Saturday, May 16, 2009

Jangan buang masa berjumpa dan berbincang dengan puak Pakatan Rakyat



Apa perlunya berjumpa dengan puak Pakatan Rakyat biarpun tujuannya dilihat murni untuk mencari jalan muafakat penyatuan dan kesejahteraan negara. Sebabnya cukup mudah mengapa kita tidak perlu berjumpa dengan puak Pakatan Rakyat ini. Jika hendak berbincang, berbincanglah dengan orang yang benar benar ikhlas dan bukan berbincang dengan orang yang ternyata tidak ikhlas di dalam perjuangannya.

Puak Pakatan Rakyat ini telah cukup dikenali dan sinonim dengan seribu satu helah dan sifat kepura-puraannya. Perjumpaan yang jika terlaksana hanya akan memberi ruang kepada mereka mencari helah baru dan memutar belitkan hasil perbincangan perjumpaan tersebut sekaligus mengatakan bahawa Barisan Nasional memang sebuah parti yang buruk kepada rakyat. Kita bukan tidak biasa mendengar puak Pakatan Rakyat memutar belitkan fakta untuk kepentingan politik mereka jadi adalah tidak wajar kita meneruskan perjumpaan yang boleh diumpamakan oleh Pakatan Rakyat sebagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Anwar Berahim awal awal lagi dah cakap biarpun perjumpaan itu diadakan, puak Pakatan Rakyat tetap akan mengusulkan untuk membubarkan DUN. Di sini pun sudah jelas kelihatan sifat tidak ikhlas puak Pakatan Rakyat jadi apa perlunya membuang masa kerenah yang sudah boleh dijangka dan sudah ternampak.

Puak Pakatan Rakyat sememangnya bersetuju untuk berjumpa untuk kita semata mata kerana mereka telah cukup tertekan dengan majoriti yang kita ada di DUN Perak. Berfikirlah sebaik mana sekalipun dan rencanakan lah strategi politik yang terbaik, Barisan Nasional tetap punya majoriti yang cukup jelas di DUN Perak. Keadaan ini cukup disedari oleh puak Pakatan Rakyat dan membuatkan mereka cukup buntu jadi hasrat untuk diadakan perbincangan ini amat dialu alukan oleh mereka setidak tidak nanti mereka boleh berkata pada rakyat bahawa Barisan Nasional amat terdesak dan tunduk kepada mereka.

Yang peliknya keadaan di Perak ini tidak menampakkan langsung kegusaran yang ketara di kalangan puak PAS kecuali YB Nijar a.ka lembu ditarik hidung. Yang jelas kelihatan adalah kegusaran puak puak DAP yang diketuai oleh Ustaz Ngeh dan Sivakumar. Anwar Berahim mungkin kurang gusar dengan keadaan ini kerana pertuduhan kes liwatnya yang akan dibicarakan di mahkamah cukup menyesakkan kepalanya dan mungkin terlah terbayang bayang jeriji besi di Sungai Buloh. Lagipun hasrat untuk menyusun langkah ke Putrajaya sudah seakan terpadam dan menjadi mimpi yang menjemput air basi.

Ayuh, Barisan Nasional kita susunkan langkah untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara dari membuang masa dengan berjumpa puak Pakatan Rakyat yang jelas telah cukup tersepit dengan kemelut di Perak. SIfat kita yang tidak mengendahkan mereka setakat ini nampaknya cukup menekan mereka. Biarlah mereka terus memainkan wayang mereka dan biarlah rakyat yang menjadi penonton sama ada wayang mereka di klasifikan sebagai 18sx atau wayang selsema babi. Biarkan luncai terjun dengan labu labunya.

1 comment:

  1. Mengarut jer melayan Parti Kelentong Rakyat Main wayang Politik..

    ReplyDelete