Sunday, May 24, 2009
Calon Bebas di Penanti milik siapa?
SHHHHH: CALON CALON BEBAS INI BUKAN UMNO DAN BN PUNYA..KITA OLANG YANG PUNYA!!!
Heboh di kalangan pemimpin dan penyokong penyokong tegar PKR dan Pakatan Pembangkang bahawa calon calon Bebas yang bertanding di dalam pilihanraya kecil Penanti ditaja oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai proksi. Biarpun seribu kali penafian dibuat oleh Barisan Nasional lebih lebih penafian yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib namun PKR dan Pakatan Pembangkang terus memainkan alunan yang calon calon Bebas ini sememangnya di taja oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Aku sempat duduk minum bersama beberapa rakan dan bercakap tentang pilihanraya kecil Penanti ini. Seorang dari rakan aku memperkatakan tentang kemungkinan PKR dan Pakatan Pembangkang yang menaja calon calon Bebas ini. Beliau berkata ada mungkinnya calon calon Bebas ini di taja oleh PKR dan Pakatan Pembangkang memandangkan UMNO dan Barisan Nasional yang tidak meletakkan calon untuk bertanding. Sebabnya cukup mudah kata rakan aku ini, disebabkan UMNO dan Barisan Nasional tidak meletakkan calon mungkin piliharaya kecil di Penanti ini akan suram dan tidak semeriah seperti biasa. Keadaan ini akan menyebabkan PKR dan Pakatan Rakyat khuatir akan momentum sokongan pengundi dan rakyat kepada mereka. Mereka mahukan pilihanraya yang meriah dan penuh dengan provokasi. Dengan keadaan ini, mereka akan berkata mereka lah yang memperjuangkan demokrasi di Malaysia. Mereka akan mencipta pelbagai helah yang akan mengheret rakyat ke kancah politik yang mereka sendiri cipta. Penyokong penyokong tegar mereka akan berbuat apa saja termasuklah berbaring tengah jalan.
Mereka lebih suka sekiranya pihak berkuasa seperti polis menangkap penyokong penyokong mereka ini dan kemudiannya berkata bahawa inilah tindakan UMNO dan Barisan Nasional yang menggunakan polis untuk mematikan demokrasi di Malaysia.
Calon calon Bebas ini mungkin ditaja oleh PKR dan Pakatan Pembangkang untuk menghidupkan suasana pilihanraya di Penanti. Jika tidak, rakyat akan mula melupakan mereka dan keadaan ini cukup dirisaukan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Justeru itu, mereka mungkin merasakan dengan menaja calon calon Bebas inilah akan dapat memeriahkan pilihanraya di Penanti ini. Selepas pilihanraya nanti mereka akan mengatakan kepada rakyat, lihatlah bahawa mereka tetap menang di Penanti biarpun terdapat banyak ramai calon calon Bebas. Antara yang menarik untuk diperkatakan ialah semasa kempen Nuar Berahim di Berapit, mereka jelas tidak langsung menyentuh tentang calon calon Bebas ini sebaliknya lebih suka memburukkan UMNO dan Barisan Nasional. Mungkinlah Nuar Berahim sedar bahawa calon calon Bebas ini milik mereka dan tidak ada apa yang perlu di khuatirkan bahawa Penanti adalah kubu kuat mereka dan kehadiran calon calon Bebas ini adalah hanya untuk memeriahkan lebih lebih lagi mereka yang menaja calon calon Bebas ini?
Sama samalah kita fikirkan calon calon Bebas di Penanti ini milik siapa…
Labels:
Anwar Ibrahim,
BN,
Calon calon Bebas,
Penanti,
PR,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment