Friday, September 24, 2010

UMNO dengan UMNOnya, PERKASA dengan PERKASAnya..Segalanya untuk Melayu

Agak hairan bilamana terdengar ada pimpinan UMNO yang merasakan tidak perlu sebarang kerjasama dengan PERKASA berhubung isu Melayu. Kalau dulu beria-ia kita mahukan kerajaan perpaduan UMNO dan PAS atas nama Melayu, kenapa sekarang bila mahu dijalinkan UMNO dan PERKASA atas nama kepentingan umat Melayu, ada pimpinan UMNO yang berkata tidak perlu wujudnya ikatan ukhwah itu. Tidak lagi boleh kita harapkan PAS untuk penyatuan umat Melayu bila alim besar di dalam PAS sendiri sudah mengakui tidak berbangga menjadi umat Melayu. Kalau sudah tidak bangga, maka kepentingan dan halatuju Melayu bukanlah suatu agenda yang menjadi keutamaan dan tunjang.

Persoalannya: Mungkinkah pimpinan UMNO yang menolak untuk kerjasama erat antara UMNO dan PERKASA berhubung isu Melayu merasakan yang kehadiran PERKASA hanya akan menyempitkan ruang kerjaya politik mereka lantaran detik pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir?

Persoalannya: Mungkinkah kerjasama UMNO dan PERKASA akan menjadi satu platform atau batu loncatan kerjaya politik kepada ahli-ahli PERKASA yang pernah terkecewa di dalam UMNO menjelang pilihanraya ke 13?

Masalahnya: Agenda Melayu yang penting atau agenda peribadi yang lebih penting?

Yang tidak perlu menyibuk dalam hal ini: PAS dan lain lain parti politik kerana isu ini hanyalah untuk kepentingan umat Melayu. PAS tidak perlu masuk campur di dalam hal penyatuan Melayu kerana pimpinan PAS sendiri tidak bangga menjadi Melayu. Tambahan pula, PAS seperti lebih cenderung untuk bekerjasama dengan parti parti politik bukan Melayu.

Aku tetap bangga menjadi Melayu dan kata azimat Tun Tuah 'Takkan Melayu hilang di dunia' akan sentiasa terpahat di hati..Juga terima kasih kepada Melayu terdahulu yang telah membina empayar Melayu untuk menjadi segagah ini.

Biarlah UMNO dengan UMNOnya dan PERKASA dengan PERKASAnya...Segalanya untuk Melayu..Kalau ada yang tak berapa nak Melayu mungkinlah kurang bersetuju dengan kerjasama ini. Jangan sampai kena tulis sebuah buku lagi yang mengatakan 'Aku pun Melayu'. Teruk sangat ke Melayu sampai perlu diterangkan bahawa dirinya Melayu..Dulu-dulu tengok saja adab dan adat semua orang tahu kita ni Melayu atau tak berapa nak Melayu. Kalau macam ni..Melayu boleh jadi kayu!!!

No comments:

Post a Comment