Wednesday, October 27, 2010
Galas: Cerita sejarah komunis
Petang tadi aku berkesempatan untuk meninjau sekitar kawasan pilihanraya kecil Galas dan aku berpeluang untuk sampai ke salah satu peti undi yang terletak di Kampung Pulai.
Kalau ikutkan nama Kampung Pulai namanya seperti menggambarkan kawasan itu adalah kawasan yang dipenuhi orang-orang Melayu tetapi apabila kereta usang aku memasuki kawasan itu rupanya terdapat kawasan tokong besar yang kelilingnya dipenuhi oleh masyarakat Cina.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal kehadiran aku di situ memberikan aku peluang untuk berbual dengan seorang Apek yang mengenalkan dirinya sebagai Tam. Mengikut kata Tam beliau adalah ahli DAP yang datang dari Bentong, Pahang. Tambah Tam lagi, dia datang ke Galas ini kerana di kalangan 150 orang pengundi Cina di kawasan itu adalah saudaranya.
Aku agak tersentak mendengar penjelasan dari Tam kerana jumlah 150 pengundi di kawasan itu adalah saudaranya adalah merupakan satu angka yang agak besar. Mana mungkin Tam akan punya saudara seramai itu di dalam kawasan sekecil itu.
Kata Tam lagi bahawa malam sebelumnya Nik Ajis ada datang berceramah di situ dan mendapat sambutan ramai. Biasalah itu ayat yang cuba mendewakan Melayu yang tak berapa nak bangga jadi Melayu. Dan tak jauh dari tokong itu terdapat pulak satu tokong lama yang khabarnya berusia ratusan tahun.
Baik, aku cuba membuat penilaian dengan apa yang Tam ceritakan pada aku. Aku mengambil keputusan untuk bersembang pulak dengan masyarakat Melayu di kawasan itu untuk mengaitkan dengan cerita Tam. Mengikut lelaki Melayu yang aku temui itu berkata kawasan itu dulunya adalah kawasan di mana tempat komunis bersembunyi dan menjalani latihan.
Dan tokong yang berusia ratusan tahun itu adalah dahulunya tempat komunis menjalani latihan dan tempat untuk menyimpan senjata. Benarkah begitu? Lelaki Melayu itu menegaskan kepada aku bahawa suatu ketika dahulu beliau telah menjumpai trompet, peta dan pakaian seragam tentera komunis di situ.
Jadi kalau dah namanya bekas kawasan komunis, mungkinkah ada kaum kerabatnya yang masih wujud di situ? Dan saudara mara Tam yang seramai itu mungkinkah...???? Jauh pula Tam datang dari Bentong...Benarkah Bentong dulunya juga adalah kawasan yang mempunyai sejarah yang sama...Berlegar-legar sesuatu di kepala aku yang aku biarkan pada semua untuk berfikir..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
b careful bro. never let the emotion drives u crazy.. always bear about the rationale rite
ReplyDelete