Wednesday, May 27, 2009

Segalanya tiba tiba dan ghaib



TUAN PUNYA MAJLIS KEDAUNG YANG TIBA TIBA GHAIB..MACAM TOK GURU JE YANG SEBELAH TU..PATUTLAH GHAIB..


Malaysia yang kaya raya dengan pelbagai jenis makanan tiba tiba ada orang yang nak bermogok lapar? Ada beberapa kemungkinan perkara ini terjadi antaranya, orang itu tidak mampu untuk membeli makanan, mengalami sakit kronik yang menyebabkannya tidak boleh makan, dah bosan makan atau yang paling teruk sekali orang yang bermogok lapar itu sudah tidak waras??

Di Perak macam macam ragam yang ada sekarang ini. Yang tiba tiba gila berbaring tengah jalan, yang tiba tiba suka menjadi penanam pokok yang berjaya, yang bermesyuarat bawah pokok dan yang terbaru tiba tiba rasa nak menahan selera makan dengan mogok lapar. Banyak yang tiba tiba sekarang ini berlaku di Perak, yang tiba tiba nak mogok lapar tiba tiba naik lori polis. Yang tuan punya majlis nak ajak orang bermogok lapar, tiba tiba menghilangkan diri. Orang kata tak elok tinggalkan majlis tapi nampaknya dalam hal ini, tuan punya majlis yang tinggalkan majlis. Tak cukup tanah lari agaknya. Bukan setakat tuan punya majlis tapi dengan tuan penasihat 25 percent pun ghaib entah ke mana. Yang tinggal cuma anak anak ikan bilis terkial kial dihumban dalam lori.

Patut ke tuan punya majlis buat macam ini?? Kalau aku jadi tetamu dalam majlis macam ini sampai ke lubang cacing aku cari tuan punya majlis. Jemput beria-ia tiba tiba kena cekup dia entah ke mana. Macam ini ke boss?? Eh, siapa yang boss?? Tuan punya majlis ke atau tuan penasihat 25 percent boss?? Yang pasti dua dua tiba tiba ghaib dalam majlis.

Sunday, May 24, 2009

Calon Bebas di Penanti milik siapa?



SHHHHH: CALON CALON BEBAS INI BUKAN UMNO DAN BN PUNYA..KITA OLANG YANG PUNYA!!!

Heboh di kalangan pemimpin dan penyokong penyokong tegar PKR dan Pakatan Pembangkang bahawa calon calon Bebas yang bertanding di dalam pilihanraya kecil Penanti ditaja oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai proksi. Biarpun seribu kali penafian dibuat oleh Barisan Nasional lebih lebih penafian yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib namun PKR dan Pakatan Pembangkang terus memainkan alunan yang calon calon Bebas ini sememangnya di taja oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Aku sempat duduk minum bersama beberapa rakan dan bercakap tentang pilihanraya kecil Penanti ini. Seorang dari rakan aku memperkatakan tentang kemungkinan PKR dan Pakatan Pembangkang yang menaja calon calon Bebas ini. Beliau berkata ada mungkinnya calon calon Bebas ini di taja oleh PKR dan Pakatan Pembangkang memandangkan UMNO dan Barisan Nasional yang tidak meletakkan calon untuk bertanding. Sebabnya cukup mudah kata rakan aku ini, disebabkan UMNO dan Barisan Nasional tidak meletakkan calon mungkin piliharaya kecil di Penanti ini akan suram dan tidak semeriah seperti biasa. Keadaan ini akan menyebabkan PKR dan Pakatan Rakyat khuatir akan momentum sokongan pengundi dan rakyat kepada mereka. Mereka mahukan pilihanraya yang meriah dan penuh dengan provokasi. Dengan keadaan ini, mereka akan berkata mereka lah yang memperjuangkan demokrasi di Malaysia. Mereka akan mencipta pelbagai helah yang akan mengheret rakyat ke kancah politik yang mereka sendiri cipta. Penyokong penyokong tegar mereka akan berbuat apa saja termasuklah berbaring tengah jalan.

Mereka lebih suka sekiranya pihak berkuasa seperti polis menangkap penyokong penyokong mereka ini dan kemudiannya berkata bahawa inilah tindakan UMNO dan Barisan Nasional yang menggunakan polis untuk mematikan demokrasi di Malaysia.

Calon calon Bebas ini mungkin ditaja oleh PKR dan Pakatan Pembangkang untuk menghidupkan suasana pilihanraya di Penanti. Jika tidak, rakyat akan mula melupakan mereka dan keadaan ini cukup dirisaukan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Justeru itu, mereka mungkin merasakan dengan menaja calon calon Bebas inilah akan dapat memeriahkan pilihanraya di Penanti ini. Selepas pilihanraya nanti mereka akan mengatakan kepada rakyat, lihatlah bahawa mereka tetap menang di Penanti biarpun terdapat banyak ramai calon calon Bebas. Antara yang menarik untuk diperkatakan ialah semasa kempen Nuar Berahim di Berapit, mereka jelas tidak langsung menyentuh tentang calon calon Bebas ini sebaliknya lebih suka memburukkan UMNO dan Barisan Nasional. Mungkinlah Nuar Berahim sedar bahawa calon calon Bebas ini milik mereka dan tidak ada apa yang perlu di khuatirkan bahawa Penanti adalah kubu kuat mereka dan kehadiran calon calon Bebas ini adalah hanya untuk memeriahkan lebih lebih lagi mereka yang menaja calon calon Bebas ini?

Sama samalah kita fikirkan calon calon Bebas di Penanti ini milik siapa…

Saturday, May 23, 2009

Tak bertanding di Penanti pun kena maki hamun??

Salah ke kalau UMNO atau BN tak berminat untuk meletakkan calon dan bertanding di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti?? Apa yang orang orang PKR dan pemimpin dia orang ni kecoh sangat kalau UMNO dan BN tidak bertanding? Suka hatilah kalau UMNO dan BN tidak mahu bertanding di Penanti. Macam yang Dato’ Seri Najib jelaskan UMNO dan BN tidak mahu bertanding di Penanti bukan pasal takut tetapi cuma tidak mahu melayan kerenah parti pembangkang yang sengaja mengadakan pilihanraya ini untuk mendapatkan momentum sokongan daripada rakyat.

Nuar Berahim dalam ceramahnya di Berapit, Penanti sebentar tadi sibuk sangat bercakap tentang kenapa UMNO dan BN tidak mahu bertanding. Tidak ada pun apa apa fakta yang Nuar keluarkan tentang pembangunan yang hendak dilaksanakan sekiranya PKR menang di Penanti. Yang ada cuma kesibukkan menceritakan kenapa UMNO tidak mahu bertanding. Tidak ada isu isu untuk memperjuangkan nasib rakyat yang beliau lontarkan di dalam ceramahnya. Nampaknya, Nuar sedikit emosi kerana UMNO dan BN tidak bertanding kali ini. Mungkin Nuar agak resah kerana misinya untuk mendapatkan sokongan rakyat yang berterusan tercalar gara gara UMNO tidak bertanding.

Yang jadi lebih pelik kalau hendak di hentam dan dibuka pekongnya, seharusnya Nuar menghentam calon calon bebas tu. Tetapi nampaknya Nuar lebih berbesar hati untuk terus menghentam UMNO dan BN. Aku akan terus rasa hairan kalau orang orang Penanti masih lagi percaya pada cakap cakap kosong Nuar. Apa yang berlaku sebentar tadi di mana Nuar menghentam UMNO dan BN jelas menunjukkan dia lebih kemaruk mencapai misinya untuk menjadi PM kerana dia cukup sedar bahawa UMNO dan BN saja lah yang mampu menggagalkan misi gilanya itu.

Pelik betul keadaan ini, UMNO dan BN yang tidak bertanding di belasah sedemikian rupa. Keadaan ini samalah seperti keadaan orang yang tidak mahu berak disuruh berak dan juga seperti menyuruh orang lelaki menyetubuhi sesama lelaki. Pelik tapi benar..

Thursday, May 21, 2009

Raja Petra Kamaruddin (RPK) - Terimalah sebagai suatu ingatan dari Allah

Tumpang sedih dengan apa yang terjadi kepada anak RPK. Bukan niat hendak membuka pekung atau aib RPK jauh sekali hendak mencampuri urusan keluarga RPK cuma sekadar hendak berpesan kepada RPK supaya berhati hatilah bila berkarya pada masa akan datang.

Sesungguhnya kita manusia tidaklah sehebat mana. Tiada yang hebat dan maha berkuasa selain Allah. Terimalah keadaan ini sebagai suatu peringatan dari Allah bahawa setiap gerak dan tuturkata kita akan mendapat balasan daripada Allah. Balasan yang bakal diterima bukan semata mata semasa di akhirat tetapi juga di dunia. Ingatlah jangan sesekali membuka aib keluarga pihak tertentu kerana balasan yang seumpamanya pasti akan di terima. Biarpun kita berlainan pendapat dalam soal politik dan perjuangan tetapi sebagai saudara sesama Islam haruslah kita saling mengingati. Janganlah sampai melukakan hati orang lain.

