Monday, June 21, 2010

Melayu yang makin layu

Kalau dulu penuh bangga orang Melayu menyebut perkataan inilah Tanah Melayu..hari ini orang orang Melayu sendiri yang mula menghukum Melayu. Entah di mana silapnya bila Melayu lupa bahawa Melayu cuma tinggal kuasa. Kalau hendak dibandingkan kuasa ekonomi Melayu dengan bangsa lain mungkin Melayu sudah tidak terjangkau untuk mencapai apa yang orang lain capai. Kalau ada pun Melayu yang berdaya saing di dalam ekonomi, semuanya hanyalah dengan bantuan kerajaan yang tuannya Melayu.

Baik dari kontraktor kelas A hinggalah ke kelas F Melayu, majoritinya hidup dengan tender tender kerajaan. Kalau tidak mungkin dah lama gulung tikar. Dengan hanya kemampuan itu sahajalah Melayu masih bernafas, itupun ada Melayu yang tak sedar diri dengan apa yang telah kerajaan Melayu buat untuk Melayu.

Beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini jelas menampakkan bahawa Melayu sudah tidak lagi mempunyai kuasa penentu undi kemenangan. Apa tidaknya, Melayu sudah terpecah tiga..UMNO, PAS dan PKR. Itu belum lagi mengambil kira Melayu yang tanpa segan silu mengibar bendera roket. Lihat sahaja bagaimana melimpah ruah rezeki kaum lain bila adanya pilihanraya kecil. Bukan soal ratusan ringgit tetapi mencecah kepada angka jutaan ringgit. Walhal Tanahnya Melayu dan pimpinannya juga adalah Melayu. Tetapi Melayu terpaksa merayu untuk mendapat kuasa di tanahairnya sendiri.

Yang tinggal hanyalah kampung kampung Melayu. Itupun ada kampung Melayu yang hendak diserahkan kepada bangsa lain untuk dimajukan. Mungkin kerajaan Melayu sudah lupa dengan peribahasa ' seperti Belanda dapat tanah' dan peribahasa 'sikit sikit lama lama jadi bukit'. Mungkinkah akan runtuh bukit Melayu?

Friday, June 18, 2010

Bila Najib berjalan sendirian

Betapa baik dan hebatnya pun Tok Najib kalau sering dibiarkan sendirian tidak ada gunanya. Betapa baik dan hebatnya program program yang Tok Najib cuba lakukan apalah gunanya sekiranya beliau berjalan sendirian. Sejak menjadi Perdana Menteri, Tok Najib sering bersendirian menghadapi asakan dari Pakatan. Tidak ada kelibat kelibat bapak bapak Menteri yang mempertahankan Tok Najib. Kalau ada pun yang dilihat mempertahankan Tok Najib cuma dari orang nombor dua..Timbalan Perdana Menteri.

Bapak bapak Menteri yang lain ke mana ghaibnya..Terlalu asyik dengan kedudukan atau takut untuk bersuara kerana khuatir sekiranya tersilap dan terlepas cakap maka akan kehilangan kerusi sebagai Bapak Menteri?Jika kebijaksanaan diambil sebagai kayu pengukur untuk menjadi Bapak Menteri apa yang perlu dikhuatirkan? Soalnya benarkah kebijaksaan diambil kira untuk menjadi Bapak Menteri?Bijakkah Bapak Bapak Menteri?

Sayangnya Tok Najib tidak ada Panglima Perang yang boleh mempertahankannya..Kalau ada pun sekadar Pemberi Amaran Tegar...Bila bila masa amaran boleh ditarik balik bila diasak..

Sudah banyak siri pilihanraya kecil...tidak semua muka Bapak Bapak Menteri yang kelihatan membantu Tok Najib..Kalau nak dikira harga minyak mahal untuk ke kawasan pilihanraya rasanya Bapak Bapak Menteri tidak perlu fikirkan itu semua..Kalau nak dikira bilik hotel mahal..rasanya Bapak Menteri tidak pernah fikirkan urusan itu semua..Jadi apa yang sebenarnya...Malas atau tak tahu nak buat apa bila ke medan pilihanraya..Soalnya kenapa?Rasa kekok untuk duduk bersama rakyat di warong warong kopi dan menjamah goreng goreng pisang yang sedikit dihinggapi lalat di kampung? Atau perlukah dibentangkan permaidani merah untuk menyambut Bapak Menteri di kawasan pilihanraya? Bila menang, Bapak Menteri akan cakap..inilah kehebatan kita..Bukan ke yang teruk membantu adalah jentera jentera yang siap siaga meninggalkan keluarga berminggu minggu untuk berjuang demi parti tercinta?

Tun Mahathir secara sini kata sekarang masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya umum?Bapak Menteri yang bijak bijak jangan pula anggap yang Tun Mahathir cakap itu satu fakta sebaliknya anggap saja satu sindiran untuk Bapak Bapak Menteri yang bijak..Garu-garu kepala, siapa yang popular...Tok Najib atau BN yang popular?

Monday, June 14, 2010

Asyiknya Melayu

Sudah agak lama aku tidak menukilkan apa apa di ruangan ini...Sejak selesai pilihanraya kecil Sibu, aku mengambil pendekatan untuk menjadi Melayu yang tidak bersuara kerana di luar sana sudah terlalu banyak Melayu yang bersuara biarpun bersuara semata mata untuk menoreh hati Melayu lain hanya kerana mengejar kuasa.

Kembali untuk membangkitkan semangat, aku mengambil keputusan untuk meninjau keadaan semasa persidangan di Parlimen hari ini. Mudah mudahan selepas kata sepakat diperolehi oleh ahli ahli Parlimen Melayu dari PAS dan UMNO berhubung kecaman terhadap kekejaman Israel, amat besar harapan aku untuk terus melihat pimpinan Melayu UMNO dan PAS bersatu atas nama Melayu. Mungkinkah akan ada harapan ke arah itu?

Meleset dan kembali membangkitkan rasa gelora aku bilamana semasa persidangan Parlimen tadi, Melayu terlalu angkuh menghentam Melayu. Melayu PAS terlalu angkuh dan bangga diri bila dapat menghentam pimpinan UMNO yang pastinya adalah Melayu. Tidak pulak ada kedengaran Kit Siang menghentam Soi Lek, tidak ada pulak dengar Karpal menghentam Samy Vellu. Yang ada cuma Melayu hentam Melayu.

Seakan menjadi satu budaya baru sekarang ini, setiap kali menyebut perkataan kerajaan dari mulut pimpinan pembangkang, yang disebut ialah : Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Apa yang perlu disebut perkataan tersebut? Mudah..sejak dari dulu..Barisan Nasional kuat dan utuh kerana UMNO..Pakatan masih belum mampu merobek Barisan Nasional kerana adanya UMNO..Menyedari akan perkara pokok itu tentulah untuk merobek Barisan Nasional perlulah digoyahkan UMNO sebagai akar tunjang..Runtuh UMNO..runtuh Barisan Nasional..dan Melayu PAS perlu sedar sekiranya runtuh UMNO maka runtuhlah Melayu..Segagah mana PAS boleh mempertahankan Melayu? Nuar Berahim mencadangkan agar Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri..PAS kelu tak bersuara..Melayukah PAS? Hukum hudud yang mahu dilaksanakan PAS sudah boleh dianggap sebagai lagenda..Mana asasnya PAS memperjuangkan Melayu Malaysia?

Suka aku bertanya kepada pimpinan PAS...dalam Barisan Nasional mungkinkah semuanya cuma UMNO yang silap?Maksumkah pimpinan MCA, MIC dan maksumkah pimpinan PKR dan DAP sehingga seperti tidak tampak cacat celanya dan tidak langsung boleh ditegur? Mungkin PAS terlupa bahawa dulunya Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu...tentunya PAS kenal mana yang Melayu dan mana yang mengkudakan Melayu...

