Tuesday, November 30, 2010

Blogger kurap?

Aku ingat Pemuda UMNO Malaysia saje yang diklasifikasikan sebagai geng dan puak elitis..Rupanya ada jugak bloggers yang dianggap elitis oleh blogger lain..Lagi fenomena baru dalam Malaysia..

Ada yang mengeluarkan istilah blogger nyamuk dan blogger elitis..Siapa yang klasifikasikan atau mengkategorikan blogger sama ada nyamuk atau elitis?Alexa? Boleh ke kita percaya dengan ranking?Kalau hari-hari kita klik blog sendiri mesti naik ranking..Jadi pulak elitis yang masuk bakul angkat sendiri...Tak ikhlas dan hipokrit namanya tu....

Soal elitis tak elitis ni timbul dalam satu forum tertutup seperti yang Dato' Zaini Hasan katakan dalam kolum Cuit Utusan Malaysia. Mungkin ada yang berasa kecil hati kerana tidak dipanggil hadir ke forum tu..Ada benarnya..Tapi rasanya kalau soal kecil hati menjadi isu, bukan semua yang harus dipanggil hadir ke majlis itu..Sebabnya? Sebabnya bilangan blogger yang mesra-kerajaan sekarang ni seperti cendawan tumbuh selepas hujan..Boleh buat di Stadium Nasional Bukit Jalil..Mungkin akan dibuat secara berperingkat.

Pada aku soal dipanggil atau tidak ke forum itu tidaklah seharusnya dijadikan satu isu. Kepentingan perjuangan yang dipentingkan atau perjuangan mencari nama dan hits yang diutamakan? Seeloknya kita anggap saja, perjuangan menulis mempertahankan negara ini sebagai satu ibadah yang pastinya dijanjikan pahala. Itu yang lebih penting.

Matlamat utama adalah untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke 13..Tiada yang lebih penting dari itu. Kepada yang dijemput hadir ke forum tertutup itu..janganlah pula mendabik dada dan beranggapan 'akulah blogger tersohor'. Apalah gunanya hits mencecah jutaan sekiranya Barisan Nasional gagal dalam pilihanraya. Kepada yang dikategorikan sebagai blogger elitis, jenguk-jenguk dan intai-intailah nyamuk di bawah. Jangan sudah berada di langit tanah dipijak terus dilupakan.

Kepada nyamuk-nyamuk di bawah..Buang saje rasa rendah diri..Duduk semeja dan saling menghormati. Anggap saje blogger elitis sebagai komandan perang dan sebagai 'abang' yang pastinya ada ego sendiri. Kalau pandai mengambil hati 'abang'..rasanya kasih abang pada adik pastinya ada. Cuma harapan 'abang' tidaklah kedekut ilmu.

Aku yang langsung tidak ada hits tidak pernah kecewa atau rasa terpinggir. Pada aku kasih pada Barisan Nasional dan UMNO itu yang aku utamakan. Biarpun sedemikian keadaannya...aku masih duduk semeja dengan blogger elitis dan blogger nyamuk kerana pada aku, perjuangan yang aku junjung adalah sama dengan mereka..MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO. Pada aku, blog adalah tempat menzahirkan rasa dan perasaan yang tidak mungkin boleh aku luahkan pada kerajaan dan orang lain..Biar tidak dibaca..setidak-tidaknya aku puas..Marah dan perasaan geram jangan disimpan..hanya akan menjadi barah.

Katalah apa saje..nyamuk atau elitis..aku tidak pernah hairan kalau aku dikategorikan sebagai banjingan atau kurap kerana aku hanya mengharapkan kemenangan Barisan Nasional dan UMNO sekaligus keamanan Malaysia. Memadailah jika apa yang aku lakukan ini hanya mendapat restu dan keredhaan Allah s.w.t..

Elitis dan nyamuk...Damai-damai saja antara kamu.

Aku menulis bukan kerna nama!!!!!!!

4 comments:

  1. Syabas Bro,
    Menulis bukan kerana nama....blog aku pun tak berwajah @ tak bernama

    ReplyDelete
  2. banyak nau ler nyamuk dan elitis... cetttt... mujur ler bebudak pakatan ini jam dah tak berapa ghairah nak menulis... cuba depa pakat rajin balik nulis macam dulu-dulu...

    Saya bukan nak membesarkan diri... maaflah kalau ada yang bersangka begitu... satu kewajipan saya, sekalipun saya bukanlah blogger sepenuh masa ialah mendapatkan info-info daripada blog kedua-dua belah pihak... adakalanya blog-blog nyamuk ada skop berita yang jauh lebih menarik berbanding blog-blog yang KUNUN-KUNUNNYA elitis yang banyak bersandar kepada pemberitaan atau isu-isu yang dikeluarkan oleh blog-blog nyamuk, malah kupasan mereka pun sekadar first layer atau janji nampak terkupas sahaja..

    Jadi, bagi saya, tidak perlu ada rasa inferiority complex atau underistimate kekuatan sendiri kerana kita tidak pernah kenal siapa pengunjung blog kita... ini trend masakini dan kerana trend itulah, semakin ramai blogger baru muncul yang mesra kerajaan...

    Saya hairan, macam mana orang begitu mendabik dada yang mereka ELITIS dan orang lain sebagai elitis, walhal dalam dunia maya ini, kita semua adalah sama... tak tahulah kalau bil elektrik depa kadarnya lain daripada kita, bil broadband atau streamyx atau Provider WiFi depa jauh lebih mahal berbanding kita yang bukan setakat nyamuk tapi setaraf tungau nih...

    ReplyDelete
  3. Alangkah kalau baiknya tidak diwujudkan jurang sesama kita..

    ReplyDelete
  4. ..jgn perasan & jd bloggers syiok sendiri dah!

    ReplyDelete