Friday, December 4, 2009

Perhimpunan Sokong Nik Aziz: Sokongan atau proses membersihkan nama?



Bukan main bangga lagi PAS kata sepuluh ribu orang rakyat Kelantan datang menyertai perhimpunan untuk menyokong kepimpinan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan membantah gesaan UMNO/BN supaya Nik Aziz melepaskan jawatan. Sebegitu besar negeri Kelantan adakah dengan kehadiran sepuluh ribu orang di dalam perhimpunan itu menggambarkan suara keseluruhan rakyat Kelantan?Lagipun Jebat tidak pernah hairan dengan perkara ini kerana PAS memang terkenal dengan kebolehan untuk berarak di tengah jalan dengan menarik semua golongan termasuklah kanak kanak yang tidak tau langsung soal politik negara. Tanpa mengambil kira faktor faktor ini PAS dengan angkuh mengatakan semua rakyat Kelantan menyokongnya. Aduhai..rakyat Kelantan relakah diperbodohkan sehingga tiupan sangkakala?

Dalam perhimpunan itu, menantu Nik Aziz yang terbijak di Kelantan sehinggakan tiada orang lain di dalam Kelantan yang boleh dilantik sebagai CEO oleh bapak mertuanya wali keramat tahi kucing turut hadir dan mengatakan perhimpunan ini merupakan satu signal kepada UMNO yang PAS akan terus mentadbir negeri Kelantan! Bahasa mudah untuk CEO menantu kesayangan bapak mertua ni....PUSING CERITA! Sayang betul bapak mertua kepada menantu hingga dianjurkan perhimpunan yang boleh memberi ruang kepada si anak menantu untuk membersihkan nama..serampang dua mata..membersihkan nama sendiri dan nama si bapak mertua..

Bapak mertua yang di gesa oleh Hadi Awang dan rombongannya supaya si menantu meletakkan jawatan sebagai CEO nampaknya gagal membendung perasaan kecintaan kepada menantu. Si menantu dengan bangga kata akan melepaskan jawatan itu pada 23 Mac 2009 selepas perlu memberi notis 3 bulan? Macam tak iklhas je si bapak mertua suruh menantu kesayangan melepaskan jawatan? Benar..perlu ada notis tetapi sepatutnya atas dasar kebertanggungjawaban si bapak mertua boleh memecat si menantu 24 jam kalau dia mahu dan ikhlas dan membayar gantirugi kepada si menantu?Soalnya kenapa tak buat? Macam perlu ada ruang yang diberi kepada si menantu....ADA KERJA KERJA PEMBERSIHAN YANG PERLU DIBUAT DI PEJABAT CEO ITU KE?

3 comments:

  1. Salam Jebat, Nik Aziz merasakan dia lebih besar dari Sultan Kelantan....... dia penjaga syurga, sebab itu ramai rakyat Kelantan mesti jaga hati Nik Aziz, kalau tak nanti masuk neraka.....

    ReplyDelete
  2. Siapa Nik Aziz sebenarnya?Nik Aziz tidak lebih dari penjual agama yang menggadaikan agama untuk kepentingan politik dan rela tunduk kepada golongan kafir semata mata kerana mahu menunaikan kepuasan politiknya..Hampir semua rakyat Kelantan tertipu dengan dakyah yang kononnya dia hidup sederhana walaupun berjawatan menteri besar..Rupa rupanya menantunya adalah seorang CEO..Tipah teripu..Benar kata Yang Gambi..terima kasih..Jebatberkokok

    ReplyDelete
  3. Buta sejarah betul korang ni. Nik Aziz adalah keturunan Raja Jembal yang sepatutnya memerintah kelantan. Bapa Nik Aziz yang sengaja tak nak ambil pemerintahan tersebut dan mengugurkan penggunaan gelaran diraja atas sifat tidak mahu bermegah. Cuba pergi semak balik salasilah keturunan Nik Aziz dalam kesultanan kelantan.

    ReplyDelete