Tuesday, October 15, 2013

Apakah Ali Rustam dan Shafie Apdal akan jadi mangsa???


Sabtu lepas sudah selesai pemilihan sayap UMNO..Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sabtu ini akan berlangsung pula pemilihan peringkat yang lebih tinggi.

Semua mata tertumpu kepada soal pemilihan jawatan Naib Presiden.

Ketua Puteri orang Melaka, ada EXCO Wanita pun orang Melaka. Kesimpulannya, Melaka sudah ada wakil di peringkat tertinggi. 

Naib Ketua Wanita UMNO orang Sabah, Azizah Dun. Exco Wanita yang merupakan mantan bekas Ketua Puteri, Rosnah juga orang Sabah. Esok, kalau Jamawi diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda lagi akan mewakili Sabah.

Hmmmm..dalam kabinet sekarang, Melaka cuma ada seorang Timbalan Menteri.

Adakah kemenangan YB Emi sebagai Ketua Puteri daripada Masjid Tanah, Melaka sudah melengkapkan kerusi pimpinan tertinggi UMNO sekaligus menafikan peluang Ali Rustam? Melaka selalu tidak penting pada mata orang atasan tu.

Sabah? Sudah banyak wakil yang duduk di pimpinan tertinggi selepas pemilihan sayap Sabtu lepas. Adakah ini menyulitkan kedudukan Shafie Apdal untuk mempertahankan jawatannya?

Adakah percaturan ini sudah dirancang? Dirancang untuk apa dan untuk siapa? Bagi meloloskan Hisham dan Mukhriz yang ada nama besar di belakang mereka??

Harap-harapnya tidak ada yang dikambing hitam kan..

Baca PUTRA MERDEKA untuk ulasan lanjut..!!!

p/s: Hari raya korban cukuplah korban lembu atau kambing sahaja..!!

Sunday, October 6, 2013

Kenapa pertandingan ratu cantik tak bogel habis?


Pertandingan ratu cantik tak bogel habis.

Sekadar menunjukkan susuk tubuh dan bukan alat-alat sulit.

Sebabnya?

Bukan alat sulit yang dipertandingkan tetapi disiplin penjagaan makanan, diet dan rutin yang mencantikkan bentuk tubuh badan.

Yang sulit tetap sulit. 

Kenyataan Zahid Hamidi pada media juga sama.

Ada dasar dan tindakan kerajaan yang perlu dihebahkan pada rakyat tetapi ada sebahagiannya merupakan rahsia.

Khabarnya, penulis pro Pakatan berang dengan Zahid kerana tidak membenarkan mereka membuat liputan pada acara-acara tertentu kerajaan.

Cuba anda minta nombor pin kad ATM penulis pro Pakatan itu? Tentulah mereka akan menolak permintaan anda itu kerana pada mereka itu adalah  rahsia.

Tanyalah pimpinan Pakatan mengapa mereka tidak membenarkan wartawan Utusan Malaysia dan wartawan pro kerajaan membuat liputan di dalam acara mereka? Jawapannya tentulah mereka berkata acara itu adalah rahsia.

Jangan salahkan Zahid kalau tak benarkan media masuk ke dalam acara tertentu kerana yang rahsia tetap harus dirahsiakan..

Ada sesiapa yang nak beri lihat kemaluan mereka pada umum?

Penjelasan blogger otai  JUST READ DI SINI menerangkan etika seorang wartawan yang sepatutnya diamalkan..

Saturday, October 5, 2013

Cinabeng DAPigs pun suka Idris Haron!!

idris-goh-513

Perkara itu dinyatakan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San ketika membahaskan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob atas ucapan perasmian pembukaan persidangan kedua penggal pertama DUN.

Dalam ucapannya itu, Leong San yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong sejak 1995, menyifatkan Ketua Menteri Melaka ke-10 itu sebagai seorang yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.

Katanya, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, mempunyai misi yang amat jelas membangunkan rakyat dan negeri ini selaras dengan wawasan Melaka Maju Fasa Kedua.

“Di Dewan yang mulia ini, saya memuji kebijaksanaan dan kematangan Ketua Menteri baru yang dapat menerima pandangan dan cadangan pihak kerajaan atau pembangkang. Dengan kefasihan berbahasa Inggeris, Arab dan Jepun, saya penuh yakin Melaka di bawah kepemimpinan Idris akan mencapai wawasannya tercapai.

“Walaupun baru empat bulan mengenalinya, namun Ketua Menteri bersikap rasional dan boleh menerima pandangan daripada sesiapa saja,” katanya.

Turut melahirkan nada sama ketika membahas usul terima kasih berkenaan ialah seorang lagi wakil DAP, Chin Choong Seong (DUN Kesidang).

