Monday, March 21, 2011
Video Seks: Drama paling bangang
Banyak benda yang sedang mutar ligat dalam kepala aku berhubung video seks yang ramai orang dakwa lakonan budak Permatang Pauh.
Soalan pertama: Sejak bila seorang Datuk bertugas untuk mengambil jam tangan mana-mana individu yang ketinggalan jam di hotel?
Soalan kedua: Kalau benarlah budak Permatang Pauh itu yang menyuruh Datuk tersebut mengambil jam tangan Omega nya yang ketinggalan di hotel bermakna Datuk tersebut kenal baik dengan budak Permatang Pauh tersebut. Soalnya, kalau sudah sampai ke tahap mengambil jam, mengapa Datuk tersebut tidak memaklumkan kepada budak Permatang Pauh itu tentang adanya rakaman CCTV di dalam bilik itu? Kenapa harus Datuk tersebut mendedahkan kepada media dan tidak memaklumkan perkara itu kepada budak Permatang Pauh tesebut dan menjadikannya sebagai rahsia?
Soalan ketiga: Jika benar sekalipun wujudnya video itu, mengapa harus Datuk tersebut memanggil media sebagai penonton? Kenapa Datuk tersebut tidak membuat laporan polis? Kalau ikut kata Menteri KDN di dalam Berita jam 8 malam tadi, tiada sebarang laporan di buat berhubung kes ini..
Soalan keempat: 'Muka dia macam saya..perut lebih buncit'..Ini ayat yang keluar dari budak Permatang Pauh tersebut..Macam mana dia boleh tahu keadaan ini? Bahkan sehingga ke saat ini hanya orang tertentu sahaja yang dapat menontonnya..Mungkinkah ada di kalangan yang telah menonton video itu siang tadi begitu arif tentang berapa buncit perut budak Permatang Pauh itu? Dalam tempoh seminggu barulah orang yang dimaksudkan dalam video itu akan mendapat video itu..Belum tengok sudah tahu... Dan siapalah yang bijak menilai betapa buncit perut mana-mana indvidu di dalam keadaan berpakaian dengan tidak berpakaian..Atau adakah orang membuat hubungan seks terlupa menanggalkan pakaian? Gila gelojoh...
Soalan kelima: Dalam pada masa teramat sibuk menghadapi kes liwat di mahkamah, wajarkah seseorang itu sengaja mencari masalah dengan isu baru? Budak Permatang Pauh itu bukan tidak pernah duduk di dalam kerajaan, sudah barang pasti dia sedar segala gerak gerinya diperhatikan oleh golongan tertentu.
Soalan keenam: Kali ini aku bersetuju dengan Aspan..Kenapa harus Datuk tersebut menyembunyikan identiti dirinya? Bukankah dia yang disuruh oleh budak Permatang Pauh itu untuk mengambil jamnya? Sudah tentu mereka saling kenal..Hanya dengan pendedahan siapa Datuk tersebut barulah kita akan tahu apa motif video yang masih diragukan kesahihannya..Sama ada konspirasi atau ada matlamat lain..Jika konspirasi..akan menguntungkan siapa??
Bau-baunya seperti ada yang tidak kena dengan isu ini..Kita minta mana-mana pihak yang akan menjalankan siasatan akan bertindak dengan cara yang cukup waras dan rasional. Sudah hampir benar dengan penyerahan DNA dan sudah hampir benar dengan Pilihanraya Negeri Sarawak..kita tidak mahu 'ada udang di balik batu'...
Penafian: Artikel ini tidak memaksudkan kepada mana-mana individu baik yang hidup atau yang telah mati. Ianya hanyalah illustrasi penulis..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
soalan ketiga: Jika benar sekalipun wujudnya video itu, mengapa harus Datuk tersebut memanggil media sebagai penonton? Jawaban nya ialah supaya isu ini cepat tersebar keseluruh negara. Lepastu ramai buat demo. Lepas tu polis siasat.Lepas tu polis dapati org dalam video tu mmg Anuwar tapipompuan tu sebenornya bini dia....lepastu orang ramai lupa
ReplyDeletepasal serah DNA dan saiful...lepas tu....
Kupasan yang amat bijak sekali. Tahniah kerana dapat melihat terus penipuan Anwar dengan cara jelas.
ReplyDeleteSyabas.
Ini drama mengalihkan isu DNA !
ReplyDeleteBijak2 anwar ni
dalam sidang akbar pemberita tanya sama ada Dato Seri akan buat laporan polis. beliau jawab tidak sebab belum tengok video itu. Tapi macam mana tahu muka pelakun dan perutnya buncit. Nampak sangat pembohongnya atau dah ada pengikut tegarnya dah tengok video itu dulu sebelum dipertontonkan kepada wartawan. Macam ada perancangan isu ini. Kes ini perlu disiasat oleh polis tahan Datuk T dan pemberita kerana menonton video lucah beramai ramai mengikut undang-undang yang ada tidak kira siapa pelakunnya. Perkara pokoknya kes Saiful perlu diselesaikan dengan segera jangan dialihkan isu lain.
ReplyDeleteDrama King buat drama lagi.. nak lari perhatian rakyat terhadap kes liwat/DNA dia...itu aja...kalau riski kerajaan nak buat tentu baik punya...gambar..agent negara asing gua uingat lagi canggih...cuma king jubur tak perasan...wayang..raja lawak politik
ReplyDeleteMacam sudah di rancang oleh puak Anuar.Buat lapuran Polis, pengikut siap buat kain rentang. ini menunjukan ianya telah di rancang dari awal. Nak print kain rentang tu makan masa.
ReplyDeletekalau kata bangang marah.... kan wartawan dah tengok mestilah salah seorang bagi tahu pada nuar.
ReplyDeleteTarak ooooooootak ka??????
Anon 5.25 am..sudah tentu anda merupakan penjilat tegar PKR yang sedikit terganggu emosinya kerana isu boss anda sedang menghadapi masalah dengan masalah. Kalau diberi otak tapi masih dungu seperti saudara pun tidak ubah seperti otak lembu. Di kalangan wartawan siapakah yang begitu arif tentang darjah kebuncitan Nuar Berahim. Saudara sendiri yang merupakan penjilat tegar pun belum tentu dapat membuat penilaian..kecuali lah saudara pernah melihat Nuar Berahim tidak berbaju.
ReplyDeleteOrang-orang berotak lembu seperti saudara inilah yang gemar di pancing oleh PKR untuk menjadi penjilat tegar mereka..
hahah.... nampak gayanya LEMBU tidak mengaku dirinya LEMBU kesian......
ReplyDelete* kalau nak buat fitnah pun biarlah logik sikit.... hahahah.... kesian LEMBU2
* teknologi dah canggih tapi masih pakai video camp. Itam putih. hahahah.... kesian LEMBU2.
*Akhir zaman....tak payah selidik pecaya jeee....kesian LEMBU2.
***Dah tengok ke video itam putih Nuar?????
hahahahahah......... KESIAN LEMBU2..........
Selidik dulu bro. jangan pecaya dulu nanti FITNAH. (Ibu segala dosa.)
yg puak puak umno...sudah-sudahlah membuat fitnah...sudah-sudahlah menyokong fitnah..ingat-ingatlah Tuhan...dosa besar tu..wahai saudara-saudaraku insfallah..
ReplyDelete