Sunday, March 20, 2011
Sarawak: Tiada siapa boleh membaca fikiran orang
Sudah diumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok, 21 Mac 2011. Dalam tempoh 60 hari pilihanraya mesti diadakan.
Ramai pihak yang sudah mencongak, siapakah calon yang akan diletakkan, soal pengagihan kerusi dan macam-macam yang pastinya berlegar di minda banyak pihak.
Ada juga yang sudah mula berkira-kira apakah Taib Mahmud akan melepaskan jawatanya sebagai Ketua Menteri. Ada yang berkata Taib sudah terlalu lama duduk di kerusi empuk dan ada yang kata rakyat Sarawak sudah agak muak dengan Taib..Itu hanya fikiran nakal di kalangan orang yang kerjanya memang menbuat spekulasi.
Suka atau tidak, hanya rakyat Sarawak boleh tentukan. Di kalangan orang-orang Semenanjung yang kononnya banyak pengalaman politik janganlah cuba-cuba mencatur yang kita sendiri tidak tahu.
Alangkah baiknya jika, pencatur-pencatur politik di luar sana punya rasa malu kepada Presiden Barisan Nasional. Sesungguhnya beliau paling layak untuk bercakap soal siapa yang akan duduk di kerusi Ketua Menteri Sarawak. Mungkin ada yang berkata, sebagai Presiden tentunya beliau akan mempunyai strategi khusus yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Benar, jadi janganlah kita menjadi tukang sibuk 'membaca' apa yang sedar berlegar di kepala Taib Mahmud dan Presiden Barisan Nasional. Anda bukanlah khasyaf hendak membaca fikiran orang.
Blogger otai Aspan, jika Taib Mahmud berjanji hendak berundur, berikan saja ruang itu kepada beliau untuk mengotakan janji..Sebaiknya, tidak mudah berburuk sangka..Allah lebih tahu mana yang lebih baik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment