Monday, June 13, 2011

Pakatan Rakyat dan kerajaan Pasir Dua Butir


Bagaimanakah cara untuk menubuhkan kerajaan? Caranya adalah parti yang bertanding haruslah melalui proses pemilihan yang dinamakan Pilihanraya dan harus pula menang di dalam pilihanraya tersebut dengan mencapai majoriti 2/3 atau setidak-tidaknya majoriti mudah.

Di Malaysia siapakah yang bertanggungjawab di dalam menyelaraskan proses Pilihanraya? Jawabnya tentulah Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR.

Tidak teluskah SPR di dalam menyelaraskan proses pilihanraya sehingga memaksa Pakatan Rakyat menimbangkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan sebagai BERSIH bagi menuntut proses pilihanraya yang adil dan telus? Ini dakwaan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu memperlihatkan betapa Barisan Nasional kehilangan 5 buah negeri yang tidak pernah dialami oleh Barisan Nasional sebelum ini. Dan kegagalan Barisan Nasional mengekalkan kuasa pemerintahan di negeri-negeri ini adalah kerana tewasnya calon-calon Barisan Nasional di dalam pilihanraya tersebut.

Keadaan ini sekaligus memperlihatkan kedangkalan hujah Pakatan Rakyat yang masih mempersoalkan ketelusan dan keadilan sistem pilihanraya Malaysia. Jika benarlah SPR tidak telus, bagaimana mungkin 5 buah negeri yang sebelum ini dan tradisinya diperintah oleh Barisan Nasional boleh rebah ke pangkuan Pakatan Rakyat?

Tentunya, perhimpunan BERSIH yang mahu diadakan ini jauh lebih menjurus kepada agenda politik yang terselindung dan hanya menggunakan platform ketelusan SPR yang dipersoalkan sebagai batu loncatan.

Tidakkah Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan negeri-negeri yang berada di bawah kuasa pemerintahan mereka atau mungkin sahaja Pakatan Rakyat mengandaikan bahawa kerajaan pimpinan mereka setaraf kerajaan Pasir Dua Butir yang roboh akibat daripada kerakusan Menteri Fasola seperti yang berlaku di dalam filem P. Ramlee yang cuba membentuk kerajaan sendiri tanpa proses yang sah?

Tahniah awal kepada NGO-NGO yang khabarnya mahu menyekat perhimpunan BERSIH ini daripada berlangsung.

Rais Yatim dibalun lagi



RM 100 juta dibelanjakan untuk program Hari Seniman? Apa asasnya dakwaan ini?

Dengan RM 100 juta berapa buah kah BMW x6 yang boleh dibeli? Mungkin ada di kalangan bloggers yang memandu BMW x6 dan tentunya mereka boleh mencongak berapa buah X6 yang boleh dibeli dengan wang sebesar RM 100 juta.

Proses untuk menggunakan jumlah wang sebesar RM 100 juta di dalam sektor awam bukanlah perkara mudah yang boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Mungkin orang di luar sana tidak arif dengan proses membelanjakan wang di dalam sektor awam. Prosesnya tidak sama sekali sama dengan badan swasta yang mungkin cuma memerlukan tandatangan beberapa orang Lembaga Pengarah untuk membelanjakan jumlah wang sebesar itu. Rasanya itu pun perlu di bawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah.

Tidaklah menghairankan jika Malaysiakini menulis angka sebesar itu dan memohon Rais Yatim memberikan maklumbalas terhadap dakwaan itu.

Tetapi lain pula halnya bilamana bloggers yang mendakwa pro BN pula cuba mengintai-intai ruang untuk membalun Rais Yatim. Ibarat dendam kesumat, jika boleh berapa tinggi Rais Yatim pun hendak dipolitikkan dan dijadikan isu.

Siapa yang pernah lupa bila bloggers tersohor tanahair dan rakan-rakannya membalun Rais Yatim dengan isu merogol amah. Masih tidak puas dengan fitnah itu?

Hari ini Rais Yatim tampil memberikan penjelasan bahawa jumlah sebenar perbelanjaan Hari Seniman adalah RM 97, 665.000

Entah dari mana datangnya angka RM 100 juta tidaklah diketahui. Jika dibandingkan RM 100 juta dengan nilai sebenar itu banyak bilangan angka 0 yang hilang dan kosong yang hilang itulah yang boleh diibaratkan kosongnya pemikiran bloggers tersohor itu dengan proses perbelanjaan wang kerajaan.

"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif," katanya kepada Bernama hari ini. Di bawah Bajet 2011 kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara.

Di atas adalah maklumbalas yang diterima oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Malaysiakini.

