Thursday, August 18, 2011
Liciknya Guan Eng
Gua sikit pun tak heran kalau suara Melayu Pulau Pinang tak mendapat tempat di halwa telinga Guan Eng. Sebabnya Melayu Pulau Pinang bukan kuasa penentu kepada majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.
Mungkin Melayu Pulau Pinang jumlahnya separuh dari pengundi Pulau Pinang tetapi umum tahu Melayu bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh negera sudah berpecah kepada 3. Undi kepada UMNO, PAS dan PKR. Perebutan kuasa undi Melayu yang sekaligus memecahkan majoriti Melayu memberikan laluan yang cukup lapang buat DAPigs.
Justeru apa sahaja yang Guan Eng lakukan di Pulau Pinang haruslah berjaya menambat hati pengundi kaum Cina. Melayu Pulau Pinang tidaklah menjadi kegusaran kepada Guan Eng kerana PAS Pulau Pinang sudah boleh diharap untuk mengimbangi kekuatan UMNO Pulau Pinang. Perpecahan undi Melayu tidak lagi boleh dihalang selagi PAS tidak mencelikkan mata melihat senario.
Soal pembesar suara dan lain-lain lagi hanyalah untuk menambah kecintaan pengundi Cina kepada DAPigs. Kerana hanya dengan kemenangan besar daripada pengundi Cina sahajalah, Guan Eng tidak perlu mengemas barang-barangnya untuk pulang ke Melaka.
Apa yang Guan Eng mahukan sekarang adalah 'survival' sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana dia tahu tidak akan ada laluan mudah dan tidak akan ada kerusi untuknya di negeri lain sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Uncle Lim dari seberang Tambak Johor pasti tersenyum lebar melihat kelicikan Guan Eng di dalam mengawal senario politik Pulau Pinang. Pulau Pinang atau sesuai dengan gelaran namanya sebagai Pulau MUTIARA sesukar manapun pasti mahu dipertahankan sebagai kerusi empuk kepada DAPigs. Ada platform mudahlah merencanakan 'pembangunan' di negeri itu.
Apa yang dibangunkan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment