Wednesday, December 2, 2009

Mahfuz kata tohmahan pada Nik Aziz ada agenda tertentu



Naib Presiden PAS, Mahfuz kata seperti yang dilaporkan di dalam Harakahdaily tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pada Nik Aziz (ulamak pendoa bala) adalah agenda UMNO dan BN untuk mengkucar-kacirkan PAS.

Jebat hairan dengan kenyataan Mahfuz ini kerana sebelum ini bahkan sejak dari dulu lagi PAS dan Pakatan Sewel inilah yang telah lama melemparkan tohmahan dan fitnah kepada pemimpin pemimpin UMNO dan BN. Jadi apakah agenda yang cuba dilakukan oleh PAS kerana sering melemparkan tohmahan dan fitnah kepada UMNO dan BN?Adakah ianya suatu tindakan suka suka dan tidak mempunyai agenda tersendiri?

PAS sering melemparkan tohmahan sehinggakan menyamakan UMNO dengan syaitan dan macam macam lagi tohmahan jahat tetapi apabila UMNO cuba menyedarkan Nik Aziz untuk tidak mendoakan bala sesama Islam, PAS mengambil pendekatan dengan mengatakan bahawa nasihat yang diberikan oleh UMNO itu sebagai suatu tohmahan untuk mengkucar-kacirkan PAS. Double standard ke PAS ni?

Jelas di sini perjuangan PAS dan Pakatan Sewel ni hanya untuk kepentingan sendiri dan sekiranya mereka berkuasa suara dan pandangan rakyat pastinya akan ditolak mentah mentah dan akan dianggap sebagai tohmahan dan fitnah.

Jika suara dari pimpinan tertinggi negara pun PAS tidak mahu dengar apatah lagi suara dari rakyat marhaen!! Rakyat Malaysia tidak sebodoh yang PAS sangka..

3 comments:

  1. umno pandai sume....
    1malaysia 1bangsat 1agama... hahahaha

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dengan apa yang anon 5:20 kata UMNO memang pandai semua..dah terbukti membawa macam macam kemajuan pada Malaysia..PAS?apa yang ada pada PAS?PAS rasuah, PAS nak jadi Tuhan, PAS halalkan seks sejenis, PAS jilat DAP, PAS pengamal agama sesat, PAS suka baring tengah jalan, PAS??? Memang bodoh PAS ni!!

    ReplyDelete
  3. UMNO bawa kemajuan pada MALAYSIA???
    1. Terbinanya KLCC tapi tahukah rakyat bahawa Mahathir telah gadaikan sumber gas Malaysia kepada JEPUN senyap-senyap (sebab tu asyik korek PETRONAS je)
    2. Hilangnya pulau batu putih kepada singapura
    3. Jual air dan tanah kepada Singapura (dengan harga terlalu rendah tak masuk akal)
    4. Bawak masuk Indon, bangla ramai-ramai sampai rakyat tak de kerja, Bangla dan Indon tak bayar cukai, tapi merekalah yang penuh menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan, dan juga penjara. Rakyat bayar cukai untuk kegunaan kerajaan merawat dan menanggung makan minum pendatang asing. Cuba pergi interview doktor kat unit bersalin HUKM, diorang sampai dah tension asyik dok sambut kelahiran baby warga indon, yang datang dengan pelbagai pakej penyakit berjangkit seperti batuk kering dan hepatitis.
    5. UMNO bawa kemajuan pada Malaysia bilamana kawasan istirehat keluarga seperti dataran di KLCC hanya penuh dengan Indon dan Bangla terutamanya hari cuti. Keluarga rakyat Malaysia tak berani nak lepak-lepak kat sana.
    6. UMNO bawa kemajuan pada Malaysia, bina lebuhraya yang mana pada musim perayaan, jika naik lebuhraya, jalan kaki lebih laju dari naik kereta. Rakyat tension kena bayar tol & minyak.

    UMNO bawa kemajuan pada Malaysia????
    atau
    UMNO bawa kemajuan untuk keluarga/kroni mereka?
    atau UMNO bawa kemajuan hanya untuk golongan kaya???
    atau UMNO bawa kemajuan untuk bangsa Cina???

    ReplyDelete