Monday, October 18, 2010

Rocky-Rais: Cukup-cukuplah

Sudah masuk minggu kedua 'salah-faham' antara Rocky-Rais mewarnai dunia blog pro-BN. Ada yang cuba mencipta pelan perdamaian dan ada pula yang cuba mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak. Cukuplah..jangan kita mempertikaikan pandangan masing-masing kerana dalam pepatah Melayu belum ada mana mana manusia yang mengaku 'berak di tengah jalan'.

Alhamdulillah, hari ini khabarnya sudah ada lampu hijau dan keinginan dari Perdana Menteri untuk cuba mencari jalan penyelesaian terbaik di dalam menangani isu Rocky-Rais. Harap-harap dengan adanya kata seperti itu dari Perdana Menteri, diharap semua bloggers bertenang dan jangan terus menduga akan sesuatu yang masih belum pasti. Spekulasi-spekulasi hanya akan memburukkan keadaan.

Kita sudah terlalu hampir dengan Pilihanraya Kecil Galas dan Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Objektif kita adalah untuk menang kedua-duanya. Jasa dan bakti saudara saudari ditagih untuk membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional.

Ingatlah, kalau saudara-saudari percaya akan kewibawaan Perdana Menteri seharusnya kita biarkan perkara ini diselesaikan oleh Perdana Menteri. Kita terima apa sahaja jalan penyelesaian yang difikirkan baik oleh Perdana Menteri. Harus dan barang diingat, Perdana Menteri ibarat 'ayah' kepada kita. Baik Rais mahupun bloggers haruslah menghormati apa saja keputusan dari seorang ayah. Rasanya dalam dunia belum ada ayah yang membawa kepada kebinasaan.

3 comments:

  1. Pohon promosi blog kami. Terima kasih.

    - Galas untuk BN -

    ReplyDelete
  2. apa daaa... kasi can la menteri tunjuk skil... heheh

    ReplyDelete
  3. untuk sesiapa yg berkenaan sahaja.

    menteri2 yg faham kalimat akhir PM semasa PAU elok packing siap2..termasuk menteri kao! selamat belayar!

    ReplyDelete