Sunday, October 24, 2010

Galas: Beranikah bersumpah?

Kecoh betul calon PAS di Galas sampai nak saman UMNO Online kerana dikatakan menfitnah dia berkhalwat.

Kalau benarlah calon PAS tu difitnah berkhalwat, orang-orang alim dalam PAS termasuk wali selipar takkan tak boleh nasihatkan calon PAS tu supaya bersumpah menafikan dakwaan tersebut. Takkanlah sebagai sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam tak percaya dengan sumpah menjunjung Al-Quran. Takkanlah kalau dah berani menjanjikan syurga masih takut nak bersumpah kalau perkara itu dikatakan fitnah.

Yang dituduh meliwat tu sampai sekarang tak berani bersumpah..Tapi aku tak hairan sangat pasal parti dia tu bukan parti yang dikatakan memperjuangkan Islam..Tapi calon PAS ni, kenapa tak nak bersumpah? Al-Quran tu adalah mukjizat dan sebaik-baik hakim..Takkanlah benda asas macam ni pun PAS tak nak praktikkan?

Kita tunggu dan lihat sama ada calon PAS ini berani bersumpah menafikan dakwaan tersebut.

p/s: Perdana Menteri difitnah lagi dahsyat sampai dikaitkan dengan kes seorang perempuan Mongolia..tapi Perdana Menteri tenang dan tidak melatah malah berani bersumpah di dalam masjid. Orang-orang PAS kena belajar erti ketenangan macam Perdana Menteri kita..Janganlah melatah dengan perkara-perkara seperti ini kalau benar beriman..Bukankah setiap musibah itu adalah ujian dari Allah dan setiap ujian itu adalah tanda Allah masih kasihkan kita..Apa lu gelabah sangat ni bai? Teringat pulak dengan peribahasa 'kalau takde angin masakan pokok bergoyang'.

3 comments:

  1. First time aku dengar dalam dunia ni, ada orang khalwat dengan ibu sendiri. Ish, kalau camtu susah ler anak-anak lelaki, bapak tak de rumah pun kira khalwat dgn ibu ker??? Oh...lupa..ini satu lagi fatwa baru Ulama UMNO kut... Yelah... kalau dulu che det kata Al-Quran kena tafsir semula (maknanya tak sesuai sepanjang zaman ler..). Ulama UMNO memang hebat-hebat, jadi pelacur pun boleh kalau terdesak..

    Hmm SUMPAH... cuba kaji balik konsep sumpah dalam ISLAM, apa situasi yang dibenarkan bersumpah, dan sumpah itu boleh dihapuskan sendiri oleh orang yang bersumpah (puasa jer 3 hari). oh lupa, sekarang ni fatwa Ulama UMNO hebat-hebat....

    Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam usah harungi, jika Islam hanya pada nama (macam bik mama mengerbang), usah kecoh pasal hukum-hakam, makin lama UMNO makin nampak jahil.

    ReplyDelete
  2. Apakah makin lama PAS memerintah makin terserlah membawa masuk kesyurga. Syurga mana tu? Aku nak tanya, apakah UMNO tak merperjuangkan ISLAM selama ini. Dimanakah Anon Oct 25 sembahyang jumaat setiap minggu. Bukan Mesjid yang dibina oleh orang UMNO. Tanya Nik Aziz, berapa mesjid yang dia dah bina selama 22 tahun? Dulu di zaman Rasullulah, semua berhala di robohkan dan bina banyak rumah ibadat untuk umat ISLAM. Tapi apa yang PAS buat sebaliknya... Dimanakah ada patung berhala terbesar di Malaysia???? Cuba jawab...

    ReplyDelete
  3. beginilah kefahaman yg taksub dgn umno..bina masjid dah dikatakan memperjuangkan islam...kalau bina satu juta masjid pun belum islamik dong..kalau tidak diisi dgn ibadat..kalau setakat bina masjid untuk pelancongan dan kemegahan buat apa..rasanya kau perlu belajar lagilahh..mana islamik dan tidak islamaik..

    ReplyDelete