Mudah mudahan perkara ini akan menjadi titik mula pada RPK untuk lebih berhati hati di dalam berkarya. Ingatlah setiap ujian itu adalah tanda bahawa Allah masih sayangkan hambanya. Mudah mudahan kita mengambil iktibar dan berubah untuk kebaikan.

Wednesday, May 20, 2009

Kenapa Anifah Aman dan tidak Puad Zarkashi??

Khabarnya si putar alam Nuar nak saman Anifah Aman..Kesnya pasal Anifah kata dia di tawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kalau join Nuar merealisasikan agenda ke Putrajaya. Apa si putar alam ni ingat Anifah tu bodoh senang senang dia nak tipu. Budak budak PKR yang bebal sokong dia tu senang le di tipu tapi orang orang BN nak nak pemimpin macam Anifah tu lak le senang senang dia nak tipu. Sampai ke sudah le kalau dia ingat dia dapat tipu orang orang BN. Lain tahun beb.

Yang bestnya kenapa dia nak saman Anifah Aman? Kenapa dia tak nak saman Puad Zarkashi?? Kalau ikutkan Puad Zarkashi lah yang mula mula buat pendedahan pasal pujuk rayu Nuar suruh lompat parti??

Senang je jawaban pada soalan ni..Kenapa Anifah dan bukan Puad?? Satu, pasal Puad ni bukan Menteri Luar. Yang Nuar ni bebulu dengan Anifah pasal Anifah buka semua rahsia dia pada US. Mesti dia takut US berbulu dengan dia. Entah apa dia dah kencing US pasal Malaysia ni. Mesti dia kata kat US yang dia dah boleh control Malaysia..Tahu tahu datang Anifah Aman ke US cerita lain pulak yang US dapat..Mahu tak terkentut Nuar dengan hal ni. Silap silap gaya nanti di panggil ke US untuk terangkan hal sebenar. Mahu gagap macam orang banyak makan pulut.

Keduannya, macam mana nak jawab dengan Lim Kit Siang dan Hadi Awang?? Kalau dah tawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Anifah macam mana pulak janji Nuar dengan dia orang ni??Bukan ke dalam kabinet bayangan Nuar, Lim Kit Siang dinobatkan sebagai Timbalan Perdana Menteri?? Sahlah Nuar ni memang pandai putar belit kenyataan. Kawan kawan dia dalam Pakatan pun dia nak kencing. Kesimpulan kat sini, tegak tegaklah korang kena tipu dengan Nuar. Kalau dia dah dapat jadi PM nanti korang bolehle duduk dalam longkang dekat dekat pejabat PM. Ala macam masa dia jadi Menteri Kewangan dulu, kalau mak bapak korang mati pun dia takkan peduli. Sekarang ni je dia sibuk nak korang perjuangkan cita cita dia nak jadi PM tu.


Kalau kau orang rasa diri korang tu bebal, ko sokong le dia sampai mati. Kawan kawan dia dalam Pakatan pun dia boleh kencing, inikan pulak korang yang baru belajar nak berjalan. Bukan setakat kencing, berak kan pun dia boleh buat..Lu fikirlah sendiri.

Tuesday, May 19, 2009

Duit oh duit, PAS pun jadi tak keruan

Heboh juga dalam serban orang-orang PAS. Setelah kemas melilit kepala, serbannya tertanggal juga suatu hari. Setelah diletakkan di atas meja, turun ke dapur mencari nasi yang sedia terhidang, akhirnya terjumpa beberapa helai kertas berharga terselit di celah-celahnya. Siapa yang memberi belum lagi dipastikan. Yang pasti duit itu ada, ada yang menerimanya.Maka kecohlah sekian yang ada.

Puak yang satu lagi kata, tidak ada penggunaan wang untuk mendapatkan undi dalam pemilihan bulan Jun nanti. Tapi, yang sedapnya Tok Guru seperti biasa menggunakan kaedah pemikiran jalan ketiga, iaitu "jika orang beri ambil, tapi jangan undi orang itu."Tok Guru pandai bersilat. Dia tidak kata ya atau tidak adanya politik wang dalam PAS. Dia hanya suruh ambil dan suruh tidak mengundi yang menggunakan politik wang bagi mencapai tujuannya. Seperti juga Tok Guru membuat saranan, dalam mana-mana pilihan raya sekalipun dia meminta para pengundi melakukan perkara yang serupa.

Tapi, lain pula ceritanya. Duad Iraqi sanggup menghadapi tindakan disiplin kerana sungguh-sungguh mahu mendedahkan amalan politik wang dalam PAS.PAS yang terkenal dengan imej Islam turut melaksanakan politik wang. Maknanya PAS tidak lagi dapat menyembunyikan dirinya lagi. PAS mengamalkan rasuah untuk "membeli undi" kerana PAS sudah dilanda gejala tamak. Sesetengah pemimpin PAS yang kaya sama ada secara kaya semula jadi hasil warisan keluarga, usaha sendiri atau pulas lembu-lembu tertentu untuk dapatkan habuan, menggunakan duit untuk mencapai tujuan.Itulah apabila melibatkan diri dalam sebarang pilihan raya, jentera PAS nampak lebih mewah dariapad puak-puak sekular yang lain. Pemimpinnya pakai baju lebih mahal, tapi ada ketikanya buat-buat bodoh sahaja, termasuk sanggup mengorbankan keseimbangan ekologi di Stong untuk membuka ladang kelapa sawit.Apa tujuannya, tentunya telahan setengah orang ada hubung kait dengan usaha untuk mendapatkan hasil oleh puak-puak tertentu bagi membiayai sesuatu program politiknya.

Kita dapat lihat banyak sekali tanah tinggi dibuka dan diteroka sekitar Lojing. Kenapa? Benarlah untuk memberikan peluang pekerjaan dan menjanakan pendapatan, tetapi siapa yang menerokainya? Siapa yang bekerja? Berapa ramai anak buah dia? Berapa ramai rakyat tempatan?

BN tidak bertanding, PR jadi bengong

BN membuat keputusan tidak bertanding bagi PRK DUN Penanti yang bakal diadakan hujung bulan ini. Strategi PKR yang cuba mengheretkan BN tidak mengena kali ini. BN dapat membaca strategi PKR yang cuba nak menenggelamkan masalah dalamannya dengan cara mual dan meloyakan.

Apa tidaknya kerana kegagalan Fairus melaksanakan tanggungjawabnya setelah menang dalam PRU ke-12, pengundi Penanti merungut dan tidak berpuas hati. Walaupun pernah diberikan kata dua oleh DSAI selepas menang PRK Permatang Pauh pada bulan Ogos tahun lalu, Fairus masih dengan alasannya: sibuk untuk merancang pelaksanaan kerajaan campuran di Pulau Pinang.

Jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 tidak memberikan faedah kepada pengundi Melayu, baik yang menetap di tanah besar mahupun bahagian pulau. Banyak yang dia tidak buat untuk kepentingan orang Melayu, kerana orang Melayu Pulau Pinang telah lama dipinggirkan hatta masa DSAI berkuasa pun tidak banyak yang dia lakukan.Banyak diambil tanah-tanah orang Melayu atas nama pembangunan. Tetapi akhirnya pembangunan itu tidak dimiliki oleh orang Melayu, orang Melayu ramai berhijrah ke Kedah, antaranya Kulim dan Sungai Petani. Nak beli rumah yang asalnya tanah kepunyaan Melayu, harganya terlalu mahal. Harapkan rumah murah, tak cukup tanah nak bina kerana harga tanah melambung naik sehingga ada sampai lebih RM 300 sekaki persegi.

BN tidak bertanding bukan takut, tetapi Menurut Datuk Seri Najib "tidak mahu ikut rentak pembangkang." Nampaknya, PKR akan menghadapi pertandingan sesama sendiri kerana salah seorang calon Bebas adalah bekas Ketua Wanita Keadilan. Jika PAS bersedia meletakkan calonnya, Mansor yang bukan berasal dari Pulau Pinang akan berhempas pulas. Mansor orang Kedah, tetapi kerana pernah mengajar di USM (khususnya di Pusat Penyelidikan Dasar), tak tahulah apa pengundi Penanti akan lakukan.Mansor hanyalah bergantung kepada tuah DSAI. Tapi kena ingat, DSAI akan turut lakukan perkara yang sama jika Mansor tidak mampu menari mengikut rentaknya. Fairus telah dikorbankan, mungkinkah kali ini Mansor akan menjadi "lembu laga" dalam melaksanakan sorong tariknya dengan Lim Guan Eng.

Ingatlah bahawa yang menguasai Pulau Pinang ialah DAP, bukannya PKR.DAP tidak pernah konsisten dengan tindakannya. Dulu bapanya menolak pembinaan Jambatan Pulau Pinang kerana tidak diperlukan. Pembinaannya adalah satu tindakan membazir. Tapi kali ini Lim Guan Eng mahukan pembinaan Jambatan Kedua. Tapi kali ini bukan alasan membazir.

