Tuesday, September 21, 2010

Ke mana haluan blogger pro BN?

Rasanya, ramai blogger yang sudah terlupa bahawa kita makin menghampiri kepada detik pilihanraya umum ke 13. Kalau dulu, ramai blogger pro BN yang halatujunya cukup jelas iaitu membela para pimpinan dan dasar BN tapi kini haluan blogger pro BN di dapati ibarat lalang yang akan condong ke mana ditiup angin. Seakan mengikut rentak blogger pro pembangkang, blogger pro BN seperti sudah lupa asas perjuangan di dalam penulisan.

Benar dan tidak salah memberi pandangan dan teguran tetapi wajarkah membuka pekung di dada di dalam masa yang semakin hampir kepada pilihanraya umum ke 13? Tidak pernah kedengaran dan jika ada pun bilangannya amat kecil di kalangan blogger pro pembangkang yang dengan secara terbuka menghentam dasar dan pimpinan mereka sebaliknya dewasa ini blogger pro BN amat gemar dan tanpa segan silu menghentam dasar dan pimpinan BN. Apabila ditanya pada mereka kenapa mereka membuat teguran ini, mereka akan mudah melenting dengan berkata 'benda tidak betul perlu ditegur'. Benar, apa yang diperkatakan mereka ini, tetapi adakah kita sedar bahawa teguran yang membuta tuli dengan kenyataan yang terbuka untuk tontonan umum di alam maya ini hanya menampakkan kelemahan yang ada pada diri kita. Jangan hanya kerana terlalu mengejar hits dan jumlah pembaca, kita sampai terlupa untuk menjaga asas perjuangan. Menghentam secara terbuka hanya akan mendatangkan kesan yang buruk kepada keputusan pilihanraya ke 13 nanti.

Pernahkan kita dengar di kalangan blogger pro pembangkang yang melabelkan pimpinan mereka dengan nama nama yang jelek? Biarpun pimpinan mereka membuat dasar dan kenyataan yang terkadang tidak langsung boleh diterima akal mereka akan tetap mempertahankan kenyataan ketua mereka. Itulah prinsip perjuangan yang seharusnya diguna pakai semula oleh blogger pro BN.

Jangan hanya bangga mendabik dada menggelarkan diri sebagai blogger pro BN sekiranya asas perjuangan dilupakan. Siapa yang menjadi kolonel perang dan siapa pula menjadi prebet prebet yang menerima arahan dari kolonel perang? Susah untuk berjaya di dalam perang sekiranya prebet prebet pun terlalu bijak memberi arahan dan pandangan dan mungkinkah di atas puncak gunung akan ada dua ekor harimau?Kalau adapun pastinya seekor akan mati bercakaran sesama sendiri dan yang ruginya adalah diri kita sendiri. Asasnya, kita cuma mahukan keputusan yang terbaik di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Segera sedar dan kita rapatkan saf..

Ikhlas dari sahabat marhaen...jebat...

2 comments:

  1. tegur menegur adalah baik sesama kita, pemimpin jangan terlalu angkuh sampai x mau menerima hakikat kelemahan diri. Pandangan rakyat adalah cerminan baik buruk akhlak kita. jangan jadi pak turut mcm pengkiut PAS yg sampai jadi tahap jumud dan bebal kerana kejahilannya..

    ReplyDelete
  2. jgn jadi pengikut yg bisu dan buta. demokrasi adalah pilihan untuk rakyat, drpd rakyat dan kpd rakyat. Pemimpin BN jgn takbur kalau BN masih mau jadi parti yg relevan pada zaman celik intelektual ini...

    ReplyDelete