Thursday, August 29, 2013

Ayat PM Najib tak habis?

polis-senjataxxwaytha

Terima kasih Perdana Menteri Dato Seri Najib kerana akhirnya buat statement pasal Waythamoorthy.

'Sebagai anggota pentadbiran, kena senada dan sealiran dengan anggota pentadbiran'..Itu kata Perdana Menteri Dato Seri Najib. Benar dan tepat. Mana mungkin dalam setandan pisang ada pula terselit buah rambutan atau manggis.

Cuma Jebat rasa kata-kata Perdana Menteri Dato Seri Najib tentang tindakan Waythamoorthy ini seperti ayat tergantung. 

Alangkah bagusnya jika ayat Perdana Menteri Dato Seri Najib berbunyi 'Sebagai anggota pentadbiran, kena senada dan sealiran dengan anggota pentadbiran, JIKA TIDAK ELOK LETAK JAWATAN ATAU SAYA AKAN PECAT'

Agaknya, kalau Menteri Zahid Hamidi jadi nombor 1 mungkin itulah ayatnya atau mungkin orang seperti Waythamoorthy tak berani bersuara langsung!!

Apa pun, langkah terbaik daripada Perdana Menteri Dato Seri Najib. Terima kasih!!!

Tuesday, August 27, 2013

Mana Jalur Gemilang..why..why...why???


Kenapa makin kurang Jalur Gemilang di kenderaan, premis kediaman dan bangunan bangunan?

Why?  Why? Why?

Tidak patriotik?

Malas?

Tak ambil peduli?

Tidak dapat bendera free?

Kalau pasang bendera kat kereta nanti bendera akan jatuh kerana gam tidak kuat?

Wake up rakyat Malaysia!!!! Ada beberapa hari sahaja lagi..Pasang bendera je kot..Bukan mintak pergi perang. 

Majlis perasmian di Sungai Petani tempoh hari gempak..ramai yang hadir kerana sayangkan negara atau nak makan free? Boleh tapau?

Nanti ada pulak pembaca yang emosi kata EH!! CINTAKAN NEGARA BUKAN SEKADAR KIBARKAN BENDERA LAH JEBAT TETAPI PERASAAN CINTA DALAM HATI..AUWW..MANUSIA NI KADANG-KADANG BUKAN BOLEH DITEGUR...

Apa salahnya sekali sekala zahirkan rasa cinta..!!!

p/s: Kalau cinta awek agaknya perlu zahirkan ke tak? Kalau tak zahirkan jawabnya kena kebas der...!!!

UPDATE!!! :Betul ke Sukhoi tak boleh terbang?



UPDATE: Jebat cuba bertanya kepada sahabat yang bertugas di Tentera Udara Malaysia berkenaan kenyataan berkenaan Sukhoi ini. Sahabat Jebat mengatakan bahawa sebenarnya ada kekhilafan kepada kenyataan yang mengatakan Sukhoi tidak boleh terbang sebaliknya menurut sahabat Jebat itu, lumrah jet pejuang memang sukar diterjemahkan. Semuanya bergantung kepada banyak faktor sehingga menyebabkan kemampuan untuk terbang itu sukar ditentukan. Ada pesawat yang waktu tertentu tidak boleh diterbangkan tetapi kemudiannya mampu diterbangkan. Ada waktu mungkin 5 pesawat yang berupaya terbang tetapi sebelah waktu lainnya mungkin lebih jumlah pesawat yang mampu diterbangkan. Kata sahabat Jebat itu lagi bahawa semasa Ops Daulat tempoh hari, Sukhoi tidak terlibat tetapi Hornet dan Hawk sahaja yang terlibat. 

Benarkah apabila ada yang mendakwa jet pejuang Tentera Udara Malaysia tidak boleh 'terbang'?

Daripada 18 buah unit yang dibeli dengan harga keseluruhan RM 3.1 billion cuma sebuah Sukhoi sahaja yang mampu diterbangkan? Biar benar dakwaan tersebut.

Khabarnya yang diterbangkan semasa operasi Ops Daulat di Lahad Datu itulah satu-satunya Sukhoi yang boleh diterbangkan.

Baki 17 buah lagi dikatakan menghadapi masalah penyelenggaraan dan alat ganti.

Tambah dakwaan itu lagi, MINDEF sedang merancang untuk membeli pesawat tempur yang baru bagi menggantikan Sukhoi..Haisshhh...biar betul dakwaan ini..!!!

Jebat cuma terbaca artikel yang ditulis oleh blogger JUST READ DI SINI ...Teliti ayat yang ditulis oleh JUST READ..Mengenali JUST READ beliau tidak akan menulis sesuatu tanpa membuat kajian terlebih dahulu..

p/s: Kalau benar dakwaan ini boleh parah dibuatnya..Kapal selam tak boleh menyelam dan jet pejuang tak boleh terbang? Harap-harapnya berita ini adalah dakwaan liar semata-mata..

Cukup-cukuplah Tun M...


Siapa yang berani menafikan kehebatan Tun M?

Siapa yang berani menidakkan kemampuan Tun M?

Siapa yang berani menggelengkan kepala bahawa kemajuan Malaysia hari ini adalah kerana kebijaksanaan Tun M?

Tun M LEGEND..Tun M HERO MALAYA..Bukan sahaja di Malaya bahkan se-enterio dunia kenal siapa Tun M.

Orang luar lebih kenal Tun M daripada Malaysia.

Hebat Tun M bukan kepalang. Kita tahu bahkan semua orang tahu..Tak boleh nafi dan tak boleh pertikai.

Najib tak boleh tandingi Tun M..Bahkan Pak Lah lebih jauh daripada itu. Semua orang tahu.

Tun M..Ketahuilah..semua orang tahu bahawa Tun seorang yang cukup istimewa dan terbilang di Malaysia..Cukup tahu dan cukup sedar.

Tapi Tun M..Cukup-cukuplah hentam Tun Abdullah. Apa lagi yang tidak kena dengan Tun Abdullah. Kalau Tun M tak cakap pun kita semua tahu Tun Dollah lemah dan tidak sehebat Tun M. Bukan tandingan.

Jebat sampai simpati pada Tun Abdullah. Didesak untuk melepaskan jawatan Tun Abdullah akur. Terima dalam pahit.

Jadi apa lagi mahu Tun M dan apa lagi mahu kita semua? Gelakkan Tun Dollah sampai ke sudah? Cerca Tun Dollah sehingga Tun Dollah tak mampu angkat muka? Apa lagi mahu kita?

Cukup-cukuplah Tun M..Di usia sebegini rasanya cukuplah nak bercakaran dan mengkritik orang yang sudah dihukum. Apa lagi mahu kita?

Kedua-dua bekas Perdana Menteri dan kedua-duanya Tun..cukuplah..Jasa kalian tetap dihargai dan rakyat sudah cukup matang untuk menilai di antara kalian berdua siapa yang hebat. Tun M tak perlu gusar akan keadaan itu. Rakyat tak lupa jasa Tun M pada Malaysia.Selamanya!!

Satu sahajalah yang Tun M kena ingat bahawa Tun M yang melantik Tun Abdullah..!! 

p/s: Jebat hormati Tun M dan simpati pada Tun Abdullah..Cukuplah!!! 

Monday, August 26, 2013

PM pun tak bising..shhh...baik semua diam!!!


Bila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy mempersoalkan SOP pihak polis di dalam menangani gangster, banyak pihak khususnya sahabat blogger tampil melahirkan rasa berang.

Tidak cukup dengan blogger, Menteri Zahid Hamidi, Menteri Hishamuddin dan Menteri Shahidan Kassim pun terang-terangan menyuruh Timbalan Menteri Hindraf itu meletakkan jawatan kerana jelas etikanya itu bertentangan dengan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri.

Dalam pada kita menjerit dan menggesa Timbalan Menteri Hindraf ini meletakkan jawatan, persoalan yang kian mutar ligat di dalam benak kita ialah apakah pendirian Perdana Menteri terhadap tingkahlaku Timbalan Menteri Hindraf ini? Bukankah Perdana Menteri Najib Razak yang melantik beliau? 

Sehingga artikel ini ditulis, Najib seakan kelu lidah dan tidak memberikan sebarang komen. Rasanya kalau melibatkan ahli-ahli UMNO sudah awal-awal lagi Perdana Menteri Najib Razak mengeluarkan kenyataan bahkan mungkin sahaja kata dua.

Perdana Menteri Najib Razak tampak seakan kelu lidah apabila isu yang melibatkan cinabeng dan kini kaum yang satu lagi itu. Apakah Perdana Menteri Najib sudah lupa bahawa undi Melayu lah yang meletakkan beliau di kedudukan sekarang?

Ahhh..bukan sekali dua kita mengingatkan Perdana Menteri Najib Razak tetapi lenggoknya tetap sama.

Jadi pesan Jebat kepada sahabat-sahabat....PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK PUN TAK BISING APAHAL PULAK KITA NAK BISING..KITA SIAPA DIA SIAPA..SO YOU ALL BETTER SHUT UP!!!

JUST READ pun nampak naik angin satu badan...Cukup sinis ayat blogger Just Read..Jom baca!!!