Wednesday, October 27, 2010

Galas: Cerita sejarah komunis




Petang tadi aku berkesempatan untuk meninjau sekitar kawasan pilihanraya kecil Galas dan aku berpeluang untuk sampai ke salah satu peti undi yang terletak di Kampung Pulai.

Kalau ikutkan nama Kampung Pulai namanya seperti menggambarkan kawasan itu adalah kawasan yang dipenuhi orang-orang Melayu tetapi apabila kereta usang aku memasuki kawasan itu rupanya terdapat kawasan tokong besar yang kelilingnya dipenuhi oleh masyarakat Cina.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal kehadiran aku di situ memberikan aku peluang untuk berbual dengan seorang Apek yang mengenalkan dirinya sebagai Tam. Mengikut kata Tam beliau adalah ahli DAP yang datang dari Bentong, Pahang. Tambah Tam lagi, dia datang ke Galas ini kerana di kalangan 150 orang pengundi Cina di kawasan itu adalah saudaranya.

Aku agak tersentak mendengar penjelasan dari Tam kerana jumlah 150 pengundi di kawasan itu adalah saudaranya adalah merupakan satu angka yang agak besar. Mana mungkin Tam akan punya saudara seramai itu di dalam kawasan sekecil itu.

Kata Tam lagi bahawa malam sebelumnya Nik Ajis ada datang berceramah di situ dan mendapat sambutan ramai. Biasalah itu ayat yang cuba mendewakan Melayu yang tak berapa nak bangga jadi Melayu. Dan tak jauh dari tokong itu terdapat pulak satu tokong lama yang khabarnya berusia ratusan tahun.

Baik, aku cuba membuat penilaian dengan apa yang Tam ceritakan pada aku. Aku mengambil keputusan untuk bersembang pulak dengan masyarakat Melayu di kawasan itu untuk mengaitkan dengan cerita Tam. Mengikut lelaki Melayu yang aku temui itu berkata kawasan itu dulunya adalah kawasan di mana tempat komunis bersembunyi dan menjalani latihan.

Dan tokong yang berusia ratusan tahun itu adalah dahulunya tempat komunis menjalani latihan dan tempat untuk menyimpan senjata. Benarkah begitu? Lelaki Melayu itu menegaskan kepada aku bahawa suatu ketika dahulu beliau telah menjumpai trompet, peta dan pakaian seragam tentera komunis di situ.

Jadi kalau dah namanya bekas kawasan komunis, mungkinkah ada kaum kerabatnya yang masih wujud di situ? Dan saudara mara Tam yang seramai itu mungkinkah...???? Jauh pula Tam datang dari Bentong...Benarkah Bentong dulunya juga adalah kawasan yang mempunyai sejarah yang sama...Berlegar-legar sesuatu di kepala aku yang aku biarkan pada semua untuk berfikir..

Sunday, October 24, 2010

Galas: Beranikah bersumpah?

Kecoh betul calon PAS di Galas sampai nak saman UMNO Online kerana dikatakan menfitnah dia berkhalwat.

Kalau benarlah calon PAS tu difitnah berkhalwat, orang-orang alim dalam PAS termasuk wali selipar takkan tak boleh nasihatkan calon PAS tu supaya bersumpah menafikan dakwaan tersebut. Takkanlah sebagai sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam tak percaya dengan sumpah menjunjung Al-Quran. Takkanlah kalau dah berani menjanjikan syurga masih takut nak bersumpah kalau perkara itu dikatakan fitnah.

Yang dituduh meliwat tu sampai sekarang tak berani bersumpah..Tapi aku tak hairan sangat pasal parti dia tu bukan parti yang dikatakan memperjuangkan Islam..Tapi calon PAS ni, kenapa tak nak bersumpah? Al-Quran tu adalah mukjizat dan sebaik-baik hakim..Takkanlah benda asas macam ni pun PAS tak nak praktikkan?

Kita tunggu dan lihat sama ada calon PAS ini berani bersumpah menafikan dakwaan tersebut.

p/s: Perdana Menteri difitnah lagi dahsyat sampai dikaitkan dengan kes seorang perempuan Mongolia..tapi Perdana Menteri tenang dan tidak melatah malah berani bersumpah di dalam masjid. Orang-orang PAS kena belajar erti ketenangan macam Perdana Menteri kita..Janganlah melatah dengan perkara-perkara seperti ini kalau benar beriman..Bukankah setiap musibah itu adalah ujian dari Allah dan setiap ujian itu adalah tanda Allah masih kasihkan kita..Apa lu gelabah sangat ni bai? Teringat pulak dengan peribahasa 'kalau takde angin masakan pokok bergoyang'.

Monday, October 18, 2010

Rocky-Rais: Cukup-cukuplah

Sudah masuk minggu kedua 'salah-faham' antara Rocky-Rais mewarnai dunia blog pro-BN. Ada yang cuba mencipta pelan perdamaian dan ada pula yang cuba mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak. Cukuplah..jangan kita mempertikaikan pandangan masing-masing kerana dalam pepatah Melayu belum ada mana mana manusia yang mengaku 'berak di tengah jalan'.

Alhamdulillah, hari ini khabarnya sudah ada lampu hijau dan keinginan dari Perdana Menteri untuk cuba mencari jalan penyelesaian terbaik di dalam menangani isu Rocky-Rais. Harap-harap dengan adanya kata seperti itu dari Perdana Menteri, diharap semua bloggers bertenang dan jangan terus menduga akan sesuatu yang masih belum pasti. Spekulasi-spekulasi hanya akan memburukkan keadaan.

Kita sudah terlalu hampir dengan Pilihanraya Kecil Galas dan Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Objektif kita adalah untuk menang kedua-duanya. Jasa dan bakti saudara saudari ditagih untuk membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional.

Ingatlah, kalau saudara-saudari percaya akan kewibawaan Perdana Menteri seharusnya kita biarkan perkara ini diselesaikan oleh Perdana Menteri. Kita terima apa sahaja jalan penyelesaian yang difikirkan baik oleh Perdana Menteri. Harus dan barang diingat, Perdana Menteri ibarat 'ayah' kepada kita. Baik Rais mahupun bloggers haruslah menghormati apa saja keputusan dari seorang ayah. Rasanya dalam dunia belum ada ayah yang membawa kepada kebinasaan.

Thursday, October 14, 2010

Rais-Rocky: Musibat apakah ini?

Orang nak berbaik ada pulak bloggers yang cuba menjadi batu api. Separuh mati aku usahakan agar didamaikan Rocky-Rais. Tapi musibat-musibat di luar sana seakan tidak boleh terima usaha pelan perdamaian ini. Entah apa yang ada dalam kepala dia orang aku pun tak tahu. Nak jadi jaguh atau nak tunjuk handal.

Blogger anotherbrickinwall.blogspot.com kau memang suka jadi batu api ke? Kau rasa dengan apa yang kau tulis tu akan memberhentikan usaha aku untuk mendamaikan Rocky-Rais? Kau silap bro..makin kuat kau jadi batu api makin kuat aku usahakan pelan damai ni. Apa nak jadi, jadilah Eh! lupa pulak aku..nama blog kau pun dari spesies batu, apa nak heran kalau kau memang batu.

politikputramerdeka.blogspot.com/2010/10/rais-bodoh.html
..kau ni apa hal? Masa isu ni panas kau tak mau komen pulak..bila benda dah nak reda masa tu lah kau datang menyemak..Kau pun dari jenis spesis batu api ke? Spesies spesies batu api macam kau ni boleh kena sambar api petir bro..Macamlah kau pernah masuk dalam Angkasapuri tu dan tau macam macam hal..ke kau dah jadi spesies ahli nujum pulak?

aspanaliasnet.blogspot.com/2010/10/rocky-saudara-tidak-kesaorangan-bro.html pulak sibuk lambung Rocky dan hentam Rais. Macamlah dalam dunia ni takde satu jenis kebaikan pun yang Rais buat. Orang kalau tak suka bro, sebesar gunung pun kau buat kebaikan tetap dipandang taik..Kalau orang dah suka, yang taik pun boleh jadi wangi..

parpukari.blogspot.com ..penganalisa politik tersohor tanahair ni nampak gaya macam pening kepala..Rocky dianggap sebagai sifu dalam dunia blogging..ala macam M.Nasir dalam dunia muzik la ala-alanya. Sampai Parpukari nak bakar jambatan dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kau ingat ingat Parpu Jambatan Bosi kek Batu Kikir tu boleh ke terbakar? Namo pon eh bosi..takdo terbakar de..Macam pernah dengar ayat ni..tapi di mana ye?

Udah-udah le kau orang ni..jangan jadi batu api..Susah sangat ke kau orang nak membawa sedikit kebaikan dalam hidup kau orang..Jangan sibuk nak intai salah orang lain..jangan sibuk jaga tepi kain orang..susah sangat ke nak tengok Rocky-Rais bersalaman tanda berdamai..Ala salam macam kau orang buat masa Hari Raya hari tu..Ke sebagai pahlawan blogger dunia maya kau orang dah lupa cara nak bersalam? Namo eh alam siber..adat Melayu tetap Melayu..Payah bonar..Berpijak je pada dunia nyata...

p/s: Kau orang marah dengan apa aku tulis? Kau marah pun aku peduli apa..Aku rasa kau orang yang dari spesies batu api takkan marah pasal aku tak ada kaitkan perjuangan alam media maya kau dengan kaum keluarga kau orang..Yang Rais melenting sampai buat laporan polis bila ada nama keluarganya yang dikaitkan..Sendiri mau ingat..

Wednesday, October 13, 2010

Rais-Rocky: Akan kita damaikan mereka

Semua bloggers tahu akan salah faham yang berlaku di antara Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan blogger tersohor tanahair, saudara Rocky. Rasanya tidak perlulah kita panjang-panjangkan isu ini kerana bukanlah masa yang sesuai untuk kita bertelagah sesama sendiri. Ianya hanya berkisar kepada soal salah faham dan emosi yang tidak terjangka. Antara Rocky dan Menteri kita ibaratkan seperti aur dengan tebing dan carik-carik bulu ayam. Manusia memang tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan alangkah baiknya jika kedua dua pihak dapat mengakui kesilapan masing-masing dan mencari jalan ke arah kebaikan yang pastinya akan menguntungkan semua pihak.

Di ruangan ini, aku mohon janganlah ada pihak yang cuba mengeruhkan suasana dengan sebarang bentuk penulisan atau provokasi untuk menggagalkan sebarang usaha ke arah membetulkan sebarang kesilapan atau salah faham di antara mereka. Aku bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh sahabat blogger justread-whatever.blogspot.com/2010/10/to-rais-and-rocky-shake-hands.html berhubung perkara ini. Secara peribadi aku merasakan kemelut dan perselisihan faham di antara dua nama yang tersohor di bidang masing masing ini akan hanya membawa kepada kerugian kepada semua.

Kita buka lembaran baru dan episod baru dan yang lebih penting kita harus membantu untuk kemenangan Barisan Nasional di Galas dan Batu Sapi dan jauh lebih penting daripada itu membantu memenangi pilihanraya umum ke 13 nanti. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sunday, October 10, 2010

Galas: Saya ahli UMNO




'Saya masih ahli UMNO dan saya tidak pernah berjuang untuk PAS, saya hanya berjuang untuk rakyat Kelantan'.

'PAS sudah dapat mandat memerintah Kelantan dan kalau BN menang di Galas pun tidak akan menggugat pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan, kalau boleh beri kemenangan percuma pada BN pun tidak ada salahnya..lebih mudah untuk saya satukan kerja ketiga-tiga DUN di dalam kawasan Parlimen saya'..

Itu kata Ku Li semasa hadir di majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kelab Anak Gua Musang (KAGUM) di Bukit Jalil petang tadi.

Sejak Ku Li berucap di atas platform PAS di Kota Bharu berhubung isu royalti minyak semua orang PAS ingat Ku Li sudah menyokong PAS, semua orang PAS ingat Ku Li sudah belot kepada UMNO.

Dengan penjelasan Ku Li di atas tu orang orang PAS jangan ingat orang orang UMNO suka melompat keluar parti macam orang orang PKR..sekutu kuat PAS..Sesusah dan sesukar mana sekalipun, kami orang orang UMNO tetap akan mempertahankan UMNO. UMNO berjuang untuk bangsa dan bukan untuk jadi Menteri Besar yang dah tak tahu nak pencen.

Jelas bahawa PAS ditimpa satu penyakit yang dipanggil penyakit 'PERASAN'. Tahniah pada Ku Li di atas kesetiaan kepada parti. Nampak gaya PAS kena usahakan taktik baru di Galas selepas usaha 'memujuk' Ku Li menemui jalan buntu.

'Apa pandangan Tengku bila PAS kata mungkin akan meletakkan calon mereka di kalangan orang Asli?' 'Itu pilihan PAS dan kita pun ada calon kita'..Semangat melawan Ku Li sudah jelas..

Lawan tetap lawan!!!!!

Thursday, October 7, 2010

Galas: 4hb Oktober Hari Khamis..Kenapa rungsing?

Dalam Malaysia, adakah negeri negeri yang cuti amnya jatuh pada hari Khamis? Kalau soal tarikh pilihanraya Galas yang jatuh pada hari Khamis membawa kebimbangan kepada Nik Ajis kerana hari Khamis adalah hari bekerja maka sepatutnya kebimbangan yang sama seharusnya dirasakan oleh Barisan Nasional.