Saturday, May 16, 2009

Jangan buang masa berjumpa dan berbincang dengan puak Pakatan Rakyat



Apa perlunya berjumpa dengan puak Pakatan Rakyat biarpun tujuannya dilihat murni untuk mencari jalan muafakat penyatuan dan kesejahteraan negara. Sebabnya cukup mudah mengapa kita tidak perlu berjumpa dengan puak Pakatan Rakyat ini. Jika hendak berbincang, berbincanglah dengan orang yang benar benar ikhlas dan bukan berbincang dengan orang yang ternyata tidak ikhlas di dalam perjuangannya.

Puak Pakatan Rakyat ini telah cukup dikenali dan sinonim dengan seribu satu helah dan sifat kepura-puraannya. Perjumpaan yang jika terlaksana hanya akan memberi ruang kepada mereka mencari helah baru dan memutar belitkan hasil perbincangan perjumpaan tersebut sekaligus mengatakan bahawa Barisan Nasional memang sebuah parti yang buruk kepada rakyat. Kita bukan tidak biasa mendengar puak Pakatan Rakyat memutar belitkan fakta untuk kepentingan politik mereka jadi adalah tidak wajar kita meneruskan perjumpaan yang boleh diumpamakan oleh Pakatan Rakyat sebagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Anwar Berahim awal awal lagi dah cakap biarpun perjumpaan itu diadakan, puak Pakatan Rakyat tetap akan mengusulkan untuk membubarkan DUN. Di sini pun sudah jelas kelihatan sifat tidak ikhlas puak Pakatan Rakyat jadi apa perlunya membuang masa kerenah yang sudah boleh dijangka dan sudah ternampak.

Puak Pakatan Rakyat sememangnya bersetuju untuk berjumpa untuk kita semata mata kerana mereka telah cukup tertekan dengan majoriti yang kita ada di DUN Perak. Berfikirlah sebaik mana sekalipun dan rencanakan lah strategi politik yang terbaik, Barisan Nasional tetap punya majoriti yang cukup jelas di DUN Perak. Keadaan ini cukup disedari oleh puak Pakatan Rakyat dan membuatkan mereka cukup buntu jadi hasrat untuk diadakan perbincangan ini amat dialu alukan oleh mereka setidak tidak nanti mereka boleh berkata pada rakyat bahawa Barisan Nasional amat terdesak dan tunduk kepada mereka.

Yang peliknya keadaan di Perak ini tidak menampakkan langsung kegusaran yang ketara di kalangan puak PAS kecuali YB Nijar a.ka lembu ditarik hidung. Yang jelas kelihatan adalah kegusaran puak puak DAP yang diketuai oleh Ustaz Ngeh dan Sivakumar. Anwar Berahim mungkin kurang gusar dengan keadaan ini kerana pertuduhan kes liwatnya yang akan dibicarakan di mahkamah cukup menyesakkan kepalanya dan mungkin terlah terbayang bayang jeriji besi di Sungai Buloh. Lagipun hasrat untuk menyusun langkah ke Putrajaya sudah seakan terpadam dan menjadi mimpi yang menjemput air basi.

Ayuh, Barisan Nasional kita susunkan langkah untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara dari membuang masa dengan berjumpa puak Pakatan Rakyat yang jelas telah cukup tersepit dengan kemelut di Perak. SIfat kita yang tidak mengendahkan mereka setakat ini nampaknya cukup menekan mereka. Biarlah mereka terus memainkan wayang mereka dan biarlah rakyat yang menjadi penonton sama ada wayang mereka di klasifikan sebagai 18sx atau wayang selsema babi. Biarkan luncai terjun dengan labu labunya.

