gua yang lu sedikit tertekan dengan keadaan soaljawab ini dan sebagai sahabat gua merasa jerih perih lu..tapi untuk apa bro kalau lu terus-terusan begini?

Entah apa yang Bujai inginkan aku sendiri tidak tahu..Sebaiknya serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Wednesday, March 9, 2011

Krisis UMB dan bloggers..komen anda?


Kemelut di antara UMB dan bloggers pro-BN nampaknya semakin kusut. Medan media siber yang sepatutnya digunakan untuk mencoretkan artikel yang lebih menguntungkan Barisan Nasional sedikit terlondeh dan longgar dek kerana kedua-dua pihak 'bertikam lidah' dengan hujah masing-masing.

Suka disarankan dengan mengambil pandangan daripada blogger Melayu Bersatu bahawa UMB harus menyenaraikan senarai nama bloggers yang didakwa di bawah naungan UMB sendiri. Rasanya di dalam dunia blogging baik pro-BN mahupun pembangkang dunia blogging ini bukanlah terlalu besar jumlahnya. Kata mudah..pusing kanan, pusing kiri adalah dari individu yang sama..baik yang elitis mahupun yang nyamuk..saling kenal. Kepada Tun Faisal, eloklah mengambil positif pandangan blogger Melayu Bersatu untuk menyenaraikan nama-nama bloggers di bawah pengurusan UMB sendiri.

Dan jika senarai yang Tun Faisal kemukakan itu adalah dari kalangan yang tidak termasuk di dalam senarai nama yang sebenarnya blogger bebas yang pro-BN maka bolehlah kita nobatkan bloggers yang Tun Faisal senaraikan itu adalah bloggers di bawah naungan UMB sendiri. Bagaimana hendak mengklasifikasikan seseorang blogger itu adalah blogger bebas atau blogger di bawah UMB? Blogger UMB adalah seharusnya blogger yang 'urusannya' dikendalikan oleh UMB manakala blogger bebas adalah blogger yang kadang-kala di panggil atau ad hoc untuk sesuatu perkara. Sulit untuk Tun Faisal menyenaraikan nama tersebut? Itulah beban pembuktian yang seharusnya dipikul oleh Tun Faisal untuk mengeruhkan keadaan. Lebih elok disegerakan.

Kepada sahabat bloggers di luar sana..aku mohon akan kita beri ruang kepada Tun Faisal untuk menyenaraikan nama-nama seperti yang dipohon. Jika nama sahabat yang sebenarnya merupakan bloggers bebas tetapi dimasukkan di dalam senarai nama bloggers UMB, itu adalah perkara yang perlu dijelaskan oleh Tun Faisal kepada semua bloggers dan pucuk pimpanan UMNO sendiri.

Buat masa ini, adalah lebih elok jika sahabat-sahabat bloggers memfokuskan kepada soal perjuangan untuk memartabatkan Barisan Nasional di luar sana. PRU 13 sudah terlalu hampir dan jika kita bersetuju kecundangnya BN pada PRU ke 12 dulu adalah kerana media siber yang didominasi oleh Pakatan, jangan kita benarkan sekali lagi kecundangnya BN di dalam piliharanraya angkara jari jemari kita menekan keyboard untuk menghasilkan artikel yang tidak sepatutnya didedahkan.

Tun Faisal mungkin perlukan masa untuk menyelesaikan isu ini dan sahabat bloggers juga perlukan jangka masa untuk menunggu penjelasan dari Tun Faisal. Biar masa menentukan siapa yang benar...Biarlah masa menentukan siapa yang lebih adil...

Apa komen UMB dan sahabat bloggers?

Sunday, March 6, 2011

Tahniah untuk warga Merlimau


Sekalung tahniah dan penghargaan kepada anak-anak Merlimau kerana bijak membuat keputusan di dalam memilih Yang Berhormat yang mewakili mereka.

Tahniah jua kepada jentera Barisan Nasional khususnya kepada YAB ikon negeri Melaka, Tok Ali di atas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen malah sebelum itu lagi.

Kepada pimpinan-pimpinan negeri Melaka, lihat sahaja betapa Tok Ali sememangnya layak untuk mengepalai saudara-saudari.

Kepada sayap-sayap Barisan Nasional, Wanita, Pemuda dan Puteri, anggap saja apa yang kalian lakukan sebagai satu ibadah di dalam mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

Kepada pucuk pimpinan pusat, jutaan terima kasih di atas sokongan yang kuat di dalam menghadapi getir ketika tempoh berkempen. Anak Melaka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Kepada YB yang baru dinobatkan, YB ROSLAN AHMAD kemenangan ini adalah suatu anugerah buat saudara dan sesuatu anugerah itu pastinya memerlukan pengorbanan. Saudara kini adalah 'milik rakyat'. Kemenangan ini pastinya membuatkan banyak mata yang melihat tingkahlaku saudara dan sifat takbur bongkak hanya akan mengundang bala yang tidak tertanggung.

Perjalanan kita masih jauh dan langkah kecemerlangan yang kita mulakan hari ini hanyalah langkah permulaan untuk kita terus melangkah. Di dalam langkah kadangkala jatuh tersadung dan tersadung itulah yang mematangkan kita.

Salam tahniah dan mohon barakah yang berpanjangan kepada warga Merlimau khususnya dan anak-anak Melaka khasnya.

Saturday, March 5, 2011

Langsung dari Merlimau





Pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 telah dibuka untuk para pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

Calon BN, Roslan Ahmad dan isteri tiba di perkarangan sekolah itu untuk membuang undi seawal jam 8.30 pagi dan telah membuang undi pada kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Yuhaizad bagaimana? Harap-harap dia ponteng hari ini.. Jentera BN sudah tidak dapat dibendung semangatnya. Merlimau sudah pasti DUN KU SAYANG!!

Merlimau: Tahniah anak Merlimau


Dalam pada susah..dalam pada jerih..akhirnya anak Merlimau sudah pulang ke gagang..Sudah pulang ke Merlimau untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pengundi di Merlimau.

Kurang 24 jam daripada tempoh bilik membuang undi akan dibuka esok pagi..Merlimau sudah penuh sesak. Rasa seperti menyambut Hari Raya. Syukur kerana anak Merlimau sedar akan tanggungjawab yang perlu dilangsaikan esok.

Bilik-bilik gerakan BN sudah sesak. Semangat jentera sudah tidak boleh dibendung-bendung. Aku cuma mampu tersenyum bangga dengan semangat juang jentera. Nama calon sudah dijulang setinggi-tingginya. Sudah lupa semua sengketa.

Ayuh..inilah masa yang paling sesuai untuk kita zahirkan rasa cinta pada pimpinan negeri kita. Orang luar jangan kita agungkan..Ucapkan syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka di atas jasa dan bakti kepada bumi Melaka tercinta.

Undilah Barisan Nasional, undilah Roslan Ahmad..yakinlah setiap amal saudara-saudari di dalam memilih jalan kebaikan untuk negeri dan bangsa pasti akan mendapat pahala..Syurga? Hanya Nik Aziz boleh janjikan..

Friday, March 4, 2011

Kelantan jauh lebih maju dari Melaka

Memang patut PAS memerintah Melaka. Berikut adalah data yang menunjukkan PAS memang sebuah kerajaan yang bagus dan cekap. Hebat Nik Ajis. Berkat doa dia saksikan kehebatan PAS di Kelantan:

Data Perbandingan Melaka Kelantan

1) Penagih dadah (2009) 327 orang 1902 orang

2) Penceraian di kalangan muslim 923 kes 2478 kes

3) Jumlah Pengangguran(suku ke 3 2010) 2400 orang 17,700 orang

4) Hasil kutipan Jab Kastam (2010) 1.6 billion 37.3 juta

5) Kadar kemiskinan (2009) 0.5 peratus 4.80 peratus

6) KDNK per kapita (2010) RM 25, 185 RM 7.453


Macam-macam lagi kehebatan Kelantan berbanding Melaka. Patutlah PAS bersungguh-sungguh mencalonkan Yuhaizad di Merlimau. Setidak-tidaknya memberi peluang pekerjaan kepada Yuhaizad.

Pesan anak Merlimau kepada PAS, sila jangan kotorkan bumi Merlimau dan Melaka. Kedatangan saudara-saudari dari PAS ke bumi Melaka tidak kami undang. Sila hormat budaya orang Melaka dan budaya Kelantan tinggalkan saja di bumi Kelantan.

Kalau mahu berarak ajak saja anak-anak Kelantan menyertai kemahuan kamu..jangan dipengaruh anak-anak Melaka..

Cukuplah sejarah mengajar kami erti khianat. Dulu ada pembelot di kalangan kami hingga runtuh Kesultanan Melayu kami..hari ini kami sedar dan cukup sedar..kami akan taat kepada pimpinan kerajaan kami.

Majukan dahulu Kelantan kemudian barulah bercerita pasal negeri orang lain. Belajar-belajar cermin diri!!!

Thursday, March 3, 2011

Merlimau: Pengundi Merlimau suka Yuhaizad


Orang-orang di Merlimau nampaknya suka benar dengan Yuhaizad...Yuhaizad merupakan seorang anak muda yang cukup disegani di Merlimau. Segak dan cukup layak untuk menjadi calon.

Tetapi pada orang Merlimau, Yuhaizad cuma layak menjadi calon dan bukan Yang Berhormat bagi DUN Merlimau. Orang dan pengundi Merlimau rasakan yang lebih layak sebagai Yang Berhormat mereka adalah Roslan Ahmad.

Seperti yang umum tahu melalui pendedahan blogger, Yuhaizad pada suatu ketika suka menukar kerja dan selalu tuang kerja. Hebat. Tempoh bekerja selama 8 jam pun Yuhaizad tak mampu sempurnakan apa pula kerja sebagai Yang Berhormat yang memerlukan pengorbanan masa selama 24 jam. Kalau tugas selama 8 jam dianggap berat..bersediakah orang Merlimau untuk membayar elaun kerja lebih masa kepada Yang Berhormat yang suka ponteng kerja?

Sepatutnya di dalam ceramah beliau, Yuhaizad harus berkata ' Sekiranya saya di pilih. saya akan berkhidmat kepada rakyat Merlimau selama 8 jam itupun jika mampu'. 'Kalau saya kerja lebih masa siapa pula yang akan bayar overtime saya'?

Tahniahlah pada Yuhaizad kerana dipilih menjadi calon. Menjadi calon pun sudah satu kelebihan kepada Yuhaizad. Orang Merlimau kalau mahu berurusan sila pastikan berurusan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Selepas masa itu dikira over time.

Duduk di kuarters kerajaan dan akhirnya melawan kerajaan. Hebat sungguh anak muda yang bercita-cita tinggi.

Logiknya, kerja sebagai Yang Berhormat tidak siapa yang akan mengambil kedatangan jadi adalah lebih mudah untuk 'ponteng kerja'. Patutttttttttttttlah bersungguh benar berkempen ke sana ke mari.

Lepak bro lepak....!!!

Wednesday, March 2, 2011

Merlimau: Nuar Berahim balun Rais


Selain dari isu APCO dan barang naik, malam tadi Nuar Berahim sempat balun Rais. Semuanya gara-gara kes pembantu rumah.

Biarpun kerajaan Indonesia dah selesaikan kes tersebut tetapi Nuar tetap gunakan isu yang sudah selesai itu.

Nuar Berahim melenting bila Rais kata pemimpin kena beretika baik dan bertingkah laku baik. Melenting Nuar Berahim dengan kenyataan Rais. Sudahnya isu pembantu rumah dia hidupkan semula.

Ada blogger yang tersenyum ke dengan kenyataan Nuar Berahim ni? Siapa lah yang mula-mula hidupkan cerita pembantu rumah ni? Benar, mungkin cerita ini bukan asing pada dia orang tapi siapalah yang mensensasikan cerita ini?

Bagilah banyak-banyak 'peluru' kepada Nuar Berahim...Samdol betul....

Tuesday, March 1, 2011

Merlimau: Bob Lokman daftar ke syurga




Takbeer buat Bob Lokman kerana berjaya masukkan dirinya ke ambang syurga. Rupanya taklah susah mana nak masuk ke syurga..isi borang sekeping serah pada Nik Ajis dah boleh masuk syurga.

Agaknyalah berapa ramai pengambilan bagi setiap sessi yang Nik Ajis ambil untuk masukkan orang ke dalam syurga? Wah ada intake lah pulak..Agaknya kena pakai lencana tak kalau masuk syurga Nik Ajis? Kena pakai kopiah ada lambang PAS ke kalau masuk syurga Nik Ajis?

Kena mencarut tak kalau nak masuk syurga Nik Ajis? Dalam syurga Nik Ajis agaknya Kapal Singh duduk syurga nombor berapa? Sama level ke dengan Kit Siang?

Adun Perupok dengan Selising agaknya duduk level berapa ye? Dekat ke dengan bidadari..Mesti sibuk dengan bidadari..Boleh main mms ke dalam syurga Nik Ajis?

Kita mintaklah pada Nik Ajis beritahu ciri-ciri yang ada dalam syurga dia..Bila pengambilan dia? Berapa kena bayar untuk pendaftaran? Kalau menarik, aku nak buka kaunter pendaftaran di Merlimau..Selain daripada masyuk boleh jugak buat amal..Setidak-tidaknya menyelamatkan orang mengundi BN di Merlimau daripada zaman jahiliyyah macam kata Nik Ajis.

Ada sesapa nak duduk sama level dengan Nuar Berahim..?Boleh main kejar-kejar..takpun ada disediakan permainan kereta remote control yang boleh langgar-langgar belakang?

Ilusi seperti ni yang buat Bob Lokman masuk PAS..dia kan orang seni..penuh dengan illusi dan metafora..kau orang apa tau?