Dalam pada itu, Leong San ketika ditemui ketika sidang berhenti rehat semalam, untuk mendapatkan komen lebih lanjut mengenai tindakannya memuji Idris, sekali lagi mengulangi kenyataannya itu.

“Saya tidak berniat memujinya namun beliau berhak menerima pujian. Kami dari kalangan pembangkang ada bertemu beliau bagi memohon bantuan menyelesaikan pelbagai isu berbangkit dan beliau melayan kami dengan baik.

“Beliau melakukan tugasnya dengan baik tanpa banyak publisiti. Melaka sememangnya bertuah mendapat pemimpin seperti Idris. Pendekatannya dalam menyelesaikan pelbagai isu sewajarnya mendapat pujian kerana beliau tidak bertindak mengikut emosi atau membabi buta,” katanya


Cinabeng DAPigs Melaka puji Ketua Menteri Melaka. 

Selayaknya Ketua Menteri Melaka itu duduk di kerusi Ahli Majlis Tertinggi.

Cinabeng DAPigs puji Ketua Menteri Melaka ada agenda tersirat? 

Pergi jalanlah..kita takkan kena tipu dua kali oleh Cinabeng.!!!

Apa yang dikatakan Cinabeng DAPigs itu berkenaan Ketua Menteri Melaka adalah BENAR!!

Wednesday, October 2, 2013

Antara KJ dan Shabery Cheek siapa yang perlu jawab?


Adakah hutan simpan Eli Wong sudah ditebas? Hanya dia yang tahu..

Siapa yang bayar kepada kumpulan K Pop yang buat persembahan di Himpunan Jutaan Belia yang lalu?

Tentulah yang tahu kepada persoalan itu adalah pihak pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan PADA MASA ITU.

Tentulah Menteri dari Kemaman, Shabery Cheek yang arif dan berfakta untuk menjawab persoalan tersebut.

Jadinya, KJ tidaklah perlu tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan hanya kerana beliau merupakan Menteri KBS pada masa sekarang.

Kefahaman KJ pada laporan audit itu mestilah sikit sebanyak bercanggah dengan fakta yang diperolehi pada masa itu. Taksiran pada masa kejadian  adalah jauh lebih tepat berbanding taksiran pada masa sekarang.

Hanya Hang Tuah yang tahu bagaimana beliau berjaya membunuh Hang Jebat.

Tahniah kepada KJ kerana cuba menjadi Menteri yang bertanggungjawab tetapi kalau salah caranya bukan digelar bertanggungjawab tetapi diibaratkan sebagai PAK SANGGUP.

p/s: Buat baik berpada pada KJ...!!!

Kenali calon Majlis Tertinggi ini..!! Calon terbaik!!


DATUK Dr. Norraesah Mohamad adalah antara wanita yang mempunyai `tarikan' tersendiri bukan kerana sifat semula jadi kewanitaannya tetapi kerana cetusan idea dan kepetahan bercakap dalam isu membangunkan agenda Melayu. 

Pakar ekonomi negara yang terjebak juga dalam bidang politik ini pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Antarabangsa, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian di tahun 1980-an. 

Norraesah mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang dengan mempunyai Ph.D dalam Sains Ekonomi di Universiti of Paris 1 Pantheon, Sorbonne. 

Pendidikan tinggi beliau bermula di Universiti Malaya dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University of Paris 1, Pantheon, Sorbonne bagi mendapatkan Ijazah Sarjana dan bidang Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa. 

Kerjaya Norraesah pula bermula sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Antarabangsa, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1985.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, Perbendaharaan (1986-1988), Pengurus Komunikasi, Esso Production Malaysia Inc. (1988-1990) dan sebagai Pengarah Urusan, Ishak Hamid & Associates Sdn Bhd (1990).

Pada 1991 beliau dilantik sebagai Ketua Perwakilan, Credit Lyonnais Representatives Office, Malaysia hingga tahun 2000 apabila dilantik sebagai Pengerusi, Bank Rakyat. Selepas itu pada 8 Julai 2003 dilantik pula sebagai Pengerusi, Alcatel Network Systems (M) Sdn. Bhd. 

Bintang beliau dalam bidang politik mula menyinar setelah dipilih sebagai ahli Exco Wanita UMNO pada Oktober 1996 setelah mendapat 261 yang melayakkannya menjadi Pengerusi, Biro Ekonomi pergerakan itu.

Kepetahan dan hujahnya sering mendapat perhatian umum setiap kali membahaskan isu isu di persidangan Dewan Negara sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Senator. 

Sumbangan beliau kepada soal pembangunan wanita dan negara diakui oleh banyak pihak sekaligus membuktikan tuan punya badan ini layak untuk menduduki kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang tentunya memerlukan seseorang yang berfikiran kritis dan membina.

#votefordrnorraesah