Friday, September 19, 2014

Pengkalan Kubor: Medan ujian terbaik buat UMNO


Pakatan Rakyat ketika ini berantakan..isu terbesar isu Menteri Besar Selangor.

PAS belasah PKR tidak seperti sebelumnya.

Imej Pakatan Rakyat di mata rakyat tercalar bukan kepalang.

Jika dalam kemelut sebesar ini pun  tidak memberikan kemenangan selesa kepada UMNO di dalam PRK Pengkalan Kubor nampaknya UMNO kena mengambil langkah drastik membetulkan keadaan menjelang PRU ke 14 nanti.

PKR tentunya tahu kemelut Menteri Besar Selangor merobek hubungan PKR-PAS. PKR lebih bimbang sekiranya hubungan dingin antara PKR-PAS ini akan memberi ruang kepada kerjasama antara PAS dan UMNO apatah lagi UMNO memberikan sokongan padu kepada PAS di dalam isu Selangor.

Dengan memberi ruang kepada PAS untuk bertanding di PRK Pengkalan Kubor harapannya biarlah meracik racik kasih yang mungkin terjalin di antara PAS dan UMNO.

Mengenali kuncu kuncu serpihan UMNO yang ada di dalam PKR ini mereka sangat oportunis. Tentulah setiap langkah yang mereka ambil akhirnya pasti bermatlamatkan memberi keuntungan kepada PKR.

Harapnya UMNO dan PAS tidak terlalu berantakan berkempen di Pengkalan Kubor.

p/s: Seharusnya Pengkalan Kubor menjadi medan terbaik untuk UMNO menguburkan Pakatan Rakyat

1 comment: