Apasal puak-puak PAS ni lemah fikiran..Berjuang bertahun-tahun tapi masih kurang yakin dengan pimpinan sendiri. Kalau yakin dengan pimpinan sendiri takkanlah Nuar Berahim mahu dijulang sebagai Perdana Menteri dan meninggalkan nama-nama besar PAS seperti Nik Ajis dan Hadi Awang.
Berpanas, mengibar bendera, berbaiah talak tiga, yang boleh masuk syurga, yang menggantung bendera, yang mengalir peluh semasa pilihanraya, jentera yang banyak dan macam-macam lagi semua ada PAS. Apa yang ada pada PKR dan DAP sampai puak PAS nak menjulang Perdana Menteri dari PKR dan Timbalan Perdana Menteri dari DAP. Mana logik akal puak-puak PAS?
Dulu masa PAS anggap DAP sebagai musuh politik, jangankan calon DAP bendera DAP pun susah nak nampak dekat Kelantan. Sekarang puak-puak PAS sendiri yang julang bendera DAP di Kelantan. Syabas puak PAS. Memang benar kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa.
Kalau ikut jumlah ahli jauh PAS lebih ramai dari PKR. Sepatutnya pimpinan PAS menjadi Perdana Menteri dan PKR sebagai pencacai PAS saje. Tapi keadaan dah terbalik. Minoriti memerintah majoriti.
Berpuluh tahun PAS berjuang. PKR baru setahun jagung nak dinobatkan sebagai boss di dalam Pakatan. Kalau aku lah...NO WAY..PAS seharusnya menjadi tunjang dalam Pakatan.
Apa yang PKR ada yang PAS boleh tumpang? PKR sekadar nakkan agihan kerusi dari PAS. Kalau PKR berjuang sendiri, alamatnya tak delah kerusi yang PKR boleh menang. Takpe puak puak PAS orangnya baik hati dan berhemah..apa salahnya bagi kerusi pada kawan-kawan. Boss besar dalam PAS nak cicir pun takpe..Dalam kabinet bayangan Pakatan, Hadi Awang sekadar jadi Menteri? Kalau aku lah..NO WAY..Setidak-tidaknya Nuar Berahim dah pernah jadi Timbalan Perdana Menteri..apa yang pernah PAS dapat setelah berpuluh tahun berjuang.
Ramai pulak puak-puak PKR dalam kabinet bayangan. Kau puak-puak PAS sekadar jadi tukang sorak je lah bila menang dalam pilihanraya. Yang sedut faedah dengan jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah orang lain yang menumpang tuah atas perjuangan PAS.
Sudah-sudahlah tu..Tanpa PKR dan DAP pun PAS mampu menang..Aduhai PAS..
PAS DARI DULU SAMPAI SKRG HIDOP DLM BAYANG2 JEK BROO. PRINSIP PARTI SESAT = BIAR JADI PENCACAI ASALKAN AKIDAH AGAMA ROSAK KEHKEHKEH
ReplyDeleteSalam bro,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Semoga persahabatan kita akan tetap berkekalan ~ BH