Salah ke kalau UMNO atau BN tak berminat untuk meletakkan calon dan bertanding di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti?? Apa yang orang orang PKR dan pemimpin dia orang ni kecoh sangat kalau UMNO dan BN tidak bertanding? Suka hatilah kalau UMNO dan BN tidak mahu bertanding di Penanti. Macam yang Dato’ Seri Najib jelaskan UMNO dan BN tidak mahu bertanding di Penanti bukan pasal takut tetapi cuma tidak mahu melayan kerenah parti pembangkang yang sengaja mengadakan pilihanraya ini untuk mendapatkan momentum sokongan daripada rakyat.
Nuar Berahim dalam ceramahnya di Berapit, Penanti sebentar tadi sibuk sangat bercakap tentang kenapa UMNO dan BN tidak mahu bertanding. Tidak ada pun apa apa fakta yang Nuar keluarkan tentang pembangunan yang hendak dilaksanakan sekiranya PKR menang di Penanti. Yang ada cuma kesibukkan menceritakan kenapa UMNO tidak mahu bertanding. Tidak ada isu isu untuk memperjuangkan nasib rakyat yang beliau lontarkan di dalam ceramahnya. Nampaknya, Nuar sedikit emosi kerana UMNO dan BN tidak bertanding kali ini. Mungkin Nuar agak resah kerana misinya untuk mendapatkan sokongan rakyat yang berterusan tercalar gara gara UMNO tidak bertanding.
Yang jadi lebih pelik kalau hendak di hentam dan dibuka pekongnya, seharusnya Nuar menghentam calon calon bebas tu. Tetapi nampaknya Nuar lebih berbesar hati untuk terus menghentam UMNO dan BN. Aku akan terus rasa hairan kalau orang orang Penanti masih lagi percaya pada cakap cakap kosong Nuar. Apa yang berlaku sebentar tadi di mana Nuar menghentam UMNO dan BN jelas menunjukkan dia lebih kemaruk mencapai misinya untuk menjadi PM kerana dia cukup sedar bahawa UMNO dan BN saja lah yang mampu menggagalkan misi gilanya itu.
Pelik betul keadaan ini, UMNO dan BN yang tidak bertanding di belasah sedemikian rupa. Keadaan ini samalah seperti keadaan orang yang tidak mahu berak disuruh berak dan juga seperti menyuruh orang lelaki menyetubuhi sesama lelaki. Pelik tapi benar..
HABIS ORANG BN NAK UNDI SIAPA?KALAU TAK LETAK CALON BN TAPI TAK APALAH UMNO DAH HANTAR WAKIL DALAM BEBAS.
ReplyDeletesejak bila UMNO hantar orang dalam bebas?? inilah susahnya kalau terjun serkap jarang..kalau kita kata tidak pun orang2 Pakatan Rakyat tetap akan kata ye..pasal ape ye??pasal tak mengikut rentak tari Pakatan Rakyat??? janganlah ikutkan sangat rasa kecewa tu..terpulanglah pada orang orang BN nak undi siapa..undikan rahsia
ReplyDeleteTu la pasal.. sekarang nie UMNO/BN dah nampak macam parti pembangkang dulu.. cakap semua orang tak percaya... sekarang nampak macam dah terbalik... UMNO/BN dah nampak macam pembangkang dulu2.. tapi yang tgh duk fikir sekarang nie... adakah orang ramai yang duk mula pangkah pembangkang salah.. atau UMNO/BN memang banyak salah? Dah la sekarang pun talian hayat UMNO/BN harap kat Sabah/Sarawak.. persoalan kenapa orang makin ramai yang sokong pembangkang sedangkan yang baru keluar Universiti pun dah ramai.. dan mereka nie kebanyakan penyokong pembangkang.. adakah dieroang silap...? Kalau dierorang silap, standard pengajian budak2 u tu tak betul la dia org belajar.. tak dapat buat bandingan yang mana betul yang mana salah.. tapi realitinya sekarang memenag org ramai dah sokong pembangkang..
ReplyDeleteApa yang pasti UMNO/BN masih lagi menerajui tampuk pemerintahan negara. Berkatalah apa saja tetapi itulah hakikatnya. Tidak semua yang menyokong UMNO tetapi tidak semua juga yang menyokong parti pembangkang dan yang jelas UMNO/BN masih lagi mendapat majoriti yang lebih daripada rakyat berbanding parti pembangkang dan inilah yang menyebabkan UMNO/BN masih lagi kekal sebagai parti pemerintah. Memang perlu wujudnya pembangkang di dalam sesebuah negara demokrasi tetapi janganlah sampai menyusahkan rakyat dan menabur fitnah untuk membuatkan rakyat membenci kerajaan. Perkara ini sama keadaanya di universiti. Masih ada yang menyokong kerajaan dan ada juga yang menyokong pembangkang.Ini terletak kepada cara mereka berfikir dan tidak ada kena mengena dengan sistem pengajaran di universiti. Perlukan UMNO/BN mewajibkan para pelajar utk menyokong UMNO/BN sahaja..jika perkara ini berlaku pastinya pembangkang UMNO/BN menyalah gunakan kuasa. Kebebasan yang diberikan oleh kerajaan ini adalah bukti bahawa kerajaan UMNO/BN tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik. Keadaan mungkin akan berubah di mana rakyat akan berubah angin masa piliharaya ke 12 yang lalu akan kembali ke pangkuan UMNO/BN..Tidak dapat kita nafikan kemungkinan ini seperti mana parti pembangkang tidak menyangka yang mereka akan dapat menawan beberapa buah negeri..Sama sama kita tunggu hasilnya di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti..
ReplyDeletecicitmatlampuajaib....
ReplyDeleteApe?? talian hayat dari Sabah/Sarawak?? Habis tu, Penipu Rakyat (PR) dapat talian hayat dari mana pulak? Bukan dari kaum Cina dan India yang terpengaruh dengan cerita2 Anwar Aljuburi ke?
Apapun suruh dan nasihatkan la pemimpin2 ADUN dan ahli parlimen PR supaya berjaga2, kerna PRU-13 belum tentu menjanjikan kejayaan pada PR. Bila kaum Cina dan India dah buka mata dan tahu mereka hanya dipergunakan oleh PR. Jangan menuduh hilangnya demokrasi atau tiada talian hayat untuk puak anda pula.
Bos,
ReplyDeleteSekadar pertanyaan.... mengapa Pilihan Raya Kecil Penanti kali ini tak heboh pasal pengundi hantu ye? Semua hantu dah diikat ke sebelum pilihanraya ni?
Ataupun kat Penanti tu semuanya muda2 lagi, belum ada yang meninggal dunia atau dah mati? Jadi hantu pun takde la???? Ooo.... begitu....
kita kena hidup dialam yg nyata....jgn terlalu berangan-angan...manusia ni ada fikiran n perasaan...tetapi mereka x tau yg mana palsu n tulen...moga kita semua mdpt pelindungan drp NYA...
ReplyDelete