Monday, September 27, 2010

Pilihanraya kecil Galas: Tengku Razaleigh menjadi penggalas BN


Takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima di atas pemergiannya ke rahmatullah semalam. Biarpun kita dari ideologi dan fahaman politik yang berbeza tetapi sebagai sesama Islam kita mesti mendoakan agar rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang soleh. Amin....

Dalam tempoh 60 hari, satu lagi pilihanraya kecil akan di adakan. Benar, menang kalah BN di Galas tidak menjadi kudis dan kurap kepada PAS di Kelantan. Tetapi sekali lagi pilihanraya kecil akan menjadi kayu pengukur untuk mengukur sejauh mana kecenderungan pengundi di dalam memilih wakil parti politik yang bertanding sebelum diadakan pilihanraya umum ke 13.

Bila bercakap soal DUN Galas yang terletak di dalam kawasan Parlimen Gua Musang, semua orang akan terbayang wajah Ku Li. Ku Li yang sudah lama bertapa di Gua Musang, dilihat sebagai faktor utama untuk menggalas tanggungjawab menang kalah BN. PAS pasti agak berkerut dahi memikirkan tentang kehebatan Ku Li di situ. Dan pastinya PAS sedar, pertembungan sengit seperti yang berlaku di Manek Urai akan berulang. Laluan PAS untuk mengekalkan kerusi tersebut pastinya akan penuh dengan ranjau dan duri. Tak apalah..masih terlalu awal untuk kita menduga.

Cuma yang sedang aku kira kira dan fikir fikirkan adalah tentang sejauh mana Ku Li akan mengambil tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab SEPENUHNYA untuk membantu kemenangan calon BN. Umum tahu isu royalti minyak pasti akan menjadi modal perang PAS untuk membelasah BN dan tambah mengerutkan kening bila terbayang wajah Ku Li berucap di stadium di Kota Bharu di atas platform PAS untuk membicarakan isu royalti minyak.

Kita berharap Ku Li akan teguh memegang panji dan mengibarkan bendera Barisan Nasional di Galas. Orang lama tidak mudah lupa asas perjuangan.

5 comments:

  1. kalau Tok PA dan KU LI bersatu sebagai pasukan, insyaallah BN boleh menang..benda tak mustahil...

    ReplyDelete
  2. BN perlu menang. Saya orang Peghak. Susoh sikit hidop bawah kerajaan boneka dulu.

    ReplyDelete
  3. umno tak peduli ku li lama dah...kenapa tiba2 dia jadi penting, ada udang disebalik mee kot, mahyuddin tak confident jadi pengarah pilihanraya umno ke??, atau kes tai -chi, trick lama daa.....

    ReplyDelete
  4. pilihan yg bijak...Ku Li n Tok PA pasukan yg mantap...lgpun dia ore klate,anak kelantan..bt gapo ore lain nak sibuk galas pulok..betul tak jebatberkokok...

    ReplyDelete
  5. Cuma bukan orang UMNO saja yang beranggapan bahawa UMNO tidak memperdulikan Ku Li..Ku Li dianggap sebagai otai di dalam UMNO..Kenapa bersungguh sungguh puak sebelah sana nak halang Ku Li dari jadi pengarah pilihanraya..kalau takut kalah cakap je..kan senang..

    ReplyDelete