Kita sarankan mereka yang membuat dakwaan membuta tuli ini memohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim.

Malu bertanya sesat jalan...

Sunday, June 12, 2011

Benarkah Kamalanathan tidak turun padang?





Hari Sabtu lepas aku berpeluang menjejakkan kaki semula ke kawasan Parlimen Hulu Selangor.


Semasa bersantai di kawasan air terjun yang terletak di Teratak Riverview sempat aku bersembang dengan pengunjung dan peniaga yang berada di situ.


Antara soalan yang aku tanyakan ialah bagaimana kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor.


Jawapan yang aku terima agak memeranjatkan kerana individu yang aku temui di situ berkata jarang benar kelibat Kamalanathan kelihatan di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Individu itu berkata, Kamalanathan hanya tertumpu di kawasan pengundi India dan jarang benar beliau hadir di kawasan pengundi Melayu.


Benarkah dakwaan ini? Jika benarlah seperti apa yang aku dengar eloklah kiranya Kamalanathan membetulkan yang mana silap. Secara peribadi mengenali Kamalanathan, rasanya dakwaan ini bukanlah sesuatu yang tepat bahkan sesiapa juga yang mengenali beliau pasti tahu corak Kamalanathan menjalankan tugas. Boleh saja mengandaikan individu yang aku bertanya soalan itu adalah pengundi pembangkang.


Apapun, kita serahkan semuanya kepada Kamalanathan. Jika benarlah dakwaan ini, aku berharap Kamalanathan agar segera kembali untuk mendekati pengundinya dan jangan benarkan jentera BN bermandi keringat sebagaimana jerihnya memenangkan beliau di dalam Pilihanraya Kecil yang lalu.

Tuesday, June 7, 2011

Serambi Mekah atau Serambi Asmara?









Hebat negeri Kelantan. Membangun bersama Islam adalah slogan yang boleh dilihat di merata tempat di Kelantan. Serambi Mekah adalah nama jolokan yang sering menjadi kebanggaan pemimpin PAS Kelantan.


Hari ini Harian Metro mendedahkan kisah parkir kereta di Kelantan yang menjadi tempat melampiaskan nafsu. Hebat dan maju benar Kelantan.


Menurut Harian Metro, parkir berkenaan yang mengenakan bayaran RM 2 dijadikan tempat sebagai pasangan memadu asmara. Dan yang lebih menarik, sumber yang mengawal CCTV di parkir berkenaan mendedahkan, pasangan yang selalu kelihatan di situ adalah pasangan yang berkopiah dan bertudung labuh. Takebeer!!!


Mungkin Nik Ajis boleh menjawab isu ini dan jalan yang paling mudah mungkinkah sekali lagi Nik Ajis akan berkata "Allah telah memaafkan mereka".


Lagipun apalah pasangan yang memadu kasih di dalam kereta ini khuatirkan kerana syurga sudah terbentang luas di depan mata.


Soalnya: Undi PAS masuk syurga atau masuk neraka? Kalau surga, syurga yang mana? Syurga di Kota Baharu dan hanya perlu membayar RM 2?


Sunday, June 5, 2011

Buta mata dan buta mata hati





Orang alim selalunya memandang dengan mata hati. Sebabnya, hati orang alim bersih dan suci.


Sebagai orang biasa, memandang dengan mata sudah memadai. Adalah sukar untuk memandang dengan mata hati kerana hati manusia biasa sudah sempudal dengan tahi syaitan.


PAS kata video seks hanyalah besi dan bukanlah bukti yang sahih. Butakah mata orang yang memandang dan tambah menyiksakan bila mata hati turut dibutakan.


Bolehkah kita berkata, bahawa yang mengisytiharkan kemerdekaan bukanlah Tunku Abdul Rahman? Bolehkah kita katakan bahawa yang melakonkan watak Tuah dalam filem P.Ramlee bukanlah P.Ramlee hanya kerana kita sekadar menonton pengisytiharan dan filem itu dalam bentuk video?


Mungkin PAS akan mengatakan bahawa adanya krew dan orang-orang yang terlibat dalam pembikinan video P. Ramlee lantaran ianya dikatakan sahih. Siapa pula Eskay di dalam video itu? Tidakkah cukup dengan sumpah yang Eskay lakukan? Tidak sahihkah sumpah Eskay sehingga boleh dinobatkan sebagai saksi?


Alangkah buruknya keadaan apabila orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulamak bukan sahaja buta pandangan tetapi juga buta hati.


Tidakkah PAS bercadang untuk mencari amoi di dalam video seks itu untuk mendapatkan kepastian? Timbalan Presiden PAS yang baru boleh mengambil inisiatif ini.