Monday, May 11, 2009

Suatu pandangan - Rahimi Ariffin

Ke hadapan YAB Dato Seri Nizar, didoakan semoga berada dalam perlindungan Allah hendaknya. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri kerana berjaya menjadi Menteri Besar semula dengan keputusan Mahkamah Tinggi.Sesungguhnya YAB Dato Seri telah mencipta sejarah yang besar serta menjadi orang pertama yang dahulu (the first to achieve several first) dalam sejarah di negara ini.YAB Dato Seri adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada satu, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada enam. Tetapi kehebatan Dato Seri menjadikan Dato Seri Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit.
Kedua Dato Serilah yang pertama memberikan tanah hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru. Jika lihat sejarah, kampung-kampung baru ini adalah bekas-bekas komunis yang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs zaman darurat. Tahniah Dato Seri mengiktiraf pengganas komunis. Malangnya tidak pula memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera yang 99 peratus orang Melayu yang telah berkorban jiwa dan nyawa untuk tanahair. Tahniah Dato Seri.
Penghargaan juga kepada YAB Dato Seri kerana menjadi ahli politik PAS pertama merealisasikan konsep Malaysian Malaysia anjuran PAP yang disambung perjuangannya oleh DAP. YAB Dato Seri juga tahu bahawa Lim Kit Siang, maestro DAP itu adalah bekas setiausaha politik Lee Kuan Yew dan merupakan penyambung perjuangannya di Tanah Melayu selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia.
YAB Dato Seri saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri kerana berani mengenepikan Raja dan lebih patuh serta taat kepada Ngeh dan Nga lebih daripada DYTM Sultan Perak. Dato Serilah wira.Dato Seri tahniah juga kerana walaupun berdarah separuh Cina, Dato Seri lebih Cina dari Cina-cina lain sebab sanggup menggunakan agama Islam untuk menjual orang-orang Melayu Perak.Ini bukan sembah derhaka cuma doa saya agat kubur YAB Dato Seri tidak akan dikencing anak cucu kita nanti bila agama, negara dan bangsa sudah tergadai demi semata-mata untuk YAB Dato Seri mencapai cita-cita Dato Seri menjadi Menteri Besar.
Akhir kata saya doakan agar YAB Dato Seri dilindungi Allah swt dan dibukakan hati untuk melihat kebenaran. Amin
Salam Hormat
Rahimi Ariffin
Kg Seri Kinta Ipoh Perak

MINTA JASA BAIK RAKAN-RAKAN SEMUA UNTUK SEBARKAN MAKLUMAT INI.

MB minoriti dan ADUN majoriti

Tahniah buat Nizar kerana keputusan mahkamah yang jelas memihak kepadanya. Moga keputusan ini akan mendamaikan kemelut politik Perak. Tahniah juga kepada Zambry kerana jelas menunjukkan kematangan kerana menerima dengan hati yang terbuka keputusan mahkamah ini dan bersedia mengosongkan pejabatnya di bangunan SUK. Rasanya tak perlulah berebut rebut sampai keluar perkataan ‘siapa cepat masuk pejabat dialah yang punya’ dan tak perlulah nak suruh rakyat keluar beramai ramai berarak. Kita terima keputusan mahkamah seadanya. Tidak jadi MB bukanlah pengakhiran hidup malah kita akan terus berjuang.

Aku harap tidak ada lagi orang yang akan mengatakan mahkamah dipengaruhi oleh BN dan UMNO. Keputusan hari ini jelas membuktikan bahawa badan kehakiman kita bukanlah seburuk yang disangka dan didakwa. Telus setelus telusnya.

Cuma aku hairan kenapa keputusan mahkamah kali ini tidak ditolak oleh puak yang menang tu. Kalau dulu dalam kes yang sama, mahkamah membuat keputusan ADUN BN yang digantung oleh speaker tu sebagai tidak sah, mereka tolak mentah mentah keputusan mahkamah tu. Tapi bila keputusan memihak kepada dia orang takde pulak bunyi bunyi tidak puas hati. Itu yang aku pelik. Agaknya macam mana mahu mereka??

Apapun, tahniah buat Zambry kerana tampak begitu tenang dengan keputusan ini. Inilah hasilnya jika berjuang dengan ikhlas. Kadang kadang aku cuma terfikir tentang lirik lagu ini ‘kusangka kan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang’ dan kata kata ‘langit tidak selalu cerah’. Kepada siapa ayat itu sesuai ditujukan sama samalah kita tunggu dan lihat!!!

Sunday, May 10, 2009

Percaya ke tidak???

"Beta tak mahu masuk campur. [I don't want to get involved in this]. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand? "So go and tell that (to the Pakatan Rakyat assemblymen who had stood together in front of the royal dais) to take their seats." - Raja Dr Nazrin Shah ----New Straits Times

“I just want to give my speech. Respect my speech when I am giving it, you understand? If you want to work with me in the future, respect my speech. Tell them that,” murmured Raja Dr Nazrin Shah.----The Star

Ini adalah dua petikan akhbar yang aku ambil untuk tatapan kau orang semua..Ada yang kata aku sengaja reka reka cerita pasal artikel Nizar tu. Terpulang kepada kau orang untuk menilai tapi aku dah boleh agak kebarangkalian yang sahabat sahabat dari Pakatan Rakyat akan kata tentang dua petikan di atas ni..Pastinya dia orang akan kata dua suratkhabar ni tersalah lapor atau dengan perkataan yang biasa dia orang gunakan ‘fitnah’. Yang ada dalam kepala dia orang cuma suratkhabar yang sealiran dan pro dia orang aje yang betul..Yang lain pasti akan menjadi mangsa sumpah seranah dia orang..Biasalah kalau tidak begitu perangainya takkan masuk ke parti tu..ye tak??

Apapun aku sekadar memberitahu tapi kalau tidak mahu percaya itu masalah kau orang..Biarkan saja luncai terjun dengan labunya..Sudah terhantuk baru tengadah..Berilah mereka yang fanatik dengan Pakatan Rakyat ini bulan dan bintang, mereka tetap akan kata tidak sebaik dan semurni perjuangan mereka..

Apapun percayalah perjuangan Barisan Nasional seperti ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA..

Thursday, May 7, 2009

Nizar oh Nizar kenapa engkau tipu???


Pertama: Engkau kata tidak ada persidangan pada hari itu?? Apa engkau dah pekak atau buat buat pekak?? Bukankah pada akhir titah Tuanku, Baginda berkata ‘dengan lafaz Bismillah beta merasmikan persidangan ini’. Apa engkau dah pekak atau kau tutup telinga masa Tuanku bertitah??

Kedua: Engkau kata engkau memperjuangkan nasib wartawan?? Engkau kata engkau berikan kebebasan pada wartawan seolah olah wartawan boleh tanya apa saja tetapi apabila seorang blogger tanya pada engkau beberapa soalan, engkau buat muka sireh engkau dan tak mau jawab soalan blogger tu. Ngeh yang ada sebelah engkau pun tak mau jawab sebaliknya tanya blogger tu dari suratkhabar mana..Agaknya engkau nak semua suratkhabar sokong engkau aje..Banyak le engkau punya cengkadak.

Ketiga: Engkau kata, Sivakumar di seret keluar dari dewan?? Dah kalau di arahkan keluar dewan tapi degil tak mau keluar macam mana nak buat?? Orang cakap baik baik tak mau dengar nak kena paksa keluar. Lepas Sivakumar dilucutkan jawatan speaker dia tak bangun bangun dari kerusi tu sampaikan kena diusung keluar. Orang degil macam tulah selayaknya layanan yang diterima.

Keempat: Engkau kata BN yang cetuskan huru hara dalam dewan?? Tapi masa Dr. Zambry bersungguh menenangkan anak buahnya, engkau kat mana?? Aku nampak Nizar, engkau duduk kat belakang anak anak buah kau sambil tergelak. Takde inisiatif nak tenangkan anak buah kau.

Kelima: Engkau kata engkau dipanggil Raja Nazrin pasal engkau kata Raja Nazrin suka nak berkerjamsa dengan Pakatan Rakyat?? Engkau ingat aku pekak macam engkau?? Aku ada dalam dewan tu masa Tuanku masuk. Engkau dipanggil pasal engkau diarahkan oleh Tuanku untuk suruh anak buah engkau duduk elok elok dalam dewan tu macam tu juga Dr. Zamby dipanggil untuk mengarahkan anak anak buahnya bertenang. Tapi Zambry tak pusing cerita macam engkau. Engkau kata Tuanku panggil engkau pasal Tuanku suka nak bekerjasama dengan engkau. Orang lain tak pekak macam engkau Nizar. Tuanku tak ada sentuh langsung pasal politik. Engkau jangan nak jadi penambah cerita.

Keenam: Engkau kata engkau dipanggil mengiringi Tuanku berangkat balik?? Tuanku tak ada panggil sesiapa pun, engkau je muka tak malu keluar dewan ikut Tuanku. Aku pun boleh cakap aku dipanggil untuk mengiringi Tuanku. Masa Tuanku nak masuk dewan tu aku pun berjalan dekat dengan Tuanku, boleh le aku cakap aku diarahkan untuk mengiringi Tuanku..Lu siapa Nizar..Tak lebih dari budak yang keretanya kena lelong.

Ketujuh: Masa dalam bilik bacaan masa sidang media tu, engkau cakap ke Ngeh cakap?? Jelas dekat telinga aku masa cuma engkau dengan Ngeh dan kawan kawan aku je dalam bilik tu Ngeh cakap kat kau ‘You cakap macam ni’..Pasal tu le aku tanya kat kau siapa yang cakap..Engkau ke Ngeh, Yang mana satu Puppet mana satu Master of Puppet. Nasib baik engkau tak suruh Nga Kor Ming baca doa.