Sunday, June 6, 2010

Hilangkah Setiausaha Politik?

Setiausaha Politik...jawatan besar di Pejabat bapak Menteri..Dulu masa kecik kalau aku dengar nama Setiausaha Politik boleh jadi gerun satu badan dan boleh tabik spring dibuatnya..Suatu ketika dulu semasa zaman sekolah pernah aku terserempak dengan seorang Setiausaha Politik, Setiausaha Politik sapa tah aku pun tak tahu...Nampak dia aku jadi gerun dan terasa besarnya jawatan yang disandang..mungkin kerana terlalu hampir dengan bapak Menteri..Itu dulu...sekarang sudah lain dan ramai orang yang dah mungkin lupa wujudnya jawatan itu di pejabat bapak Menteri.

Dah banyak siri pilihanraya kecil berlangsung..kelibat Setiausaha Politik jarang jarang benar kelihatan..Benar..tugas Setiausaha Politik adalah membantu bapak Menteri mereka tapi rasanya tak salah kalau Setiausaha Politik membantu parti. Ada orang kata Setiausaha Politik ni membantu bapak Menteri tapi dalam pilihanraya kecil..kelibat bapak Menteri yang lebih kerap nampak dari kelibat Setiausaha Politik sendiri. Apa tugas Setiausaha Politik sebenarnya pada masa ni?Aku keliru..takkan dengan jawatan yang sebesar itu tidak ada apa yang disumbangkan.

Ada orang kata ada segelintir Setiausaha Politik kerjanya mengangkat beg bapak Menteri..Kalau betullah keadaan tu dah jadi peon pulak Setiausaha Politik..Tapi bila fikirkan balik..ramai Timbalan Menteri pun orang tak kenal inikan pulak Setiausaha Politik..

Kita nak tengok bila Setpol Setpol ni akan lebih agresif untuk membantu parti...Kalau jawatan sebesar tu tapi sibuk mengangkat beg eloklah serahkan pada orang lain yang lebih bersedia untuk memberi idea idea bernas..

Wednesday, June 2, 2010

Kau tahu dan aku pun tahu

Orang kata perubahan dalam diri adalah perubahan yang paling besar...UMNO macam mana?Ubahlah Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Ketua Wanita...eh segalanya jenis bapak ketua lah boleh UMNO ubah..kalau setakat ubah atas nama ketua macam tak ada...orang Malaysia termasuk aku nak melihat UMNO berubah dari segi sikap..Percayalah kami orang orang Malaysia kasihkan UMNO tetapi adakah pemimpin UMNO kasihkan UMNO seperti mana kami kasihkan UMNO?

Ibarat dah kena tempeleng dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, pimpinan UMNO nampak masih merasakan dunia ini terlalu selesa buat dia orang..Tak mau ambil iktibar dan tak mahu berubah untuk kesejahteraan..

Aku tak tahulah sama ada pimpinan UMNO lebih lebih lagi yang duduk dalam kem Pemuda tu sedar atau tidak...UMNO ni ibarat akar tunjang di dalam Barisan Nasional..UMNO telah melakar sejarah semasa mencapai kemerdekaan...Ramai yang irihati dan memandang dengan hasad bagaimana UMNO menjadi hero kepada ketuanan Melayu...Secara teori akal...kalau nak lemahkan sesuatu benda tumbangkan dulu akar tunjangnya maka seluruh bahagiannya akan roboh..Aku rasa ni satu falsafah sains masa aku dalam sekolah rendah dulu..Kalau Pemuda UMNO dah pakai Harrier dan macam macam kereta mewah takkan teori mudah macam ni tak boleh nak baca..Atau Pemuda sudah tidak pedulikan Melayu lagi?Suatu ketika dulu, anak anak muda di kampung, gah dan bangga sangat bila dekat belakang jersi mereka tertulis nama Pemuda UMNO tapi sekarang anak anak muda di kampung dah buat baju Pemuda untuk lap motor.

Aku kasihan tengok Pak Najib...Rombaklah berapa kali pun kabinet tapi masih belum nampak kelibat panglima perang Pak Najib..Semua macam guru besar sekolah je tarafnya...Seburuk buruk Pak Lah dulu ada juga 'baby' yang kabinetnya beri untuk membolehkan Pak Lah bercakap ke sana ke sini..Siapa yang lupa dengan blueprint biotechnology, siapa yang lupa macam mana kembang kempis hidung rakyat Malaysia bila tengok angkasawan Malaysia naik ke ISS...Itu zaman Pak Lah yang orang andaikan sebagai Perdana Menteri yang lemah..Pak Najib yang jauh lebih bijak ni...apa yang kabinet telah beri pada sebagai 'baby' kepada Pak Najib..?Kalau ada pun dasar dan 'baby' yang dikeluarkan zaman Pak Najib semuanya menjadi kontroversi...

Dalam siri Pilihanraya Kecil yang telah lalu...tak nampak semua kelibat Ahli Majlis Tertinggi turun padang...Masa ubah perlembagaan UMNO dalam Perhimpunan Agong yang lalu..nampak semua akan jadi elok..tapi sekadar impian dan harapan..

Yang ada sekarang, cuma kasihnya para bloggers pada UMNO...Bloggers haprak dan jalanan agaknya lebih kasihkan UMNO dari pimpinan UMNO..Ayuh sahabat bloggers kita pertahankan UMNO biarpun selemah mana dan sebusuk mana orang menganggap UMNO..Menyokong dan beralih pada Pakatan tidak sama sekali...Orang kata sebagai bahan jenaka orang orang PAS kalau di toreh tangannya akan mengeluarkan darah berwarna hijau tapi bagi kami...kalau tertorehnya tangan akan terkeluar bendera UMNO...Pemuda UMNO jangan pulak..kalau terpegang dompet akan tersembur keluar ringgit ringgit Malaysia...Kau tahu dan aku pun tahu...

Orang memberi kita merasa, orang tak beri pun kita merasa


Orang Melayu ni memang terkenal dengan budi bahasa yang tinggi dan kuat berpegang pada budaya..Macam macam pepatah yang digunapakai apatah lagi orang yang terkenal dengan gila bahasa dan orang orang sastera yang suka berpuisi dan mengeluarkan perkataan baru. Dalam politik pun orang orang Melayu terbawa bawa dengan perangai dan budaya macam ni. Kalau dulu ada peribahasa..'orang memberi kita merasa' sekarang ditokok tambah oleh orang politik Melayu...'orang memberi kita merasa, orang tak beri pun kita merasa'

Dulu masa zaman Tun Mahathir, semasa Perhimpunan Agung MCA, ada usul meminta supaya diwujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2 di kalangan orang Cina tapi nasib baiklah Tun Mahathir bertegas ketika itu untuk tidak melayan usul tersebut..

Kali ni, Melayu lagi berani dan menjolok mata. Dalam tidak ada angin dan tidak ada permohonan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri ke 2 dari kalangan kaum Cina, ada pulak Melayu yang menawarkan jawatan tersebut pada orang Cina. Ni Melayu jenis apa kau orang lah kategorikan..Melayu yang macam ni dah lupa yang kerajaan yang ada di Malaysia ni bukan kepala bapak dia punya tapi Yang DiPertuan Agong punya..jadi yang dia biarpun bangang tapi nak tunjuk pandai kepala hotak apa..

Tak apalah..mungkin lepas ni ada tambahan lagi pada peribahasa..orang memberi kita merasa..orang tak beri pun kita rasa....Biar mati anak, jangan mati adat...sah Melayu makin bangang...