Kalau nak tau apa jadi pada perjuangan yang tidak ikhlas, ambil saje contoh apa yang berlaku pada parti mata satu sekarang. Takde orang yang suruh berdemo, takde orang yang suruh keluar parti, takde orang yang suruh pucuk pimpinannya berhenti, takde orang yang suruh bawa soal pemilihan sampai ke mahkamah, takde mana-mana parti yang sampai baling kerusi dalam mesyuarat tapi semua tu ada dalam PKR.
Dah macam-macam hal jadi, pucuk pimpinan terus senyap sunyi. Tak mau komen dan ambil tindakan. Nak salahkan UMNO sebagai punca taklah bilangan seramai itu puncanya didesak UMNO..tak logik. Jadi asas untuk menyalahkan UMNO tidak boleh digunapakai, jadi jalan yang terbaik adalah mendiamkan diri.
Tahun 1998, rakyat Malaysia diajar erti demokrasi kononnya menjunjung reformasi untuk menegakkan keadilan. Sekarang, orang yang berdemo untuk menjunjung reformasi itu pulak yang berdemo menentang partinya sendiri. Kenapa orang yang bercita-cita tinggi nak jadi Perdana Menteri tu diam seribu bahasa? Kalau ahli parti yang bilangannya tak seramai mana pun tak boleh nak kawal eloklah lupakan aje soal nak jadi Perdana Menteri tu. Jauh panggang dari api.
Sudahlah tak layak nak jadi Perdana Menteri, bila Perdana Menteri Australia puji Malaysia dia kata pulak sebagai penghinaan. Sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya kita merasa bangga apabila pemimpin negara lain memuji negara kita. Kalau dah rakyat Malaysia sendiri tidak mahu merasa bangga dengan pujian itu, maka siapakah yang hina?
Tapi apapun aku tak salahkan dia kalau dia mendiamkan diri apabila berdepan dengan masalah ni. Mana nak fikir secara waras...kes liwat tak selesai lagi, ahli keluar parti berduyun-duyun, kekuatan BN bertambah, angan-angan nak jadi Perdana Menteri nak letak mana, pilihanraya Sarawak dah dekat, PRU 13 pun nak fikirkan lagi, rakyat dah makin tak percaya temberang dia, rakyat dah tau dia kuat kencing, apa lagi nak pusing..Fuhh..berapa punya banyak nak kena fikir..kalau akulah elok aku berhenti je dari politik dan jaga cucu dekat rumah..setidak-tidaknya ada cucu yang masih sayang kalau rakyat Malaysia dah benci.
Tulah dulu kau jugak yang ajar orang suruh berdemo atas jalanraya sekarang kau hadaplah sendiri ilmu yang dah makan tuan tu. Ahli-ahli parti kau dah mula sedar kau punya temberang. Apa lagi kau nak pusing? Kalau kau dah lupa suka aku nak ingatkan, orang kata Malaysia ni bumi berdaulat..abis apa yang kau hadapi sekarang ni kena daulatkah?
p/s : Tengah siapkan pantun..pembayangnya dah ada..maksudnya saja yang belum siap.." Dari rumah ke Putrajaya..singgah sebentar di Sungai Buloh"...
No comments:
Post a Comment