Friday, May 7, 2010

Sibu: Penamaan calon












Gambar ehsan pisau.net melalui blackberry dia..aku ambik gambar pakai kamera kotak jadi tak sempat upload lagi...mana ada blackberry bhai..yang ada cuma motoberry jek..hahaha...


Ketika ini proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Sibu sedang berlangsung. Tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Kehadiran penyokong penyokong tidaklah seramai seperti mana mana pilihanraya kecil di Semenanjung. Penyokong-penyokong BN dilihat lebih mendominasi proses penamaan calon pilihanraya kecil Sibu ini berbanding dengan penyokong Fuckatan yang jika Nizar, Nik Aziz dan Nuar Berahim tengok mesti menangis berguling-guling kerana jumlahnya terlalu kecil.

Seramai kira-kira 100 orang puak Fuckatan tegar yang datang untuk memberikan sokongan yang tidak seberapa kepada calon mereka. Manakala penyokong BN tegar adalah dianggarkan seramai 500 orang. Adalah sesuatu yang menarik kerana ramai penyokong BN adalah datangnya dari golongan Cina yang sebelum ini dikatakan sebagai penyokong kuat Fuckatan.

Macam aku cakap dalam artikel aku sebelum ni..tiada jalan masuk 'pintu belakang' untuk Nuar Berahim di Sibu. KY Jelly mungkin tidak digunapakai di Sibu..
p/s: Aku akan upload gambar gambar seketika nanti bila aku aku upload gambar dari kamera kotak aku..

Sibu: Esok Nuar Juburi sampai untuk mencuba nasib

Esok, Nuar Juburi akan sampai ke Sibu..mencuba nasib dalam mencari populariti dan paling menakutkan kalau datang mencari jambu. Kalau ikut persekitaran bandar Sibu memang agak payah nak cari jambu kerana di bandar Sibu rata-rata nampak gambar tapak kaki...reflexology centre.

Tertumbuhnya pusat reflexology macam cendawan selepas hujan di Sibu, satu petanda bahawa tabiee 'masuk pintu belakang' tak boleh diterima pakai di Sibu. Atau mungkin tujuan sampai ke Sibu hanya sebagai pembekal KY Jelly kepada industri urut-urutan yang terkadang hingga tersalah tempat untuk di urut.

Kalau setakat tahu sebaris dua ayat Cina masa nak bermukadimah sebelum memulakan ucapan tak payahlah. Di Sibu, puak-puak nakal terkawal susah untuk dibeli oleh Nuar. Sebagai Perdana Menteri yang hanya setakat di kawasan Permatang Pauh, berapa sen sangat yang Nuar boleh hulurkan pada orang-orang Sibu. Tapi KALAU RINGGIT DARI SELANGOR DAN PULAU PINANG diimport, mungkinlah boleh dibeli seorang dua pengundi..Jadilah, macam tulah standard Perdana Menteri Permatang Pauh.

Kalau Nuar mahu, jadi TUAI RUMAH PANJANG MUNGKIN BOLEH...

Tekadkan pilihan, undilah BN!!!!

Sibu: Undi BN dapat RM 500 juta?

'Zaman ini zaman duit takde duit diri tersepit'..Tu lirik lagu DUIT yang M. Nasir nyanyikan dulu..

Kalau ikut di Sibu ni rasanya ada benar dengar tajuk lagu tu. Di Sibu kebanyakkan rumah-rumahnya kelihatan lebih mewah berbanding dengan rumah-rumah di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain di Semenanjung. Kalau dah abang long yang monopoli ekonomi Sibu memang selayaknya Sibu jadi macam tempat himpunan orang-orang kaya yang garang terkawal.

Puak DAP awal-awal lagi dah cakap yang BN akan membelanjakan RM 500 juta untuk piliharaya kecil Sibu ni. Mana dia orang dapat jumlah tu..entah benar entah tidak aku pun tak tahu..Tapi kalau benar, maka orang-orang Sibu pastinya tersenyum puas kalau mengundi BN. BN bukan sekadar cakap tetapi BN cakap berserta bukti. Lihat saja di Hulu Selangor, biarpun BN kalah di peti undi Bukit Rasa tetapi BN tetap menunaikan janjinya yang dijanjikan sewaktu masa berkempen. Inilah lebihnya BN..JANJI DI KOTA.

Kalau benar sebanyak itu jumlah yang akan dibelanjakan oleh BN sewajarnya orang-orang Sibu mengundi BN kerana tampak jelas ekonomi orang-orang Sibu cuma boleh diimbangi oleh BN sebagai kerajaan yang berwibawa dan mampu membantu orang-orang Sibu. Apalah yang boleh DAP sumbangkan pada pengundi Sibu yang majoriti tampak mewah? Baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat semuanya di bawah BN, maka sewajarnya BN lah yang dipilih pada 16hb ni.

Kalau dah DAP sendiri memaklumkan kepada kita jumlah wang yang bernilai RM 500 juta itu akan disumbangkan oleh BN untuk kemajuan Sibu, apa lagi yang perlu difikirkan oleh orang-orang Sibu. Jadi orang Sibu mahukan apa untuk diri mereka...??PILIH RM 500 JUTA atau PILIH WAKIL RAKYAT YANG LANGSUNG TIDAK AKAN MEMBANTU APA-APA..MASUK ANGIN KELUAR ASAP!!

Tekadkan pilihan, undilah BN!!

Tuesday, May 4, 2010

Siapa nak mengaku taik di tengah jalan

Kickdefella yang dah kena kick dari kem puak hijau terus menghentam puak hijau. Semua cerita dia telanjangkan sampai berasap punggung pimpinan puak hijau. Tapi wali selipar masih mendiamkan diri. Kalau kena batang hidung, hadith ke mana Al Quran ke mana..senyap dan sunyi..Nilah kelebihan yang ada pada wali selipar yang kuat makan kek ni...ilmu mendiamkan diri. Lebih kurang sama hebatnya dengan budak Permatang Pauh yang lebam mata dan kemaruk nak jadi Perdana Menteri tu. Kalau wali selipar ni punyai kehebatan mendiamkan diri, budak Permatang Pauh ni pulak kehebatan tangguh-menangguh. Tangguh punya tangguh 10 Mei dah dekat..jangan buat-buat lupa pulak.

Puak hijau siap buat sidang akhbar nak kasi tau pasal dakwaan Kickdefella..Sidang akhbar semata-mata nak spin isu ke?Kalau ikut tradisi puak hijau...dakwa mendakwa dialah juara. Tapi bila kena hentam dengan Kickdefella, senyap terus jadi macam anak dara sunti yang nak kena pinang. Bagus puak hijau...cepat belajar dari budak Permatang Pauh yang kena londeh seluar masa dalam mahkamah hari tu..Apa nama password tu? Mokhtar? Puak hijau dah tahu kalau dia dakwa Kickdefella lagi macam-macam cerita akan keluar dan lagi busuk jadinya puak hijau. Ada tak ada kena sabar banyak-banyak puak hijau kalau tak boleh jadi Incredible Hulk dibuatnya.

Jadi strategi mudah yang puak hijau gunakan untuk tepis dakwaan Kickdefella ialah dengan katakan pada rakyat Malaysia 'TAIK SIAPA TENGAH JALAN NI'..Taik ahli syurga puak hijau wangi ke agak-agak kau orang? Kalau makan kek yang harganya mahal mungkinlah wangi kot..

