Monday, November 30, 2009
Adakah ulamak mendoakan musibah??
Dari dulu sudah Jebat katakan bahawa Nik Aziz bukanlah ulamak sebenar..dan Jebat tidak pernah menganggap Nik Aziz sebagai ulamak..Banyak peristiwa dan tingkahlaku Nik Aziz yang menggambarkan bahawa dia bukanlah ulamak..Jebat selalu pusing satu Malaya berjumpa dengan orang orang yang diakui alimnya..cuma untuk penulisan di sini tidak perlulah didedahkan nama nama orang yang diakui alimnya kerana Jebat rasa orang orang yang diakui alimnya itu tidak mahukan publisiti kerana sepanjang Jebat berjumpa dengan orang orang tersebut tidak sekali pun kedengaran di telinga Jebat yang mereka mengakui kealimannya sebaliknya banyak merendah diri dan memuji muji kealiman orang lain.
Berbeza benar tingkahlakunya dengan Nik Aziz yang semacam sudah terlalu riak dan angkuh dengan ilmu agama yang di pelajarinya..Dan sekarang Nik Aziz mendoakan kebinasaan Perdana Menteri Malaysia..Kita tolak tepi soal politik cuma kita sama sama renungkan yang Nik Aziz doakan kebinasaannya adalah seorang pemimpin negara dan lebih dari itu yang Nik Aziz doakan kebinasaannya adalah seorang ISLAM.
Jika benar Nik Aziz itu ulamak sudah barang pasti dia tidak akan berdoa sedemikian rupa sebaliknya haruslah mendoakan kesejahteraan pemimpin. Dan apakah Nik Aziz lupa yang dia bukanlah Tuhan yang boleh menjatuhkan hukum dan membinasakan orang lain?
Jika benar Nik Aziz ulamak sudah berapa kali dia mendoakan kehancuran UMNO dan BN tetapi sehingga artikel ini ditulis UMNO dan BN masih lagi menjadi parti pemerintah. Doa orang yang tidak dimakbulkan Tuhan sudah barang pasti ada yang tidak kena dengan orang berdoa itu. Semua orang tahu keadaan ini. Tidak adakah karamah pada Nik Aziz yang dianggap ulamak oleh orang orang PAS kerana sudah beberapa kali berdoa tetapi doanya tidak dimakbulkan Allah.
Jika benar Nik Aziz ulamak dan alim adalah lebih baik dia mendoakan Kelantan agar jauh dari bencana banjir yang boleh mengancam kesejahteraan rakyat Kelantan..Atau adakah doa Nik Aziz hanya tertumpu kepada doa mencari kedudukan di dalam politik?
Marilah kita mendoakan kesejahteraan Malaysia dan para pemimpinnya diberi hidayah oleh Allah untuk terus memimpin dengan sebaik mungkin..Percayalah Allah jua yang maha mengetahui dan Nik Aziz tidak punya upaya untuk membinasakan makhluk Allah..Ajal maut adalah ketentuan Allah dan tidak perlu kita gusar dengan doa Nik Aziz tersebut..
Wednesday, November 18, 2009
Pakatan Rakyat:Cabar BN biarkan kota DUN Kota Siputeh Kosong??
Jebat petik ambil tajuk tersebut dari harakahdaily yang mana Pakatan mencabar UMNO membiarkan DUN Kota Siputeh kosong. Kenyataan dibuat oleh budak Permatang Pauh sambil ditemani oleh Hadi Awang dan Lim Kit Siang.
Wah..suka suka cakap je budak Permatang Pauh cabar UMNO untuk tidak membuat rayuan di mahkamah..
Apa cerita kes mahkamah budak Permatang Pauh tu dengan Shaiful? Dah lama sangat tertangguh..Nak mintak macam macam bukti dan masa kes liwat dia yang dulu dengan Sukma dan beberapa nama lagi pandai pulak dia merayu.
Inilah kata orang..apabila kena batang hidung sendiri benda yang salah pun nampak betul tapi apabila kena batang hidung orang lain yang betul pun nampak salah. UMNO cuma sekadar menggunakan saluran perundangan yang betul dan rayuan di mahkamah adalah satu proses yang sememangnya telah digariskan di dalam sistem perundangan Malaysia. Budak Permatang Pauh ni jangan pulak nak menidakkan perkara ni. Apa kata kita cabar budak Permatang Pauh tu untuk ikut je apa keputusan mahkamah berhubung kes liwat dia dengan Shaiful dan jangan guna apa apa cara untuk menidakkan perintah mahkamah dan jangan nak melambatkan proses perbicaraan tersebut..
Cakap memang murah dan mudah..Buka pekung di dada sendiri nampaknya budak Permatang Pauh ni..
Tuesday, November 17, 2009
Maka Bankraplah Selangor
Budak Permatang Pauh tu akan jadi penasihat ekonomi Selangor pulak..Macam kata Tun Mahathir apa yang budak tu tau pasal ekonomi..Budak tu kalau bab bab sastera dan bahasa bahasa bombastik ni dia taulah.
Si Khalid gagap tu apasal sampai nak ambik penasihat ekonomi? Dah tak percaya dengan kemampuan sendiri untuk mentadbir atau memang tak tau mentadbir? Atau dah tak yakin dengan bayangan Azmin Ali (budak yang baru didedahkan kaya raya tu) yang khabarnya akan duduk kat kerusi empuk Menteri Besar di SUK Selangor..Dah le Khalid gagap elok ko berenti je..Nampak sangat ko tak mampu nak tadbir Selangor.Negeri yang semua orang anggap sebagai lombong mas pun kau tak boleh nak jaga inikan pulak nak jadi menteri pusat kalau budak Permatang Pauh tu jadi Perdana Menteri. Alamat melingkup Malaysia ni.
Budak Permatang Pauh tu pun dah diuji kebodohan dia kata Tun Mahathir..Sibuk dengan IMF masa kemelut ekonomi dulu..Kalau tak kerana kebijaksanaan Tun Mahathir melingkup dah Malaysia. Rakyat Selangor dah bersiap sedia ke sebelum Selangor tergadai?
Penasihat dan Menteri Besau sama sama bodoh jawabnya MELINGKUP!!!
Monday, November 16, 2009
Bukti Azmin kaya raya
1. Rundingan malam tadi sukses! Informer telah menyerahkan dua salinan dokumen pemilikan saham Azmin dan Shamsidar serta keluarga yang bernilai hampir setengah juta RM. Semuanya jelas atas nama Azmin dan isterinya.
2. Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.
3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini).
4. Menurut sumber BPR, salahlaku Azmin berkaitan rasuah dan salahguna kuasa pernah diadukan kepada mereka. Namun aduan ini tidak kemana. Apakah AnWAR campurtangan menghalang siasatan ke atas Azmin? Apakah kes ini yang dimaksudkan? Kita tidak tahu, AnWAR dan Azmin perlu tampil menjelaskan keadaan!
5. Menurut informer, ada lagi pemilikan saham-saham atas nama Shamsidar jyang bernilai jutaan RM. TAktik apakah ini? Apakah ia sebagai proksi atau imbuhan? Dan menurut sumber itu lagi, beliau sudi untuk memberikan salinan dokumen yang dimaksudkan kepada blogmaster selepas ini. Pasti 'lakonan' AnWAR dan Azmin menafikan semakin menarik. Sama-sama kita nantikan salinan dokumen seterusnya.....
sumber dari x-pkr
Sunday, November 15, 2009
Alim kucing dengan rasuah dan kroni
TAUKEH IKAN TU TAK TAKUT KE DUDUK SEBELAH ALIM 'KUCING' TU?? KANG TAK FASAL FASAL IKAN KAU KENA NGAP NGAN SI ALIM KUCING TU..YANG SEBELAH TU PULAK PEDULI APA YANG PENTING AKU DAH CONFIRM MASUK SYURGA..HUHUHU
Rasanya tak perlu Jebat nak tulis dengan lebih lanjut pasal isu yang melanda si alim kucing yang mengaku imam besar yang last minute cancel nak pegi Haji pasal satu Malaya dah tahu yang dia pergi dengan duit yang tak berkat.
Ingatkan betul betul lah si alim kucing ni bebas dari segala bentuk gejala rasuah yang sering dia lontarkan pada pemimpin pemimpin UMNO rupa rupanya 'paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Itulah Allah tu maha adil..dekat dunia dah ditunjukkan segalanya.
Alim kucing ni pun rupanya selain dari rasuah sibuk jugak mengamalkan kronisme..Anak menantu diangkat sebagai CEO dalam PMBK..Fuhh..rupa rupanya dalam seluruh negeri Kelantan rupanya anak menantu si alim kucing ni sajalah yang layak jadi CEO pasal tu si alim kucing ni ambik jadi CEO. Kroni dan rasuah jugak si alim kucing ni..
Lepas ni nak masuk 'syurga' yang kuncinya dipegang oleh si alim kucing ni bolehlah bayar dengan duit rasuah pasal si alim kucing ni tak kisah duit apa pun janji masyuk..
Alim kucing ni nampaknya dah terdedah semua autanya..Nasib lu lah labu..
Saturday, November 14, 2009
Duit tak berkat mana nak jadi
Heboh orang kata Nik Ajis nak pergi haji dengan disponsor oleh orang tertentu atau dengan bahasa musibat dengan duit rasuah.