Adakah Nik Ajis merasakan bahawa semua pengundi yang menyokong dan akan mengundi Barisan Nasional di Galas adalah merupakan di kalangan mereka yang tidak bekerja? Agak keliru mengapa Nik Ajis dipetik sebagai berkata bahawa SPR hanya mementingkan Barisan Nasional di dalam pemilihan tarikh pilihanraya? Adakah SPR jika hanya mementingkan Barisan Nasional tahu bahawa pengundi pengundi Barisan Nasional di Galas adalah di kalangan mereka yang tidak bekerja? Adakah PAS tahu bahawa jika diadakan pilihanraya pada hari bekerja maka mereka akan tewas?Atau adakah ini sebagai satu alasan awal yang boleh digunapakai sekiranya mereka tewas di dalam plihanraya itu nanti?

Ada suara yang kedengaran berkata, bahawa jika diadakan pilihanraya pada hari Khamis iaitu pada hari bekerja..adalah sukar untuk mana mana parti membawa balik pengundi-pengundi Galas yang bekerja di luar Galas...tapi sepatutnya kesukaran ini turut sama dirasai oleh Barisan Nasional..kenapa hanya PAS yang merungut? Macam dah ada di ambang kekalahan saja nampak gayanya..Alasan akan tetap kekal sebagai alasan.

Monday, October 4, 2010

Orang bodoh saja berlagak cerdik




Siapa Azmin ?Ahli Parlimen Gombak?ADUN Bukit Antarabangsa? Kawan-kawan aku di Hulu Kelang atau khususnya di Ukay Perdana sendiri kata kelibat Azmin langsung tidak kelihatan di situ. Apa sumbangan Azmin kepada penduduk Ukay Perdana?Jalan naik ke Ukay Perdana semasa aku mengunjungi kawan aku di situ pada Hari Raya macam muka perempuan penuh jerawat..berlubang sana sini..Kalau jasa sekecil itu pun Azmin tak mampu tunaikan, mampukah Azmin menjadi sehebat Tun Mahathir yang dikatakan tersungkur itu?

Dah berapa tahun Azmin jadi Ahli Parlimen?Takkan jalan berlubang pun tak boleh nak dibaiki?Itu belum kita suruh Azmin buat jasa sebesar Tun Mahathir..suruh buat KLCC, buat KLIA, buat Sepang F1 Circuit..mampukah dia?Kalau tanya pada totok totok PKR dan Pakatan sah dia orang kata Azmin mampu..Kalau tengok gambar di atas, yang mampu Azmin buat hanyalah menyaksikan acara baling kerusi. Kalau benda sekecil itu pun Azmin tak mampu selesaikan, mampukah Azmin menjadi sehebat Tun Mahathir?

Rasanya nama Tun Mahathir satu dunia dah kenal siapa beliau..Azmin Ali kenalkah dunia pada namanya? Yang aku khuatirkan orang orang di dalam Parlimen Gombak tak semua yang kenal pada namanya..apatah lagi orangnya..

p/s: Orang kata jasa yang paling besar bagi seorang ayah ialah bila kasihkan anaknya dengan sepenuh hati baik anak kandung mahupun anak angkat yang tidak diketahui asal usulnya dan jasa seorang suami yang besar adalah menjaga aib seorang isteri..Dalam dunia perubatan moden, ujian DNA boleh membuktikan segalanya..Mana ada kena mengena dengan artikel di atas..sekadar renungan..

Galas: Takut benar PAS pada Ku Li


Belum lagi dinamakan calon oleh BN untuk siapa yang bakal bertanding di Galas, PAS kelihatan seperti tidak keruan, gusar benar. Hampir setiap hari ada sahaja nama Ku Li disebut oleh puak puak PAS. Baik di peringkat atasan mahupun puak puak PAS yang melepak di kedai kopi. Semuanya kalau boleh tidak mahu Ku Li terlibat di Galas..baik sebagai Pengarah Pilihanraya apatah lagi sebagai calon.

Jika PAS benar benar dekat di hati rakyat Kelantan, apa yang perlu PAS gusarkan dengan kehadiran Ku Li di Galas. Biarlah siapa pun yang BN hantar sebagai panglima di Galas, sepatutnya tidak perlu menjadi masalah pada PAS. Dalam berani berani PAS, rupanya ada juga yang PAS takutkan. Suruh sahaja wali besar dalam PAS mendoakan agar PAS menang di Galas atau adakah PAS sendiri ragu ragu dengan doa yang dipanjatkan oleh wali besar di dalam PAS? Sebagai orang yang beriman sepatutnya PAS yakin dengan apa yang mereka suarakan. Kalau wali pasti banyak karamah..Apa lagi yang perlu PAS gusarkan.

Bukan ke orang beriman cuma takutkan Penciptanya?