Tumpang sedih dengan apa yang terjadi kepada anak RPK. Bukan niat hendak membuka pekung atau aib RPK jauh sekali hendak mencampuri urusan keluarga RPK cuma sekadar hendak berpesan kepada RPK supaya berhati hatilah bila berkarya pada masa akan datang.
Sesungguhnya kita manusia tidaklah sehebat mana. Tiada yang hebat dan maha berkuasa selain Allah. Terimalah keadaan ini sebagai suatu peringatan dari Allah bahawa setiap gerak dan tuturkata kita akan mendapat balasan daripada Allah. Balasan yang bakal diterima bukan semata mata semasa di akhirat tetapi juga di dunia. Ingatlah jangan sesekali membuka aib keluarga pihak tertentu kerana balasan yang seumpamanya pasti akan di terima. Biarpun kita berlainan pendapat dalam soal politik dan perjuangan tetapi sebagai saudara sesama Islam haruslah kita saling mengingati. Janganlah sampai melukakan hati orang lain.
Mudah mudahan perkara ini akan menjadi titik mula pada RPK untuk lebih berhati hati di dalam berkarya. Ingatlah setiap ujian itu adalah tanda bahawa Allah masih sayangkan hambanya. Mudah mudahan kita mengambil iktibar dan berubah untuk kebaikan.
No comments:
Post a Comment