Soal rasuah tu satu isu cuma Jebat terfikir yang Nik Ajis sebenarnya tidak dapat undangan dari Allah untuk menjadi tetamunya..Itu yang jelas..Kalau benar benar dapat jemputan untuk jadi tetamu susah bagaimanapun pasti akan mendapat pertolongan dari Allah. Kalau sampai dah batalkan tu maksudnya tidak mendapat jemputan untuk menjadi tetamu. Dah duit tak berkat mana nak jadi tetamu.
Itu isu yang pertama..Isu yang kedua..Si tua kutuk yang mengaku alim ulamak ni dah berapa kali pergi haji? Tak pernahkah kepala otak si tua kutuk ni terfikir dengan kemampuan yang dia ada tak bolehkah dia hantar orang orang miskin kat Kelantan tu menunaikan fardu haji? Kalau setakat kerjakan haji tu nak tunjukkan pada orang Kelantan yang dia tu alim baik tak payah..Ngabeh kan boreh jek..Patutlah tak dapat undangan untuk menjadi tetamu Allah.
Sampai bila semua orang PAS nak sedar yang mereka sedang di kencing dengan air kencing yang cukup hanceng oleh si tua kutuk yang jual agama..
Bai'ah talak tiga dan bai'ah laknat
Pusing cerita pulak bila kononnya bukan bai'ah talak tiga tapi bai'ah laknat kalau engkar dalam perjuangan. Soalnya benarkah memperjuangkan Islam kalau sanggup mengkafirkan sesama Islam dan bersekongkol dengan kafir yang sememangnya dilaknat. Siapa nak jawab?
Kalau dulu kata sanggup bekerjasama dengan setan asalkan bukan dengan parti politik yang kini menjadi sahabat karib, bolehkah kita katakan ahli parti tersebut akan dilaknat kerana mengingkari satu dakwaan yang kononnya parti tersebut memperjuangkan Islam?
Apabila dia bercakap dia bohong adalah peribadi orang munafik..Orang munafik adakah orang yang selayaknya memperjuangkan Islam??
Jebat makin takut sekiranya rakyat Malaysia terus tertipu dengan peribadi dan mainan politik golongan munafik..Moga Allah memberi petunjuk..
Wednesday, November 11, 2009
PAS:Makin hari makin gila dan dah lama gila
Agak lama Jebat tidak menulis..Sebenarnya Jebat terlalu letih dan muak melihat keadaan politik sekarang tambahan pula ada sesuatu yang merungsingkan Jebat lantas Jebat mengambil tindakan tunggu dan lihat buat seketika.
Aduhai apa punya gila PAS dengan isu bai'ah pulak..Sampai ada yang mengatakan sekiranya ada mana mana Yang Berhormat PAS melompat parti akan secara automatik menjatuhkan talak tiga kepada isterinya..Apa pandangan rakyat Malaysia dengan isu ini?Disiarkan secara jelas oleh Agendadaily.com bahawa ada orang yang mempunyai bukti tentang pengakuan akan kewujudan bai'ah seperti yang didakwa.Jebat pun telah lama mendengar tentang bai'ah di dalam PAS ini cuma Jebat tidak mahu sentuh kerana ianya melibatkan hukum hakam agama apatah lagi sehingga boleh menceraikan isteri atau dengan kata lainnya merobohkan masjid.
Di dalam Islam, perceraian adalah diizinkan tetapi amat dibenci oleh Allah.Kalau PAS mengamalkan Islam dengan benar dan lurus kenapa perkara yang dibenci oleh Allah dijadikan mainan?? Jebat dah lama percaya bahawa Nik Aziz bukanlah ulamak besar seperti yang didakwa..Jebat cuma percaya nama nama besar seperti Tuan Tulis, Tuan Guru Sheikh Mohd Said Al- Linggi, Habib Nuh dan beberapa nama besar lagi sebagai ulamak tersohor Malaysia. Jika berminat dengan berkaitan nama nama besar ulamak Melayu lawatilah merahsilu.blogspot.com.
Apalah yang ada pada Nik Aziz yang hendak dikategorikan sebagai ulamak besar. Apakah Nik Aziz ini dianggap sebagai wali oleh puak puak PAS? Kalau para rasul dikurniakan Allah dengan mukjizat dan para wali dikurniakan dengan karamah apakah Nik Aziz mempunya karamah seperti wali wali lain? Nik Aziz hanyalah insan biasa yang mencari makan dengan politik dan menjual agama demi kepentingan politik.
Ayuh! Jebat mengharapkan para isteri tampil memperjuangkan nasib keluarga mereka dari terus digadai oleh PAS.
Jangan gentar dengan Nik Aziz kerana dia bukanlah ulamak seperti yang di dakwa dan Nik Aziz juga akan tidak terlepas dari disoal di dalam kubur kelak.
Kepada Allah Jebat berserah!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)