Saturday, May 1, 2010

Bersuara ikut tekak

Kita bertemu lagi setelah seminggu aku membisu dan membungkamkan diri dari menyatakan apa-apa. Sejak pulang dari Hulu Selangor aku mengambil keputusan untuk merehatkan sejenak kepala dan minda dari terus memikirkan calar balar politik negara yang sudah semacam tidak ada titik noktahnya. Telinga dan gegendang telinga aku hampir tepu setelah hampir tiap-tiap malam selama 2 minggu mendengar dakyah-dakyah yang Pakatan hamburkan semasa kempen pilihanraya Hulu Selangor tempoh hari. Mata dan anak mata aku hampir rabak bila melihat Pak Haji dan Mak Haji puak hijau bertepuk sakan mendengar orang-orang bukan Islam menghentam pemimpin-pemimpin Islam Barisan Nasional. Mungkin ada benarnya jika orang kata dunia sudah mahu kiamat...kerana ada di antara tanda-tandanya sudah jelas kelihatan..ORANG JAHIL MENGAKU ALIM DAN MENJADI GURU..DAN APABILA LAMBANG DAJJAL BERMATA SATU DIJULANG TINGGI OLEH ORANG ORANG ISLAM. Dan selemah-lemah iman apabila aku hanya mampu menegur di dalam hati. Dengan kudrat dan izin Allah jua.

Baik..kita lupakan soal Hulu Selangor yang telah jelas memihak kepada Barisan Nasional. Biar seribu undi biar satu undi..menang tetap menang.

Rakan blogger seolah menyedarkan aku dari lamunan dan membangunkan aku dari tindakan membungkamkan diri. Menerima sms dari rakan blogger berhubung demo yang mahu dianjurkan oleh si roket tegang mencanak membuatkan kepala otak aku berputar ligat semula. Apa pulak si kulit kuning telur ni mahukan? Khabarnya..esok tengah hari di KLCC mahu diadakan protes terhadap media arus perdana..Di khabarkan si kuning telur roket ni mahu memegang suratkhabar arus perdana di dalam keadaan terbalik selama 10 minit dan mesej yang mahu disampaikan adalah tentang ketidakboleh percayaan terhadap suratkahabar arus perdana ni. Jadi, suratkhabar mana dan media mana yang boleh dipercayai?

Secara peribadi, aku membaca Harakah dan Suara Keadilan hampir tiap-tiap hari. Aku sekadar baca dan isi kandungannya tidak langsung mengusik minda aku untuk berfikir. Dan aku percaya bahawa akan ada di antara kita yang akan mempercayai isi kandungannya. Tidak ada salah kerana itu pendirian masing-masing. Tidak semua orang akan percaya dengan apa yang kita perkatakan. Tetapi lumrah alam..yang busuk dan mengundang dosa itu yang disukai orang.

Kalau sejernih itu kerajaan yang ditunjangi UMNO memberikan permit kepada Harakah dan Suara Keadilan, kebebasan bersuara apa lagi yang mereka mahukan?Apakah mereka mahukan seluruh rakyat mempercayai berita yang mereka keluarkan? Atau adakah mereka sudah semakin gusar kerana tanda-tanda rakyat kembali ke pangkuan Barisan Nasional sudah digambarkan di Hulu Selangor? Apa yang perlu mereka khuatirkan sekiranya berita yang disampaikan oleh media mereka benar-benar diterima oleh rakyat? Soalnya, mereka sudah mula nampak bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh lagi di perbodohkan dengan persepsi. Sebaliknya, bukti-bukti kejayaan Barisan Nasional sudah mencelikkan mata rakyat dan ini menggusarkan mereka justeru pada mereka media arus perdana yang menjadi saluran penyampaian kejayaan kerajaan ini kepada rakyat harus mereka kuburkan.

Kita tunggu sahaja esok dan kita sama-sama lihat sambutan terhadap demo ini. Moga-moga rakyat tidak lagi benak akal fikiran dengan menyertai mereka dan yang paling utama jangan sampai ada TANGGANG DI KALANGAN ANAK MELAYU ...MENDERHAKA PADA IBU PERTIWI SENDIRI.