Sunday, March 6, 2011

Tahniah untuk warga Merlimau


Sekalung tahniah dan penghargaan kepada anak-anak Merlimau kerana bijak membuat keputusan di dalam memilih Yang Berhormat yang mewakili mereka.

Tahniah jua kepada jentera Barisan Nasional khususnya kepada YAB ikon negeri Melaka, Tok Ali di atas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen malah sebelum itu lagi.

Kepada pimpinan-pimpinan negeri Melaka, lihat sahaja betapa Tok Ali sememangnya layak untuk mengepalai saudara-saudari.

Kepada sayap-sayap Barisan Nasional, Wanita, Pemuda dan Puteri, anggap saja apa yang kalian lakukan sebagai satu ibadah di dalam mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

Kepada pucuk pimpinan pusat, jutaan terima kasih di atas sokongan yang kuat di dalam menghadapi getir ketika tempoh berkempen. Anak Melaka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Kepada YB yang baru dinobatkan, YB ROSLAN AHMAD kemenangan ini adalah suatu anugerah buat saudara dan sesuatu anugerah itu pastinya memerlukan pengorbanan. Saudara kini adalah 'milik rakyat'. Kemenangan ini pastinya membuatkan banyak mata yang melihat tingkahlaku saudara dan sifat takbur bongkak hanya akan mengundang bala yang tidak tertanggung.

Perjalanan kita masih jauh dan langkah kecemerlangan yang kita mulakan hari ini hanyalah langkah permulaan untuk kita terus melangkah. Di dalam langkah kadangkala jatuh tersadung dan tersadung itulah yang mematangkan kita.

Salam tahniah dan mohon barakah yang berpanjangan kepada warga Merlimau khususnya dan anak-anak Melaka khasnya.

2 comments:

  1. SYABAS BETEYYY HUHUHU

    ReplyDelete
  2. JEBAT???
    nampak sangat kome ni pengkianat...
    SABO je la...

    ReplyDelete