Kalau orang yang tak ada pada masu tu aku ingat senang senang engkau tipu. Aku yang ada kat situ pun engkau nak tipu. Silap orang le Nizar. First time aku jumpa engkau dan aku dah buat kesimpulan “Apa saja yang engkau cakap semuanya tipu”…



Saturday, May 2, 2009

Penanti: Kejutan Anwar tidak menjadi

SETELAH tiga kali kalah pada pilihan raya umum, Dr Mansor Othman, sekali lagi dicalonkan PKR untuk bertanding di DUN Penanti dan dijangka ditentang hebat oleh bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dalam pengundian pada 31 Mei ini.

Namun berdasarkan laporan awal seorang pemimpin Pas Permatang Pauh yang anti-Anwar Ibrahim mungkin ‘kacau daun’ dengan mengingkari arahan Presiden Pas, Hadi Awang untuk turut bertanding merebut kerusi yang dikosongkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Tetapi kalangan pemerhati mengingatkan krisis dalaman itu mungkin sengaja dicetuskan sebagai satu lagi helah Anwar untuk menarik Umno meletakkan calon pada hari penaman 23 Mei depan bagi menyertai pilihan raya kecil N.12 itu.

Tinjauan menunjukkan aktivis Pas dan PKR akan digembleng bagi memastikan ‘Umno berkubur’ di Penanti walaupun ketua Pas Permatang Pauh mengumumkan semua jentera pilihan raya parti dibekukan kerana calon mereka tidak dipilih bertanding di lubuk Pas itu.

Sebenarnya Anwar yang cuba mencuri perhatian rakyat daripada difokuskan kepada pelantikan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April, dilaporkan akan membuat kejutan pada bulan April ini tetapi semua dibuatnya gagal mengalihkan tumpuan daripada Najib.

Pertama: Pengumuman Anwar mengenai barisan Kabinet Bayangannya tidak sempat disebarkan kerana hampir semua naskhah Suara Keadilan mengenainya dirampas kerana cuba dijual kepada ramai. Apa yang pasti kata blog Sarawak Update, hanya dua wakil dari Sarawak dilantik tanpa kelibat pemimpin Pribumi berbanding lima dalam Kabinet Najib.

Kedua: Rombakan AJK Pusat PKR yang memberi lebih banyak pendedahan kepada Wan Azizah mungkin adalah muslihat Anwar untuk menghadapi pelbagai kemungkinan berikutan perbicaraannya dalam kes liwat di Mahkamah Tinggi Julai ini.

Ketiga: Hajatnya meletakkan wakil PKR lebih matang dan cekap sebagai TKM 1 menggantikan Fairus diharap tercapai jika Mansor menang kelak. Bekas pensyarah USM itu bagi Anwar mampu menggalas tugas tersebut dan tentunya jasa Mansor ketika menjadi Setpol beliau dulu perlu dibalas.

Pada asasnya Fairus dianggap adalah mangsa sikap buruknya sendiri, tetapi dakwaan beliau wujud komplot menjatuhkannya kini semakin nyata dan tidaklah lain daripada satu lagi permainan licik didalangi Anwar.

Satu-satunya tuduhan paling berat iaitu Fairus terlibat dalam rasuah kes kuari terbukti tidak benar setelah disiasat SPRM manakala alasan beliau mahu menyambung pelajaran juga terlalu lemah.

Fairus sebenarnya tidak perlu mencari pihak untuk disaman atas tuduhan memfitnahnya kerana dalang penyingkiran beliau adalah Anwar sendiri.

Kini Anwar mempertaruhkan Dr Mansor bagi memikat 15,384 pemilih, termasuk 24 pemilih dengan pecahan sebanyak 72.68 peratus pengundi Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.3 (India) dan 0.71 lain-lain kaum.

Apa agak menyedihkan adalah sejarah kekalahan demi kekalahan dialami Dr Mansor sejak 1999 lagi. Beliau tewas kepada Zain Omar di kawasan undi Parlimen Balik Pulau pada 1999; kepada Ariff Shah Omar Shah di DUN Seberang Jaya pada 2004 dan kepada Muhammad Farid Saad di DUN Pulau Betong pada 2008.

Pada pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos tahun lalu, pengundi Penanti memberi Anwar majoriti 3,276 undi. Wakil PKR Abdul Rahman Abdul Kadir memenangi kerusi DUN Penanti pada 1999 tetapi tewas kepada ketua Umno Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid pada 2004. Tetapi Jalil kalah pula kepada Fairus, 8 Mac 2008.

Kerusi itu dikosongkan Fairus pada 16 April lalu dengan dakwaan beliau mangsa konspirasi pada hal sebenarnya Anwar sendiri mahu dia ‘disingkirkan’.