Thursday, October 7, 2010

Galas: 4hb Oktober Hari Khamis..Kenapa rungsing?

Dalam Malaysia, adakah negeri negeri yang cuti amnya jatuh pada hari Khamis? Kalau soal tarikh pilihanraya Galas yang jatuh pada hari Khamis membawa kebimbangan kepada Nik Ajis kerana hari Khamis adalah hari bekerja maka sepatutnya kebimbangan yang sama seharusnya dirasakan oleh Barisan Nasional.

Adakah Nik Ajis merasakan bahawa semua pengundi yang menyokong dan akan mengundi Barisan Nasional di Galas adalah merupakan di kalangan mereka yang tidak bekerja? Agak keliru mengapa Nik Ajis dipetik sebagai berkata bahawa SPR hanya mementingkan Barisan Nasional di dalam pemilihan tarikh pilihanraya? Adakah SPR jika hanya mementingkan Barisan Nasional tahu bahawa pengundi pengundi Barisan Nasional di Galas adalah di kalangan mereka yang tidak bekerja? Adakah PAS tahu bahawa jika diadakan pilihanraya pada hari bekerja maka mereka akan tewas?Atau adakah ini sebagai satu alasan awal yang boleh digunapakai sekiranya mereka tewas di dalam plihanraya itu nanti?

Ada suara yang kedengaran berkata, bahawa jika diadakan pilihanraya pada hari Khamis iaitu pada hari bekerja..adalah sukar untuk mana mana parti membawa balik pengundi-pengundi Galas yang bekerja di luar Galas...tapi sepatutnya kesukaran ini turut sama dirasai oleh Barisan Nasional..kenapa hanya PAS yang merungut? Macam dah ada di ambang kekalahan saja nampak gayanya..Alasan akan tetap kekal sebagai alasan.

2 comments:

  1. pala hotak diorang... Cuti hujung minggu di kelantan adalah hari Jumaat. Adakah pilihanraya nak dibuat pada hari Jumaat? Nanti bagi alasan pulak sengaja pilih hari tu supaya orang Islam tak leh sembahyang jumaat.

    Lagipun hari Khamis adalah hari Sabtu di negeri-negeri lain.... hari sekerat hari bekerja...

    Nak bising apanya....

    ReplyDelete
  2. Both of you are moron.

    ReplyDelete