Monday, September 22, 2014

MB Selangor: Jangan jadi derhaka!!!


Esok Menteri Besar baru Selangor akan diumumkan..

Khabarnya Azmin Ali ADUN Bukit Antarabangsa akan menggantikan Khalid sebagai MB.

Selagi belum sah dan angkat sumpah tak perlulah buat spekulasi atau tekaan dan ramalan nujum.

Serahkan saja pada Baginda Tuanku Sultan untuk buat pilihan.

Kalau suatu ketika DAP dan PKR dikatakan derhaka kerana engkar titah dengan hanya menghantar satu nama sebagai calon MB jangan pulak kita sama menjadi derhaka dengan mempersoalkan pilihan Sultan.

Tak perlulah nak menulis di laman sosial dengan istilah ais krim dan sebagainya.

Tentulah Baginda Sultan Selangor telah mempertimbangkan semasak masaknya siapa yang perlu dinobatkan sebagai Menteri Besar. 

Kalau benarpun ada pilihan lain pada pihak PKR dan DAP biarlah Baginda Sultan Selangor yang memutuskannya.

Sebagai rakyat terima sahajalah pilihan Baginda Sultan Selangor...

p/s: Jangan jadi derhaka!!! Di antara kita ramai sangat yang merasa terlalu bijak membuat keputusan

4 comments:

  1. derhaka bukan Sahaja pada Sultan...gagal Jalan tanggungjawab juga di kira derhaka kepada rakyat!

    ReplyDelete
  2. Possible ke Azmin jadi seperti "run-away bride".....disebabkan angkara nuar???

    ReplyDelete
  3. hullo bro,
    masih berkokok lagi kamu?

    ReplyDelete