Friday, September 10, 2010

Khutbah raya pun nak politik?Ikut suka lu lah labu

Mula mula aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin pada semua umat Islam di seluruh dunia pasal umat Islam ada di seluruh dunia tidak hanya ada di negeri yang menggelarkan negeri dia orang sebagai Serambi Mekah. Ke orang di Serambi Mekah lebih alim dan lebih Islam dari orang Islam di tempat lain?Bab tu kita tak payah komen kerana hanya Allah yang maha tahu tentang kealiman seseorang. Ada ke orang yang boleh pastikan seseorang itu masuk syurga?Itu juga kita tak perlu komen.

Berbalik pasal soal Hari Raya. Di Melaka, orang orang tua kata Hari Raya ni sebagai hari baik bulan baik. Jadi kalau dah hari baik bulan baik, seharusnya kita bercakap benda benda baik. Biasanya dalam khutbah Hari Raya, orang akan bercakap soal perpaduan sesama Islam dan betapa pentingnya ukhwah sesama umat Islam dipelihara selain dari tentang barakahnya bulan Ramadhan. Itulah yang selalunya disebut dan diingatkan.

Lain pula jadinya dalam khutbah Hari Raya di sebuah surau di Serambi Mekah hari ni. Aku tak kisah kalau nak puji kerajaan negeri tinggi melangit tapi bila sampai menyentuh tentang dasar dan keinginan kerajaan negeri Melaka, ini sudah lebih. Isunya tentang soal penubuhan sekolah untuk remaja hamil. Dikatakan dalam khutbah itu bahawa tindakan kerajaan negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah itu lebih banyak mendatangkan mudarat kerana seolah olah menggalakkan remaja untuk terjerumus ke lembah maksiat. Itu pandangan dan aku tak mahu salahkan pandangan sesiapa. Tetapi yang aku ingin katakan di sini adalah tak perlulah sampai menyentuh perkara sebegini di dalam khutbah Hari Raya. Seharusnyalah, perbedaan ideologi politik di ketepikan semasa di dalam rumah ibadat tambahan pula di dalam suasana Hari Raya. Inilah susahnya kalau dah kemaruk politik dan gila kuasa. Apa nak buat kalau dah rasa diri akan ke syurga batas batas kemanusiaan pasti akan diketepikan.

Aku tak mahu terikut rentak apa yang berlaku di dalam khutbah itu tadi, justeru aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia baik dari UMNO, PAS dan PKR. DAP ada juga yang Islam ke?

7 comments:

  1. Utk makluman semua Khutbah di Kelantan baik Jumaat atau H.Raya di sediakan oleh MAIK dan MAIK macam juga MAIS bukan di bawah Kerajaan Negeri. Harap Maklum dan jgn nak cari dosa

    ReplyDelete
  2. kalau khutbah tu depa sendiri yang ubah, hang nak kata ape??? tu kan juak-juak PAKATAN suka ubah ikut suka hati...ada faedcah politik, balun je...

    eh, kalau dulu siap kafirkan UMNO sebab bergabung dengan MCA & MIC, sekarang ape cerita???

    kalau dulu HUKUM HUDUD diperjuangkan, kenape ada kononnya kesepakatan dalam PAKATAN takda soal pasal hukum HUDUD ni??

    jangan nak salahkan kerajaan sekarang kalau tak buat hukum hudud, sebab banyak benda kena diteliti...tak macam PAS, boleh saje...macam senang je nak laksanakan...lepas KAPAL sergah, kecut teluq...

    hakikatnya, perjuangan nak laksanakan hukum hudud PAS hanyalah miodal politik semata-mata...takda lebih dari itu...kalau tak, dah lama KELANTAN buat hukum hudud tu...tak payahlah nak salah kerajaan sekarang...

    ReplyDelete
  3. Sokongggg.
    Kalau nak lihat bebenor, banyak juga gadis2 yang hamil ini datang dari Serambi Mekah.
    Bukan kita nak cakap apa, cuma kalau objetif UMNO nak tolong orang Melayu dah banyak terbukti selama 53 tahun merdeka. Banyak doktor dan jurutera yang telah dilahirkan dan banyak pula yang lupa jasa-jasa UMNO kepada mereka. Kalau dikatakan haram ambil dari UMNO, bagi lah balik. Kamu semua dah pandai dan kaya raya pun. Tentang Jasa pada ugama dan bangsa, apa PAS boleh ketengahkan. Dari segi objektif, PAS kata nak buat HUDUD, buat Masjid. Nampaknya, UMNO yang lebih buat Jasa untuk Kelantan masa pemeritnahan. PAS tak da apa nak didabekkan melainkan buat fitnah demi rakusan kuasa dan pecahbelahkan umat. Kalau Amanat Hadi diterima maka bukankah amanat ini jugak telah mengkafirkan pemimpin2 mereka lebih2 lagi si pembawa Amanat ini. Sebab itu mereke dilaknatkan bersekongkol dengan parti kafir DAP yang memang amat sangat menentang Negara Islam.

    ReplyDelete
  4. Minal Aidin Wal faizin Bos ... !

    ReplyDelete
  5. aku dah cakap, jangan kawin orang kelantan. kau degil.

    hehehehehe!

    macam aku takpa ler... orang kelantan yang kawin aku!

    ReplyDelete
  6. haha..ha..ha,,Jebat kao kawin ngan awek kelantan ker?????? ha ha ha kira roh kao dah separuh PAS woi!

    ReplyDelete
  7. mane2 undang negeri yg bertentangan dgn undang persekutuan scr automatik terbatal. tu pasal x boleh buat hudud dlm ngri kelantan. kau x bace general law atau ko mmg bodo

    ReplyDelete